Saturday, 8 January 2022

UNIKNYA EMAS

Entri 80

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Emas adalah sangat istimewa, unik dan matawang logam yang pasti bernilai sepanjang hayat. 

Emas tidak seperti AESBEE, Tawbong Haji, Unit Trust, KW$P yang memberikan pulangan setiap tahun. 

Jika ada yang tawaran untuk membeli emas dengan pulangan dividen, sila lari jauh-jauh. Itu scammer emas!

Emas tidak menjanjikan bulan dan bintang. Secara fakta pelaburan emas hanya ada peningkatan harga emas setiap tahun. 

Kenaikan harga emas antara 10% sehingga 15 % berbanding dividen tahunan pelaburan yang lain. 

Jika ada sesiapa menjanjikan pulangan pelaburan yang tidak munasabah, cuba fikirkan keraguan dan buat pencarian sehingga anda benar-benar pasti ke mana pelaburan yang mahu anda salurkan itu.

 Ianya berpotensi sebagai skim cepat kaya dan skim cepat miskin! Ianya modus operandi scammer untuk rolling wang kita ke cabang “operasi rahsia” mereka. 

Secara jujurnya emas tidak menjanjikan pulangan tahunan berbentuk dividen.

Emas secara asasnya bergantung naik turun harga emas. Beli murah, jual harga lebih tinggi. Itu sahaja.

 Itu cara paling selamat dan lambat kaya, tapi jika berlaku apa pun dalam dunia ini, emas pasti kekal bernilai dan penyelamat ketika gawat. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di 


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline

Sunday, 19 December 2021

BEKAS ANAK MURID CELIK EMAS

Entri 79
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan

Salah seorang bekas student celik emas.

Alhamdulillah.

Hasrat saya, semua bekas pelajar saya celik ilmu dalam pengurusan kewangan.

Kadang kita nampak benda ni simple. 

Eleh, urus duit, tak kan tak pandai.

Tapi sebenarnya ialah adalah melibatkan habit menyimpan dengan ada tujuan.

Kalau kita tak mula dari muda untuk membina habit, percayalah, ia sangat sukar untuk bermula.

Sebab tu lah, di perkenalkan sillibus baru iaitu celik kewangan dalam sillibus KSSR Matematik.

#cikguemasonline 
#financialfreedom

UBAT BOROS

ENTRI 79
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Jika kita seorang yang boros dan mahu konsisten menabung emas secara konsisten saya sarankan guna kaedah Easy Payment Purchase (Syariah EPP).

Kaedah EPP ini adalah patuh syariah. Jangan risau.

Kaedah ini salah satu kaedah yang boleh menyelamatkan wang kita dari terus dibelanja habis.

EPP bermaksud kita lock harga hari ini untuk kita bayar bulan dengan harga yang sama pada masa hadapan.

Harga emas yang di beli kekal dan tetap tanpa dipengaruhi kenaikkan atau penurunan harga emas selepas membuat belian.

EPP boleh dilakukan selama enam bulan. Setelah bayaran habis dilakukan emas boleh diambil dicawangan atau dilakukan GIT dipos ke alamat rumah.

Kaedah ini mempunyai banyak kelebihan terutama bagi penyimpan emas modal rendah atau pekerja yang mendapat gaji secara bulanan.

Cara ini dapat paksa diri untuk menabung. 

Kita juga boleh membeli emas secara runcit bermula dengan 1 gram gold bar di cawangan Public Gold yang berhampiran untuk simpanan sendiri.

Kaedah ini boleh sangat cepat dan segala kos caj telah dimasukan didalam harga runcit tersebut.

Mudah kan?

Jom disiplinkan diri menggunakan kaedah ini untuk selamatkan wang dari dibelanja.

Elak boros!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Saturday, 18 December 2021

KENAPA BARANG KEMAS TIDAK SESUAI UNTUK PELABURAN?

ENTRI 78

Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Terlalu semangat untuk melabur dalam emas,  tanpa berfikir panjang dan tiada asas ilmu emas amatlah merugikan.

Apabila sudah  terbeli barang kemas untuk pelaburan memang tidak boleh buat apa- apa.

Teruskan menyimpan emas dan tidak akan rugi selagi tidak menjualkan nya.

Cumanya untuk mendapatkan keuntungan, terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk dapatkan keuntungan disebabkan faktor utama:

1) Harga per gram lebih mahal : Harga  barang kemas yang ditetapkan oleh persatuan kedai emas rata rata 10 hingga 15 peratus lebih mahal berbanding harga emas pelaburan. 

2) Kadar spread lebih tinggi : Kadar susut nilai akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita dapat menjana keuntungan daripada emas yang kita beli itu kalau kenaikan harga emas.

Spread barang kemas rata ratanya sekitar 25-40% berbanding emas pelaburan kurang dari 10%.

3) Kos upah yang dimanipulasi : Kos upah bergantung kepada kehalusan reka bentuk barang kemas.

Lagi halus dan lagi seni cantik seni buatannya, lagi  mahal kos upah yang dikenakan. 

Jika harga emas mahal, mereka boleh rendahkan kos upah, manakala jika harga emas turun rendah, mereka boleh naikkan caj ini.

Maksudnya kalau harga emas sedang rendah kita tetap membayarnya pada harga yang tinggi. 

