Wednesday, 25 November 2015

PEMBOHONGAN DALAM PEMBELIAN RUMAH PERTAMA DI BONGKAR!!!!

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Entri 17

Assalamualikum w.b.t dan Salam Keemasan,

Alhamdulillah, hari ini masih di beri kesempatan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Semoga Allah s.w.t murahkan rezeki kita seperti luasnya lautan dengan rezeki yang berkat lagi halal.

Pada hari ini saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman tentang pembelian rumah pertama. Saya rasa terpanggil untuk mencoretkan cerita beli rumah ini kerana saya ada ramai kenalan pangkat adik-adik yang baru mula bekerja, ada adik-adik sendiri yang sudah pandai mencari rezeki sendiri dan saya ada anak-anak murid yang sudah mula bekerja. Saya tidak boleh nak beri nasihat kepada mereka secara direct kerana faktor masa dan jarak. Jadi saya gunakan medium blog ini untuk menyampaikan ilmu yang tidak mereka pelajari di sekolah. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Kita selalu dengar dan biasa dengar bahawa beli rumah menguntungkan sebab suatu hari nanti harga rumah pasti akan naik. Berapa harga sebuah rumah bagi dikawasan bandar? Berapa harga sebuah rumah dikawasan luar bandar? Berapa harga rumah di kawasan pinggir bandar?Jawapan untuk soalan-soalan tersebut adalah berbeza mengikut tempat. Sekiranya anda betul-betul ingin membeli rumah kali pertama, buatlah ulangkaji untuk menjawab soalan-soalan di atas.

Apabila kita mula bekerja, pembelian rumah adalah salah satu perkara yang ingin kita miliki. Semasa saya mula berkerja, impian saya ketika itu ialah memiliki sebuah kereta dan sebuah rumah. Tanyalah mana-mana anak muda, rata-rata berimpian sedemikian. Oleh kerana saya berkhawin dalam usia yang agak muda iaitu 22 tahun dan umur suami 24 tahun, jadi selepas berkhawin kami bercadang untuk membeli sebuah rumah. Usia saya bekerja ketika itu belum setahun dan suami sudah bekerja selama 2 tahun. Kami bekerja sebagai penjawat awam dan pastinya kami dapat gaji setiap bulan dengan kelulusan diploma sahaja ketika itu. Selepas berkhawin kami bercadang untuk membeli sebuah rumah, tanpa ada pengalaman belilah kami sebuah rumah corner lot dengan potongan gaji paling maksimum iaitu RM963 sebulan. Sebenarnya itulah kesilapan yang kami lalui iaitu beli rumah kali pertama dengan potongan gaji paling maksimum dan kesilapan itu,saya tidak mahu dilalui oleh sesiapa yang baru berkerja. Potongan RM963 pada ketika itu adalah sangat besar, Kami hanya melihat kemampuan kami ketika itu sahaja tanpa memikirkan yang ahli keluarga kami bertambah dan kami sangat-sangat ghairah untuk membeli rumah. Selepas kami dapat kunci rumah, rupa-rupanya, ada lagi proses yang perlu kami lalui dan memerlukan kos yang banyak seperti pendawaian elektrik, urusan bekalan air dan pelbagai kos lagi. Rumah itu kami biarkan hampir 2 tahun tanpa kami diami kerana faktor tempat kerja yang jauh. Kami suami isteri bekerja di kawasan Felcra dan Felda, sekiranya kami duduk di rumah tersebut, kos ulang alik adalah sangat-sangat tinggi. Potongan pembayaran rumah berjalan seperti biasa dan kami pula menyewa sebuah rumah lain untuk kami tinggal. Kos bayar rumah dan kos sewa umah rumah sahaja sudah lebih dari RM 1000 sebulan. Bayangkan, hampir kesmua gaji suami adalah untuk membayar rumah dan rumah sewa sahaja ketika itu. Selepas dua tahun, kami bercadang untuk sewakan rumah tersebut dan kami hanya sewakan dengan nilai RM300 sahaja. Adakah saya mendapat keuntungan dari pembelian rumah tersebut?Secara logiknya kami tidak untung langsung cuma ianya membantu mengurangkan kos bayaran bulanan iaitu  Rm963 - RM300 = RM 663. Ada yang bertanya dengan kami, kenapa tidak pindah sahaja ke rumah yang telah di beli? Jawapan saya, kos hidup di bandar adalah lebih tinggi berbanding hidup di kampung dengan isi rumah saya seramai 6 orang ini.

Sekiranya boleh di ulang waktu, apakah yang ingin saya buat? Saya akan membeli rumah yang boleh untung apabila di sewakan dan selebihnya saya beli emas. Emas juga adalah real property. Harga emas semakin hari semakin naik untuk jangka masa panjang, ianya sama juga seperti rumah. Saya tidak akan maksimumkan pinjaman permahan saya sehingga tidak boleh buat extra untuk labur ke tempat lain. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, walaupun saya sudah terbeli rumah dengan pinjaman maksimum namun syukur saya tidak terlambat membuat simpanan emas.Berapa ramai dari kita yang sudah celik emas?. 

Saya nukilkan juga nasihat-nasihat dari orang lebih berpengalaman dalam urusan kewangan.Jadi para pembaca sekalian, ambil iktibar dari kisah saya dan bacalah buku-buku atau blog-blog pengurusan kewangan dan  carilah ilmu berkaitan rumah dan hartanah sebelum anda membeli rumah pertama.

