Tuesday 3 March 2015

ENTRI 1:KENDERAAN KITA ADA JADUAL UNTUK DISERVIS, BAGAIMANA TUBUH KITA?

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir

Assalamualaikum,

Secara amnya, kita mudah 'escape-close' dengan menyatakan punca kewujudan pelbagai penyakit dalam diri adalah akibat daripada pengambilan makanan seharian. Nampak seperti ada betulnya, tapi adakah benar-benar betul?

Analogi yang mudah, kenderaan yang kita pandu setiap hari pasti dijaga dengan sebaik mungkin. Namun, kita tidak boleh menidakkan untuk berhadapan dengan pelbagai situasi seperti lubang di jalan raya, jalan yang bertampal dengan tidak sempurna, haiwan liar tiba-tiba melintas jalan, batu-baru kecil yang 'terbang' daripada kenderaan berat dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan pemeriksaan secara berkala atau dengan kadar segera adalah perlu bagi mengelakkkan masalah yang kecil menjadi lebih teruk.


Begitu juga dengan tubuh kita. Kita tidak boleh mengelak daripada berhadapan dengan pelbagai situasi yang 'tidak sihat' di sekeliling kita seperti asap rokok, asap kenderaan, makanan yang tidak seimbang nutrisinya, tahap kebersihan udara dan air yang kita minum, radiasi daripada gadget elektronik, dan lain-lain.

Sistem tubuh kita sebenarnya memerlukan penjagaan seperti kenderaan, atau mungkin lebih daripada teliti daripada itu. Dalam bahasa yang mudah difahami, sistem tubuh yang bermasalah biasanya berpunca daripada 4 punca iaitu sama ada ia ROSAK (perlu diganti, jika boleh) PENGSAN (tidakberfungsi langsung), MERAJUK (berfungsi tetapi tidak 100%) atau CEDERA (sistem berfungsi secara abnormal).

Isunya sekarang adakah kita mengambil nutrisi tambahan yang terbaik untuk diri dan keluarga? Bagaimana kita memutuskan memilih produk yang terbaik sebagai pilihan? Adakah pengaruh iklan, 'ayat-ayat cinta' yang memukau, ataupun berkongsi ilmu daripada sahabat-sahabat dengan pemahaman yang sejelas-jelasnya. Alhamdulillah, kini saya ditemukan dengan nutrisi yang hebat dengan pengalaman syarikat selama 80 tahun dalam bidang nutrisi, mempunyai ladang dan kilang sendiri, dengan lebih 200 saintis yang menjalankan R&D secara berterusan dalam mengawal kualiti terbaik dalam penghasilan.

Perkongsian ilmu yang pastinya akan menggembirakan ramai manusia di luar sana. Saya bersedia untuk berkongsi kebaikan dengan anda di luar sana. Mereka yang sakit pastinya mengidamkan kehidupan yang lebih selesa dan gembira. Mereka yang sihat mengidamkan agar kesihatan ini berkekalan hendaknya inshaallah. Beri ruang untuk memelihara diri bersama keluarga daripada terpaksa 'mengambil ruang' daripada keluarga kerana kesilapan diri mengambil mudah soal kesihatan. 

Berjimat ekonomi keluarga dengan menjaga kesihatan!

# SEMOGA KITA TERUS SIHAT & BERJAYA!
 — 

Sunday 1 March 2015

Salam Pengenalan

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya membina sebuah blog sebagai pemangkin inspirasi untuk berkongsi cerita, maklumat dan pengalaman; yang Allah pinjamkan kepada saya.

