Saturday 18 December 2021

KENAPA BARANG KEMAS TIDAK SESUAI UNTUK PELABURAN?

ENTRI 78

Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Terlalu semangat untuk melabur dalam emas,  tanpa berfikir panjang dan tiada asas ilmu emas amatlah merugikan.

Apabila sudah  terbeli barang kemas untuk pelaburan memang tidak boleh buat apa- apa.

Teruskan menyimpan emas dan tidak akan rugi selagi tidak menjualkan nya.

Cumanya untuk mendapatkan keuntungan, terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk dapatkan keuntungan disebabkan faktor utama:

1) Harga per gram lebih mahal : Harga  barang kemas yang ditetapkan oleh persatuan kedai emas rata rata 10 hingga 15 peratus lebih mahal berbanding harga emas pelaburan. 

2) Kadar spread lebih tinggi : Kadar susut nilai akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita dapat menjana keuntungan daripada emas yang kita beli itu kalau kenaikan harga emas.

Spread barang kemas rata ratanya sekitar 25-40% berbanding emas pelaburan kurang dari 10%.

3) Kos upah yang dimanipulasi : Kos upah bergantung kepada kehalusan reka bentuk barang kemas.

Lagi halus dan lagi seni cantik seni buatannya, lagi  mahal kos upah yang dikenakan. 

Jika harga emas mahal, mereka boleh rendahkan kos upah, manakala jika harga emas turun rendah, mereka boleh naikkan caj ini.

Maksudnya kalau harga emas sedang rendah kita tetap membayarnya pada harga yang tinggi. 

4) Update harga lambat : Biasanya, harga emas dunia naik, harga barang kemas terus naik!

Tetapi jika harga emas turun, biasanya pekedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa minggu.

Hanya jika berlaku perubahan harga ketara emas dunia barulah disemak.

Tapikan.. tak salah pun beli emas perhiasan 916. Cuma, cukuplah untuk setakat pakai sahaja.

Selebihnya? Simpan emas 999. Takut nak simpan di tangan? Boleh menabung di akaun emas GAP yang patuh syariah. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di 


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

No comments:

Post a Comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015