Friday, 21 August 2015

ENTRI 2: PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Foto : Google
 
 
 
Assalamualaikum....
 
Ini adalah coretan saya yang ketiga setelah meninggalkan dunia blog agak lama. Sepatutnya entri 44 hari berlangsung tanpa ada kekangan masa yang terlalu lama. Namun masa yang agak terhad selepas bersalin anak ke empat, menyebabkan blog ini terbiar berbulan-bulan. Mulai hari ini saya cuba istiqamah untuk berkongsi cerita dan pengalaman di blog ini.
 
Saya telah memohon cuti tanpa gaji selama 51 hari bermula 23 Ogos 2015 hingga 12 Oktober 2015. Tindakan ini di buat setelah pengasuh anak saya akan menunaikan haji selama 51 hari. Perbincangan demi perbincangan telah di buat antara saya dan suami sebelum memutuskan untuk saya bercuti tanpa gaji. Hati menjadi yakin dan kuat untuk mengisi borang Cuti Tanpa Gaji. Saya yakin dengan rezeki Allah, walaupun akan bercuti tanpa gaji. Allah maha pengasih lagi maha penyayang dan maha pemberi rezeki. Pesan suami, mungkin cuti kali ini boleh buat praktikal untuk menjadi surirumah sepenuh masa suatu hari nanti.

Setelah cuti saya di luluskan, tiba-tiba ada seseorang yang sudi menjadi pengasuh anak saya. Hati saya berbolak-balik untuk meneruskan cuti. Namun keyakinan dengan petunjuk dari Allah, saya cekalkan hati untuk bercuti. Allah telah mencoretkan takdir yang terbaik untuk saya. Harapan saya, semoga dengan cuti kali ini, saya menjadi lebih dekat dengan Allah S.W.T.

Harapan dan objektif saya semasa cuti ini:
  1. Dapat mengaji dan membaca tafsir Al-Quran satu muka surat sehari.
  2. Solat Dhuha 8 rakaat setiap hari
  3. Bangun malam untuk tahajud dan solat hajat 8 rakaat.
  4. Kemas kini blog setiap hari.
  5. Memasak dua kali sehari.
  6. Berlembut dengan anak (tidak boleh meninggi suara sama sekali)
  7. Peluk anak serta baca Al-Fatihah dan Surah Ash-Sharh setiap kali lepas solat.
  8. Kemaskini FB untuk berkongsi ilmu perniagaan.
  9. Semak buku anak setiap malam.
  10. Ulangkaji pelajaran anak-anak setiap hari.
  11. Semak hafalan surah dan bacaan solat anak setiap hari.
  12. Jutawan 51 hari.
  13. Menjadi isteri yang terbaik.
  14. Rumah berkemas setiap hari.
  15. Sentiasa sabar dan tabah.
  16. Sedekah setiap hari.

Semoga dalam rahmat dan redha Allah. Amin..

No comments:

Post a Comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015