Friday 4 December 2015

CABARAN TITISAN EMAS SEORANG IBU

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir dan Google
Entri 20

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Keemasan,

Semoga kita di bawah lembayung kasih sayang Alla S.W.T dan sentiasa di beri kesihatan yang baik serta rezeki berkat yang mencurah-curah seperti derasnya air terjun yang mengalir. Alhamdulillah, Allah s.w.t masih lagi memberi kita pinjaman nyawa untuk kita menuai bakti sebagai hambaNya di buka bumi bertuah ini.

Pada hari ini, saya cuba nukilkan sebuah entri yang berkaitan dengan emas. Entri ini saya hasilkan supaya menjadi ingatan saya untuk terus berjuang dan tanda sokongan saya yang tidak berbelah bagi penyusuan susu ibu kepada anak-anak. Sesungguhnya saya cuba bermohon kepada Allah s.w.t supaya hasil tulisan ini memberi iktibar kepada pembaca dan ingatan kepada saya. Saya menulis hanya ingin mendapat keredhaan dariNya dengan mengambil kira bahawa kita di dunia hidup hanyalah sementara. Hanya 3 bekalan pahala yang tidak akan putus iaitu sedekah yang ikhlas, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat untuk orang lain.

Saya mempunyai 4 orang anak dan saya bukanlah contoh ibu terbaik dalam penyusuan susu ibu. Anak saya sulung berumur 8 tahun, kedua 7 tahun, ketiga 2 tahun dan keempat 8 bulan. Walaupun saya memiliki 4 orang anak, tetapi tiada sorang pun yang berjaya saya susukan sehingga 2 tahun. Anak yang sulung, hanya saya berikan semasa dalam pantang, yang kedua sehingga 6 bulan, yang ketiga sehingga setahun 4 bulan dan besarlah harapan saya, yang keempat ini dapat saya susukan dengan titisan emas sehingga berusia 2 tahun. Doakan saya berjaya.Aminn.



Saya bersalin anak pertama dan kedua ketika usia masih muda iaitu 24 dan 25 tahun. Ilmu penyusuan juga sangat cetek. Oleh kerana saya duduk di kawasan yang agak jauh, talian internet tidaklah sehebat sekarang. Semua ilmu yang kita dapat kini hanya di hujung jari. Percaya tak, bahawa dulu saya beranggapan susu yang paling bagus adalah susu formula yang paling mahal. Betapa rendahnya ilmu saya tika itu. Jadi kedua-dua anak saya ketika itu, pada hari pertama telah saya sogokkan dengan susu formula dan berselang seli dengan susu badan. Anak yang sulung dengan anak kedua saya, agak rapat, jadi perbelanjaan anak-anak seperti berbelanja anak kembar. Seorang anak akan minum 4 tin susu setiap bulan dan setiap bulan saya perlu beli 8 tin. Maka jumlah perbelanjaan untuk susu sahaja RM60 x 8 = RM420, Itu baru bab susu formula sahaja, belum lagi bab lain-lain. Sesungguhnya islam itu indah, Allah s.w.t kurniakan setiap ibu dengan titisan emas untuk diberikan kepada anak-anak. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, mana ada susu formula, tetapi ibu kandung nabi sanggup mencari ibu susuan untuk nabi bagi memberikan titisan emas kepada nabi. Walaupun, ketika itu hasil ternakan yang popular adalah kambing, namun Nabi Muhammad s.a.w tidak langsung diberikan dengan susu kambing.