Di bawah adalah hasil tulisan Tn.Mohd Zulkifli Shafie. Beliau merupakan penulis buku 'Zero Hutang'.

Rumah biasanya jadi aset, tapi adakalanya jadi liabiliti. Memang dah jadi lumrah, bila kerja dah agak stabil, orang akan beli rumah impian paling mampu. Dengan kata lain, membeli rumah paling selesa dengan ‘deduction’ paling maksimum dibenarkan oleh pihak bank i.e. 1/3 daripada gaji bulanan. Kalau dia mampu RM1,500 sebulan, dia akan memaksimumkan jumlah pinjaman RM1,500 sebulan, sampai dah tak ada EXTRA untuk buat investment lain.
Minggu lepas, saya hadir ke kelas Pelaburan Hartanah yang dianjurkan oleh ex-classmate saya masa di UiTM dulu, iaitu Tuan Bri (www.tuanbri.com). Beliau memang orang berpengalaman dalam bidang pelaburan hartanah. Ada satu isu yang dah lama saya fikir, dan ia dikukuhkan lagi dengan pendapat Tuan Bri iaitu, terlalu gopoh membeli rumah paling mampu seperti landed house, mungkin boleh merugikan, antaranya:
Kerugian #1 – Telepas Peluang Untuk Pelaburan
Daripada gunakan RM1,500 sebulan untuk ansuran sebuah rumah teres dua tingkat, lebih baik beli dua (2) buah apartment dengan ansuran RM750 sebulan setiap satu. Jadikan sebuah apartment lagi sebagai investment – sewakan! Kalau pandai percaturan, semua kos ansuran dan yuran maintenance apartment ke-2 tu ditanggung 100% oleh penyewa, bahkan silap hari bulan dapat extra lagi. Kalau nilai sewaannya boleh cecah RM900 sebulan, maksudnya kita dapat positive cash flow sebanyak RM150 (RM900 – RM750) sebulan!
Kerugian #2 – Hidup ‘Terikat’ Dengan Rumah
Katakanlah Ahmad beli sebuah landed house di Sg. Buloh dengan ansuran paling mampu, dia ‘berat’ nak berpindah in case dia terpaksa berpindah tempat kerja ke Cyberjaya. Dia terpaksa ulang-alik setiap hari dari Sg. Buloh ke Cyberjaya sebab bukan senang nak sewakan landed house berbanding apartment. Bila terlalu cepat beli landed house, dia akan terikat. Seolah-olah akan tua dan pencen di situ, dan melepaskan peluang-peluang yang boleh meningkatkan lagi kerjaya dia.
Saya suprise, walaupun Tuan Bri tu antara orang ternama dalam pelaburan hartanah di Malaysia, tapi katanya “saya tak beli rumah!”. Beliau hanya tinggal menyewa dan mempunyai banyak rumah sewa! “Buat apa beli rumah?” kata beliau lagi… Katakanlah sebelum ni kerja di KL, tiba-tiba kena pindah kerja ke Cyberjaya, sewa jer lah rumah dekat Cyberjaya. Jimat masa, jimat duit tol dan petrol dan macam-macam lagi. Jadi buat apa susah-susah ‘beli’ rumah? Bagi beliau, kita tak perlu memiliki rumah, unless memang dah plan untuk pencen di situ… Tapi takkan umur 20-an dan 30-an dah nak ‘settle-down’ dengan pencen?
Nasihat lain yang boleh di ikuti.
  • Jangan beli liabiliti, unless dah backup dengan asset yang boleh membiayaai liabiliti. Beli rumah dan sewakan. Hasil sewaan tu gunakan untuk beli kereta.
  • Tak perlu gopoh untuk ada ‘rumah sendiri’ sebab orang yang menyewa mempunyai lebih fleksibili untuk bergerak dan majukan kerjaya. Kemajuan hidup akan ‘tersangkut’ dengan rumah paling mampu, apatah lagi orang yang beli kereta paling mampu!
  • Manfaatkan status ‘makan gaji’ untuk strategy OPM – gandakan kekayaan dengan ‘hutang’. Tapi ia mesti diurus dengan betul.
  • Letakkan target mempunyai at least 10 buah rumah sewa menjelang pencen. Ia boleh dijadikan sebagai ‘passive income’ untuk hari tua nanti.
  • Kalau nak senang (passive income), beli apartment. Kalau nak kaya (capital gain), beli landed house.
  • Pelaburan paling menguntungkan ialah pelaburan untuk diri – ilmu. Harta secara sendirinya tak akan bertambah, melainkan dengan bertambahnya ilmu.
Buku koleksi kegemaran saya. Sesuai  di baca untuk tambah ilmu berkaitan hartanah. Saya beli buku ni, selepas saya beli rumah. Kalau saya beli sebelum saya beli rumah, mesti kami tak buat pinjaman perumahan maksimum.


Semoga hasil tulisan ini memberi manfaat kepada semua.Sekiranya anda perlukan rundingan simpanan emas, bolehlah berhubung dengan saya 0197482231 - cikgu effa. 

Salam Keemasan,
Cikgu Emas Online.





No comments:

Post a comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015