Tuesday, 16 November 2021

APA ITU AKAUN GAP (Gold Accumulation Program ?

Entri 29
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

AKAUN GAP (Gold Accumulation Program)

Nak tahu tak apa tu akaun GAP? 

Bukan nama serangga atau bukit bukau tau!

GAP adalah Gold Accumulation Program dimana boleh menabung sedikit demi sedikit serendah RM100. 

GAP adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Public Gold untuk memudahkan kita menabung secara sedikit demi sedikit mengikut bajet serendah RM100. 

Bahasa mudahnya? GAP adalah akaun simpanan emas. 

Konsepnya lebih kurang sama dengan akaun bank. Bank merekod dan menyimpan digit wang, manakala akaun GAP merekod dan menyimpan gram emas setiap kali kita menabung emas.

Menabunglah banyak mana pun dan penyimpan boleh keluarkan emas fizikal seperti jongkong dan dinar. 

Alhamdulillah, seronok kan?

Jom! Kita tengok kelebihan memiliki akaun emas GAP :

• Membolehkan penyimpan menabung emas serendah RM100

• Penyimpan boleh keluarkan emas fizikal seperti dinar dan jongkong emas

• Akaun GAP dah lama dah disahkan patuh Syariah

• Transaksi GAP 24 jam, 365 hari macam KFC!

• Menabung di GAP adalah tanpa caj simpanan

• Tiada SST bagi emas simpanan di GAP

• Jual beli dan ar-rahnu boleh dilakukan secara online 

• Mudah cepat dan jimat kos

• Penyimpan dapat beli harga on the spot 

Jelas? Semudah ABC kan? Sangat berbaloi menyimpan di akaun GAP. 

Kalau kita tak menabung untuk diri sendiri, tak kan nak tunggu orang lain buatkan ye tak? 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di 

http://www.wasap.my/+60197482231

#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

BEKAS ANAK MURID CELIK EMAS DI USIA MUDA

Entri 28

Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,
Bekas anak murid celik emas ketika belajar.

Dulu-dulu kesedaran pengurusan kewangan sangatlah cetek.

Sekarang ni, zaman belajar dah start simpan emas.

Terus semangat.InshaAllah.

#semogaAllahjagahatikita
#cikguemasonline

TAKUT NAK PEGANG EMAS?

Entri 27
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,
Alhamdulillah, seorang celik emas yang bijak berjaya membuat simpanan emas.

Kalau takut nak pegang emas di tangan, boleh buka GAP (Gold Accumulation Program). 

Simpanan emas yang patuh syariah.

#PGG100Network 
#cikguemasonline 
#financialfreedom

PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH KE?

Entri 25
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

‘Public Gold ada sijil patuh Syariah tak ?’

‘Risaulah, tak patuh Syariah, nanti masuk neraka!’

Ini yang selalu kita dengar mengenai pelaburan emas. Sebelum menyimpan di mana-mana platform sila pastikan transaksi adalah disahkan patuh Syariah oleh mana-mana syarikat syariah yang telah diiktiraf. 

Sebagai umat islam kepatuhan Syariah sangat penting dalam kehidupan. Islam sangat menitik beratkan kepatuhan Syariah dalam apa-apa pelaburan yang ingin diceburi. 

Kita mahu membawa harta kita ke akhirat juga bukan?

Syarikat Public Gold telah sekian lama menerima pemberian sijil patuh syariah ini oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar iaitu Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia. 

Berikut adalah perjalanan dan perjuangan Public Gold (PG) dalam usaha memastikan transaksi adalah disahkan patuh Syariah. 
 
1.  16 Januari 2017 : PG mendapat sijil patuh syariah (fasa 1). Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan buy back (jualan balik).

2.  8 Februari 2017 : PG mendapat sijil patuh syariah semasa Shariah Certification Press Conference diadakan di HQ PG yang terletak di Bayan Lepas, Penang.

3.  11 November 2017 : PG mendapat pengesahan patuh shariah untuk Akaun Emas GAP dan Akaun Silver SAP dalam Seminar Emas dan Shariah anjuran Public Gold.

