Sunday, 23 August 2015

ENTRI 4:KENAPA RAMAI YANG SHARE GAMBAR 'BLUE'?. DUNIA NAK KIAMAT KE?

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Google
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Besar harapan saya semoga kita semua sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Tengok tajuk di atas macam gerun sangat. Sebenarnya semalam, ramai kawan-kawan yang berkongsi gambar 'blue' sama ada di whatsup,  facebook dan instagram. Kenapa semua nak kongsi gambar tersebut. Gambar tersebut memberi nilai kepada orang lain ke? Berkongsi gambar tersebut boleh mendatangkan pahala ke? Terlalu ramai yang 'sharing', adakah satu petanda Malaysia nak kiamat ke?
Saya pun nak berkongsi gambar tersebut di blog saya.
 

Gambar ' blue' di atas yang saya maksudkan. Saya panggil gambar 'blue' sebab background kat gambar tersebut berwarna biru, jangan ada yang salah sangka ya. Harap semua sudi baca sehingga habis.Saya bukanlah pakar ekonomi untuk membuat analisis tentang ekonomi negara. Walaubagaimanapun sebagai rakyat Malaysia saya tetap terasa dengan bahang kejatuhan nilai ringgit yang telah berlaku. Kenapa kat papan biru tu tulis POA? Apa makna POA?

POA merujuk kepada Price on Application. Juga dipanggil Price on Asking, selalunya digunakan dalam listing harga samada property, currency dan sebagainya. Kalau penjual online di Facebook, suka sangat guna teknik ni, POA dan suruh PM bila ada pembeli nak tahu harga. Itu adalah strategi penjual di Facebook supaya ramai yang bertanya dan salah satu membina hubungan dalam perniagaan. Ada pengguna yang suka teknik ini dan ada yang tak suka sebab menyusahkan untuk pengguna survey harga. Terpulanglah pada masing-masing. Pergerakkan matawang RM bergerak pantas, bagi pihak bank cara untuk mengurangkan risiko letaklah POA. Sesiapa nak beli atau jual, boleh berunding harga.
 
Nilai ringgit Malaysia semakin turun dan menyebab POA. Adakah RM jatuh memberi kesan kepada kita semua? Ini adalah kenyataan, kejatuhan nilai matawang memberi impak negatif melebihi daripada kesan positif. Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai wangnya rendah termasuk lah Malaysia tanah tumpah darahku . Bagi rakyat yang berpendpatan rendah, amat merasai kesan kejatuhan nilai ringgit ini. Antara kesan buruk penurunan nilai matawang RM ialah barangan import menjadi lebih mahal. Barangan import yang dijual dalam Malaysia lebih mahal kerana Malaysia akan mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai tukaran ringgit yg rendah. Ini menyebabkan harga barangan import atau yang mengandungi komponen import yang tinggi akan meningkat dan terus meningkat mengikut nilai kejatuhan RM. Percaya atau tidak, sebenarnya pembekal barangan import tidak akan menanggung kerugian kesan dari kejatuhan nilai ringgit ini sebab mereka akan akan memindahkan beban tersebut kepada pengguna. Jadi harga barangan import akan meningkat mahal. Harga barangan akan naik. Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai matawang, cukai barangan dan perkhidmatan GST, harga minyak yang tinggi dan sebagainya. Kesan kenaikkan harga barangan akan meluas kepada semua barangan keperluan di sebabkan kejatuhan matawang ringgit Malaysia. Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia juga memberikan kesan yang ketara kepada mahasiswa yang menuntut di luar negara http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ringgit-merudum-pelajar-malaysia-di-luar-negara-tertekan-65178. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan sebagainya. Saya bukanlah orang hebat untuk meramal bilakah krisis ekonomi akan berakhir. Kita semua juga tidak boleh menjangka krisis ekonomi akan semakin pulih atau semakin buruk. Langkah persediaan dan berjaga-jaga hendaklah diambil dari sekarang sebagai perlindungan di masa depan.
 
Jikalau ada yang bertanya kepada saya, apakah langkah yang sepatutnya di buat untuk menghadapi kejatuhan nilai ringgit? Tukar simpanan wang anda kepada emas atau mula simpan emas mulai hari ini!
 
 
 
Hubungi saya untuk keterangan lanjut 0197482231
 
Salam keemasan dari saya,
Cikgu emas online
 
 
 
 

No comments:

Post a comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015