Tuesday, 24 November 2015

RAHSIA EMAS LELONG DIBONGKAR!!!!

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Entri 16

Assalamulaikum w.b.t dan salam keemasan,

Alhamdulillah, hari ini dapat saya mencoret sedikit ilmu untuk di kongsikan bersama-sama masyarakat. Semoga ilmu yang bermanfaat ini menjadi bekal hingga ke syurga. Semoga Allah s.w.t merahmati, meluaskan dan melapangkan rezeki kita semua. Amiin.

Pada hari ini saya ingin berkongsi pengalaman membida emas lelong di Bank Rakyat. Sesungguhnya sejak saya menyertai Powergold, banyak ilmu emas yang saya pelajari sama ada melalui pembacaan mahupun rakan-rakan. Tidak terfikir sebelum ni, bahawa saya akan mepunyai ramai rakan-rakan di kalangan tokey-tokey emas dan juga dikalangan orang yang berpengalaman dalam emas. Proses membida emas lelong adalah lebih mudah berbanding membida rumah lelong. Kos dan modal untuk membida emas lelong juga adalah lebih murah. 

Apa itu lelong?. Lelong ialah satu proses jual beli dengan penjual yang menawarkan barangan jualan kepada pembeli untuk membuat bidaan dalam jangkamasa tertentu. Pembida paling tinggi akan mendapat barangan tersebut. Emas-emas yang dilelong ini adalah emas-emas yang tidak ditebus oleh pemilik asalnya setelah tamat tempoh pajakan. Apakah kebaikan membeli emas lelong?. Emas lelong adalah 10% lebih murah dari harga emas di pasaran dan tiada langsung kos upah yang dkenakan. Mungkin dengan membeli emas lelong ini, kita boleh jadikan hadiah kepada isteri, ibu atau anak. Kita perlu sedar bahawa emas adalah tetap emas dan ia tetap berharga sepanjang zaman. Selain dari itu, sekiranya kita bijak, kita boleh membuat keuntungan dengan emas lelong tersebut iaitu beli ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi. Ini juga rahsia yang di gunakan oleh tokey-tokey kedai emas untuk mengaut keuntungan. 

Di bawah saya tunjukkan cara untuk membida emas lelong

  • Sebelum membida, pastikan tarikh lelongan dibuat. Tanya pegawai bank atau lihat kenyataan lelongan yg ditampal diluar bank. Biasanya tempoh lelongan hanya berlangsung selama 3 hari. 
  • Pada hari lelongan, sebelum pergi membida, pastikan kita tahu harga emas semasa. Sebagai rujukan, gunakan harga emas semasa bank rakyat (mengikut harga FGJAM) & boleh juga rujuk harga emas di Powergold. Semasa saya membuat bidaan, harga emas di sebuah kedai emas di Kota Tinggi, RM 175/g untuk emas 916, di Powergold RM155/g dan saya pastikan harga yang saya bida lebih murah berbanding harga tersebut.Tulis harga emas tersebut mengikut kadar ketulenannya supaya memudahkan kiraan di bank. Lebih mudah kalau kita ada pen dan kalkulator.
  • Ambil borang untuk membida dan biasanya borang tersebut ada berhampiran dengan barangan lelong dipamerkan.
  • Emas lelongan akan diletakkan dalam bekas kaca mengikut susunan nombor tertentu. Satu senarai detail mengenai barang tersebut akan ditampal di dinding bahagian lelongan. 


  • Senarai tu akan memaparkan maklumat seperti no tag, jenis Barang Kemas (BK), ketulenan BK dan harga permulaan bidaan. Setiap tag mewakili satu surat pajak, jadi kemungkinan untuk terdapat 2-3 Barang Kemas atau lebih dalam satu tag bergantung pada jumlah semasa ianya dipajak oleh tuan punya barang.
  • Bila sudah berkenan, pastikan no tag dan semak detailnya. Apa yg perlu disemak sebelum meletak harga bidaan agaknya? Pada saya perkara yang paling penting adalah tujuan sebenar kita nak dapatkan emas lelongan tu. jika nak dijual semula, pastikan barang kemas masih elok. Jika nak melaram untuk diri sendiri, pilih yang patternnya sesuai dgn jiwa, dan jika nak masuk pajak semula, pilih yg terbaik mengikut budget anda. Apa pun yang paling penting beli ikut kemampuan diri sendiri. Semasa saya membuat pemilihan barang kemas, saya teringin membeli sebentuk cincin, jadi saya pilih, pattern yang agak cantik dan design terkini. Alhamdulillah, ada juga yang berkenan di hati. Tapi satu kelemahan beli barang lelong ni, kita tak boleh nak cuba pakai, jadi saya main agak-agak saiz cincin dalam kaca tersebut.


  • Bila dah betul pasti, kita mula dgn kiraan. Secara mudahnya, harga yg nak dibida mestilah jauh lebih rendah dari rate semasa bank rakyat & rendah atau sama dgn rate rujukan pilihan kita. Harga reserve yg diletakkan biasanya lebih rendah dari rate semasa. Harga yg diletakkan berasaskan harga semasa ianya dipajak + kos tertentu yg perlu ditanggung Bank Rakyat.
  • Bida pada harga yg termampu. Kurang dari harga kawalan yg dah kita rancang. Jadi kita perlu tambahkan sedikit harga bidaan dari harga asal tender dibuka. Cukup sekadar antara RM3 ke RM 7.  Jika anda rasakan barang kemas tu betul-betul berbaloi, bolehlah tinggikan hingga RM10/g dari harga asal. Semasa saya membida, saya letakkan harga yang agak tinggi, iaitu lebih RM12 dari harga asal tender di buka sebab saya dah survey bentuk cincin tersebut harga kos upah agak tinggi. Jadi bila saya buat pengiraan, harga sebentuk cincin yang ingin saya bida jatuh harga RM148/g, ia harga yang masih dalam budget saya dan masih murah berbanding harga pasaran.
  • Bila sudah confirm harga, isi borang bidaan, ambil nombor giliran & selesaikan urusan di kaunter. RM5.30 dikenakan utk setiap bidaan.

Lebih kurang seminggu, pihak bank akan menghubungi kita jika bidaan berjaya. Mereka akan bagi masa sehingga 7 hari untuk membayar harga keseluruhan barangan yg kita dah berjaya tu. Sekiranya cukup tidak duit, barang kemas tersebut akan diberikan pada pembida kedua.

Begitulah pengalaman saya, dalam membida barang kemas lelong di Bank Rakyat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita. Kepada yang ingin membeli emas serendah 0.5 gram atau 1 gram dengan harga yang lebih murah, boleh hubungi saya 0197482231. Kepada yang ingin memerlukan perunding simpanan emas, boleh juga hubungi saya 0197482231 untuk saya berikan ilmu emas secara percuma. 

Salam keemasan,
cikgu emas online


4 comments:

  1. Terima ksih infonya...tangan ni mcam gatal je nak beli emas lelong kat bank rakyat hehe

    ReplyDelete

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015