Terlebih dahulu biarlah saya memperkenalkan diri saya ini. Saya ialah Noor Naseffa Bt Mohd Nasir. Ramai yang menyatakan nama saya agak pelik dan unik, mungkin di Malaysia hanya saya empunya badan yang mempunyai nama sedemikian. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada kedua orang tua saya yang telah memberikan nama tersebut. Masa kecil dulu, saya pernah bertanya kepada emak tentang makna nama saya. Mak kata 'Nas' tu nama pendek dari nama abah iaitu Nasir. Orang tua-tua dulu kata, kalau anak perempuan biarlah ada nama ayah sikit supaya sejuk sikit. Saya pun tidak begitu pasti apa yang dimaksudkan dengan "sejuk sikit", mungkin maksud tersirat supaya saya menjadi anak yang baik dan solehah. Walaubagaimanapun saya tetap menyukai nama saya yang unik itu. Seorang ustaz di sekolah saya kata, nama biarlah ada makna yang baik, atau biarlah tiada makna dari ada makna yang buruk.

Saya mempunyai latar belakang pendidikan yang menjurus kepada golongan profesional iaitu seorang guru. Baru selesai menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah (Matematik) pada tahun 2014 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat. Menerima Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Sultan Mizan, Terengganu pada tahun 2004; pengkhususan Matematik dan Pengajian Melayu. Mendapat pendidikan menengah di SMK Tenggaroh A, Mersing pada tahun 1996 hingga 2000. Mendapat pendidikan rendah di SK Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Penempatan pertama sebagai guru adalah di SK Felcra Sungai Ara pada tahun 2005. Berkhidmat sebagai guru Matematik dan Bahasa Malaysia. Pernah mengajar matapelajaran Matematik Tahun 1, Tahun 2, Tahun 5 dan Tahun 6. Selain itu, pernah juga mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1 dan Tahun 2. Pengalaman berkhidmat sebagai guru adalah hampir 11 tahun. Di lantik sebagai Guru Cemerlang Matematik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2011. Aktif dalam pembentangan Kajian Tindakan sehingga peringkat kebangsaan. Selain itu juga, terlibat aktif dalam bengkel inovasi peringkat daerah dan peringkat negeri. Menerima pelbagai anugerah dalam inovasi yang telah dicipta untuk kegunaan pembelajaran dan pengajaran.

Walaupun saya seorang yang komitmen dalam kerjaya sebagai guru tetapi saya pernah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan secara suka-suka. Pada tahun 2007, saya aktif dalam penjualan sauna di rumah sehingga di lantik menjadi stokis Johor. Malangnya tidak bertahan lama kerana kekangan masa dari segi pengurusan keluarga, kerjaya, perniagaan dan pelajaran. Mengambil keputusan tidak akan terlibat dengan mana-mana bisness pada tahun 2010 hingga 2014 kerana ingin fokus pada keluarga dan pelajaran sahaja. Pada penghujung tahun 2014, saya telah mengikuti Kursus Insentif Magnet Kejayaan dan Kekayaan oleh Dr Azizan Osman dan semua perbelanjaan kursus di tanggung sepenuhnya oleh suami saya. Persepsi saya tentang bisness berubah 100%, yang mana bisness adalah untuk membantu dan menyelesaikan masalah orang lain, dan bukan mencari keuntungan semata-mata. Pada tahun 2015, saya ingin memulakan perniagaan secara ‘part time’ dengan niat ingin membantu ramai orang untuk berjimat dan kearah peningkatan ekonomi keluarga.

Saya mempunyai minat yang tinggi dalam pengurusan kewangan dan masa. Berminat untuk menjalankan perniagaan secara part  time. Ingin bersara awal dari jawatan penjawat awam iaitu pada umur 40 tahun tetapi mempunyai pasif income yang kukuh.

Saya di kurniakan 3 orang anak yang sangat baik dan bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi. Alhamdulillah, Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui, telah memberikan jodoh kepada saya, jodoh yang sangat baik iaitu Mohd Noor Nazri B. Mohd Tumari. Semoga kami sekeluarga berjalan seiring menuju ke jannah tanpa hisab. Aamiin...

Semoga dengan perkongsian berjemaah di ABDR, saya mampu memberi dan menambah nilai kepada orang lain untuk kearah yang lebih baik. Sesungguhnya, perjalanan kita di dunia ini adalah untuk bekalan akhirat nanti. 



Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015