Lain pula ceritanya dengan anak saya yang ketiga, bersalin ketika umur 30 tahun. Konon-konon ilmu penyusuan penuh di dada. Anggapan saya, memberikan susu ibu sepenuhnya semudah menyelak baju dan suakan kepada anak. Rupa-rupanya 100% anggapan saya salah. Wow, cabaran silih berganti dalam saya berjuang untuk memberikan sepenuhnya susu ibu. Cabaran bermula dengan hari pertama saya bersalin. Lepas bersalin, dengan keazaman setinggi Gunung Everest, saya memberikan titisan emas kepada anak saya. Namun ia tidak semudah yang di sangka, air susu tidak keluar langsung, walaubagaimanapun saya tetap meneruskan penyusuan. Masuk hari ketiga, puting susu mengalami luka, namun saya tetap meneruskan perjuangan dengan hati yang kental. Hari keempat, pengalaman yang tidak pernah saya alami, iaitu anak saya di serang Jaundis (Kuning). Seorang jururawat dan ibu mertua saya ada mencadangkan, supaya memberikan anak saya susu formula untuk mengurangkan Jaundis. Oleh sebab, masih berbekalkan keazaman yang tinggi, saya tidak langsung berikan susu formula kepada anak saya. Bacaan jaundis anak saya semakin tinggi iaitu 18 dan akhirnya anak saya di letakkan di bawah sinaran lampu fototerapi. Satu lagi pengalaman yang tidak dapat saya lupakan, bermalam di wad bersama-sama bayi selama 6 hari 5 malam. Untuk mengurangkan kadar bacaan jaundis, anak saya mengambil masa yang agak lama iaitu 18 hari dan anak hampir setiap hari kaki anak saya di cucuk untuk di ambil darahnya bagi tujuan mengesan bacaan jaundis. Hati ibu mana yang tidak luluh melihat situasi tersebut. Saya bagaikan bersalin anak sulung, serba serbi tak tahu, apatah lagi pengalaman menjaga anak jaundis.

Petua yang saya gunakan untuk mengurangkan jaundis anak saya
1. Mandikan dengan air rebusan daun Dokong Anak.
2. Mandikan dengan daun inai ( anak saya tidak serasi sebab lepas mandikan kulit menggelupas)
3. Berikan air susu kambing ( anak tidak serasi dan bacaan semakin tinggi)
4. Berikan air perahan anggur hijau ( ada perubahan sedikit )
5. Berikan susu formula ( anak saya reject susu formula dan mengalami sembelit )
6. Perah susu badan dan bagi setiap dua jam susu perahan sebanyak 3 oz kepada anak ( berkesan walaupun ambil masa yang lama dan anak saya mengalami nipple confius pula)

Bersalin anak keempat, saya cuba bersedia dari mental dan fizikal, ambil pengajaran dari kisah yang lalu. Walaupun saya telah menjaga pemakanan saya semasa mengandung untuk mengelakkan anak saya di serang jaundis, namun Allah S.W.T maha berkuasa. Anak keempat saya di serang jaundis. Saya mengalami masalah yang sama, susu tiada dan puting cedera yang sangat teruk. Saya berikan anak saya susu formula, walaupun hati tidak rela tetapi saya cuba berfikiran sangat positif. Allah S.W.T mengatur perjalanan hidup hambanya begitu indah, walaupun semangat juang dalam penyusuan susu ibu tinggi namun akur dan redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Kali ini saya lebih tenang, saya tidaklah stress seperti menjaga anak yang ketiga. Semasa anak ketiga, saya agak marah dengan sesiapa yang mencadangakan susu formula. Saya percaya anak saya di serang jaundis akibat kekurangan susu, jadi saya berikan susu formula selama 4 hari. Hari keempat jaundis anak saya turun dan tidak perlu follow up jaundis lagi. Anak saya baik jaundis dan luka puting juga sembuh. Saya meneruskan susu ibu sehingga ke saat ini.

Ibrah dari pengalaman lalu.
1) Doa, doa, dan doa semoga Allah mudahkan segala urusan.
2) Penyusuan susu ibu sehingga anak berusia 2 tahun adalah rezeki Allah s.w.t. Jangan pertikaikan rezeki Allah s.w.t. Banyak atau sedikit susu adalah ketentuan dari NYa. Yang penting teruskan berdoa dan berusaha.
3) Carilah ilmu tentang penyusuan susu ibu. Buat sesuatu perkara tanpa ilmu, ibarat kita memandu kereta di malam hari tanpa lampu kereta. Adakala kita selamat sampai di destinasi, adakalanya terkandas di tepi jalan.
4) Bacalah kisah-kisah kejayaan ibu-ibu yang telah berjaya menyusukan anak-anak sehingga ke dua tahun.

Sekian sahaja perkongsian saya tentang cabaran titisan emas seorang ibu. Akhir kata, kepada sesiapa yang belum membuat simpanan emas untuk anak-anak marilah kita mula menabung emas. Baca kisah disini bagaimana tabungan emas membantu kejayaan anak-anak dalam pendidikan.

Salam Keemasan,

Cikguemasonline
0197482231












No comments:

Post a Comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015