Maka… Don’t worry, keep saving ya! Tak perlu risau dan perlu ragu-ragu lagi. Sebagai lampiran, saya share gambar sijil patuh syariah Public Gold ya! 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di

http://www.wasap.my/+60197482231

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

KENALI PUBLIC GOLD

Entri 24
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Syarikat Public Gold adalah sebuah syarikat pengeluar emas yang terbesar di Malaysia. Mula bertapak di Malaysia 2008 sehingga sekarang dan sangat kukuh sehingga kini.

 Syarikat ini menjalankan perniagaan menjual membeli emas dan perak disamping menjual produk barangan kemas bagi mempelbagaikan variasi keluarannya. Syarikat ini di bawah pimpinan oleh Dato ‘ Louis Ng. 

Saya merupakan anak didik mentor hebat Tuan Mohd Zulkifli Shafie , seorang penulis buku Wang Emas, Zero Hutang dan Misi Bebas Hutang dalam Public Gold.

Perkembangan perniagaan Public Gold yang semakin meluas, telah menyebabkan penubuhan 18 cawangan seluruh Malaysia,tempat penyimpanan emas public safe, tempat pajak emas dan perak, dan penubuhan Koperasi Dagang Emas bagi membantu memudahkan penyimpan emas menyimpan emas di Public Gold.

Public Gold memfokuskan jualan emas untuk tujuan pelaburan dan kedai-kedai emas yang ada di pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan. Public Gold telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang menghasilkan Emas dan Perak termurah bagi tujuan Pelaburan serta telah mendapat pelbagai anugerah dari luar Negara. 

Antara perkara yang tiada kaitan dengan Public Gold adalah :

1. Public Gold tiada kaitan dengan public bank.

2. Public Gold tiada kaitan dengan ‘multi level markerting’

3. Public Gold tiada kaitan dengan piramid wang

4. Public Gold tiada kaitan dengan skim cepat kaya

5. Public Gold tiada kaitan dengan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan lumayan dalam jangkamasa yang singkat atau pulangan tetap bulanan yang akhirnya pelabur akan ditipu dan mengalami kerugian. 

Tidak dinafikan Public Gold adalah syarikat emas yang sangat kukuh dan tiada rekod penipuan di mana-mana institusi perbankan. Bagi mereka yang ingin menyimpan emas boleh mula menyimpan di Public Gold lebih mudah dan selamat.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya 

http://www.wasap.my/+60197482231

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline

Monday, 15 November 2021

REFLEKSI 1- HARI KE 10 BERGELAR DEALER PUBLIC GOLD YANG AKTIF

Entri 23,
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Alhamdulillah, hari ini hari ke-10 secara rasmi saya bergelar Dealer Public Gold yang aktif. 

Saya telah membuat pengumuman secara rasmi di Facebook pada 7 Nov 2021, yang mana Cikgu Emas Online akan kembali dengan menggunakan platform Public Gold untuk mendidik masyarakat tentang emas.

Saya telah mendaftar menjadi dealer Public Gold pada 16 Okt 2013 dan itu adalah kali pertama saya membeli emas berbentuk dinar dan gold bar.

Saya tidak bergiat aktif dengan Public Gold kerana tidak faham sistem Public Gold pada waktu itu.

Pada tahun 2016, saya telah bercuti tanpa gaji kerana menjaga anak selama 42 hari kerana pengasuh pergi menunaikan haji.

Dan saya telah memutuskan untuk bergiat aktif dengan satu syarikat emas lain. Ketika itu saya bersungguh-sungguh memperkenalkan emas dan mendidik emas kepada masyarakat sehingga tertubuh blog Cikgu Emas Online dan Page Cikgu Emas Online. Pencapaian terbaik saya adalah, saya berjaya bergelar stokis dan menyimpan emas.

Setelah bertugas semula kerana cuti tanpa gaji telah tamat, saya mengurangkan aktiviti sebagai Cikgu Emas Online. Sehingga satu tahap,saya tidak bergiat aktif langsung dalam jual beli emas atau pun mendidik masyarakat tentang emas.

Bermula tahun 2016 hingga 2021, saya masih lagi menyimpan emas tetapi tidak konsisten. Saya lebih banyak menggunakan emas sedia ada untuk di Arrahnu bagi tujuan tunai duit.

Sepanjang itu juga, keadaan kewangan kami tidak stabil tetapi oleh kerana kami suami isteri bergelar penjawat awam, maka kewangan kami tidaklah begitu kritikal. Duit sentiasa ada, walaupun tidak mewah. Alhamdulillah.

Pada Oktober 2021, adalah detik permulaan saya ingin mencari pasif income. Pencarian demi pencarian, akhirnya saya memilih untuk aktif dalam Public Gold setelah memohon istikharah dari Allah.

Mohon Allah permudahkan urusan saya dalam Public Gold ini. Menyandang jawatan sebagai guru berbisness, isteri dan ibu, ia memerlukan komitmen yang tinggi.

Sepanjang 10 hari ini, emosi sentiasa turun dan naik. Hambatan tugasan dan komitmen dalam tugasan harian, kadang kala menjadi lelah.

Saya cuba mengekalkan momentum, dengan istiqamah post di facebook tanpa culas, story whatsup dan ig.

Pencapaian terbaik sepanjang 10 hari ini adalah, dua orang rakan sekerja saya telah mendaftar sebagai penyimpan emas.

Tugasan sebagai Cikgu Emas Online, saya mulakan pada jam 2 petang hingga 5 petang, waktu persekolahan. Bermula dengan post di fb, ig dan whatsup status, kemudian saya akan cuba closing prospek.

Sepanjang 10 hari ini, saya telah cuba closing seramai 92 orang prospek. Alhamdulillah, ada yang berjaya, ada kata nanti, ada yang dah masuk, ada yang tak berminat.

Apa pun percaya dengan rezeki Allah.

Itqan dan istiqamah pencetus kejayaan. InshaAllah.

Cikgu emas online
Naseffa Nasir
Aktif Dealer Public Gold
PG037989
http://www.wasap.my/+60197482231




Tuesday, 9 November 2021

COME BACK WITH CIKGU EMAS ONLINE

Entri 22
Assalamualaikum dan Salam Keemasan,

Kenal Public Gold sejak tahun 2013, PG code saya 037989. Kalau tengok PG code, saya antara yang terawal daftar. 

 Tahun 2015, saya pernah cuti tanpa gaji sebab jaga anak, masa tu pulun jual emas dan bagi kesedaran tentang emas kepada masyarakat melalui blog, fb page, Ig, dan facebook dengan satu syarikat Xxx. Syarikat tu sekarang dah tak wujud. 

Walaubagaimanapun emas tetap emas. Laku sepanjang zaman. Alhamdulillah, Allah beri kesedaran emas ni dah lama, sehingga boleh bayar zakat. 

Emas adalah aset yang senang nak kumpul, berbanding rumah atau tanah. 

Sekarang saya kembali beraksi dengan Public Gold. Syarikat yang patuh syariah dan kukuh. 

Menyesal tak start dari Tahun 2013 lagi dengan Public Gold secara serius. 

Tapi tak pe, Better Late Than Never.

Misi saya, 
1)Mendidik masyarakat untuk menyimpan emas sehingga boleh membayar zakat.
2) Kumpul emas bukan sekadar kumpul, mesti ada goal target.

Saya sangat berpegang dengan ayat ini, 

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنَٰطِيرِ ٱلْمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ وَٱلْأَنْعَٰمِ وَٱلْحَرْثِۗ ذَٰلِكَ مَتَٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلْمَـَٔابِ 

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Surah Al Imran, Ayat 14.

Jaga hati semasa simpan emas, bukan sekadar kumpul sahaja.

Kerana kesukaan manusia adalah keinginan nafsu. 

Semoga Allah jaga kita sepanjang masa.

Cikgu emas online
Naseffa Nasir Aktif Dealer Public Gold PG037989 http://www.wasap.my/+60197482231 
#cikguemasonline #financialfreedom
Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015