4) Update harga lambat : Biasanya, harga emas dunia naik, harga barang kemas terus naik!

Tetapi jika harga emas turun, biasanya pekedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa minggu.

Hanya jika berlaku perubahan harga ketara emas dunia barulah disemak.

Tapikan.. tak salah pun beli emas perhiasan 916. Cuma, cukuplah untuk setakat pakai sahaja.

Selebihnya? Simpan emas 999. Takut nak simpan di tangan? Boleh menabung di akaun emas GAP yang patuh syariah. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di 


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Friday, 17 December 2021

BERGURULAH WALAUPUN KITA TELAH PANDAI

ENTRI 77
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Semua perkara dalam dunia ni perlukan ilmu dan bimbingan.

Dan ilmu ni perlulah dari orang yang betul dan berpengalaman.

Sebaiknya, anda dapatkanlah bimbingan dari orang yang betul ye jika ingin menabung emas.

InsyaaAllah, dealer-dealer di Public Gold terlatih dan mampu memberi bimbingan yang diperlukan. 

Tanpa bimbingan, anda akan keliru strategi yang betul baca harga bila masa yang sesuai untuk menjual, apa yang perlu dilakukan untuk mengambil emas anda dan banyak lagi aspek teknikal yang perlu diketahui.

Bak kata pepatah, berguru kepalang ajar. Maka, bermulah sekarang dan belajarlah dari orang yang betul. 

Jom saya share satu cerita kisah benar mangsa yang terciduk membeli emas palsu: 

Pada tahun 2018, ada seorang peniaga wanita kerugian RM219,000 selepas terpedaya membeli emas palsu daripada dua lelaki yang mendakwa kononnya memiliki kilang emas.

Mangsa yang berasal dari Perak telah membeli jongkong emas seberat 12.7 kilogram (kg) dengan harga RM273,000.

Lebih suku juta kerugian yang perlu ditanggung oleh mangsa.

Menurut mangsa, pembelian emas berkenaan tidak mempunyai resit bayaran atau dokumen perjanjian, tetapi hanya melalui serahan tangan dan bersaksikan rakan sekampung mangsa.

Perghhhh berani betul eh beli benda mahal tanpa sebarang dokumen? 

Kawan, emas bukan barang murah.

Mana boleh lakukan sebarang transaksi emas tanpa disertakan invois dan dokumen.

Anda perlu berhati-hati dan sentiasa memastikan setiap jual beli mempunyai rekod ya! Jika tidak, menyesal tak sudah lah, kawan!

Ada banyak lagi syarikat atau perseorangan di luar sana yang menipu dan memperdayakan mangsa.

Justeru, selaku penguna yang bijak, wang kertas perlu pandai memilih. Di Public Gold, semua transaksi disertakan invois dan ada hitam putih.

Dan kesemua emas Public Gold mempunyai sijil ketulenan.

Nahhhhh, benda boleh beli yang asli, kenapa nak beli yang tiruan, kan? 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

Tuesday, 14 December 2021

SEMALAM JEPUN HARI INI VENEZUELA

ENTRI 76
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Di Malaysia, selalunya kita nampak duit di hias atas dulang hantaran.

Tapi di Venezuela, bukan setakat atas dulang, duit kertas juga telah dijadikan bag, pasu dan segala macam perhiasan.

“Wow! Banyaklah duit kertas yang digunakan untuk buat semua perhiasan origami ni.

Mesti kaya raya orakyat Venezuela kan?”

Ops! Salah tu..

Nilai wang kertas Venezuela jatuh dan menjadi sangat rendah.

Orang ramai membuang wang kertas kertas merata – rata.

Ini kerana tidak ada kedai yang menerima wang kertas Bolivar lagi.

Kejatuhan nilai matawang Bolivar telah menjadikan 5 keping wang Bolivar pun tak lepas beli gula – gula.

Sedih!

Kejatuhan matawang Bolivar ni bukan sahaja menyebabkan ekonomi Venuezela merundum, tapi kesihatan rakyat turut terjejas.

Kebanyakan rakyat terpaksa menahan lapar berhari-hari hingga menyebabkan penurunan berat badan.

Aktiviti jenayah setempat turut meningkat.

Kejatuhan ekonomi Venezuela berpunca dari kerakusan pemerintah yang mengeluarkan wang kertas kertas sewenang – wenangnya.

Apabila terlalu banyak ‘supply’, tetapi ‘demand’ tetap sama, maka berlakulah ‘hyperinflation’. 

Ini adalah bukti bahawa, wang kertas kertas ini ‘intrinsic value’ hingga boleh menyebabkan kejatuhan nilai mata wang.

Berlainan dengan emas, nilai emas berdiri dengan sendiri berdasarkan berat dan ketulenanya.

Tak kira apa yang terjadi pada kerajaan semasa, nilai emas dalam simpanan kita tetap bernilai.

Hatta di serata dunia, emas memang berharga. 

Orang yang celik ilmu emas terus menambah simpanan emas masing-masing.

Yang lain?

Buat tak kisah, cuma fokus tambah simpanan wang kertas di bank. Kalau terjadi sesuatu pada Ringgit (Nauzubillah….), kekayaan menjadi sifar sekelip mata. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

KISAH DUIT POKOK PISANG YANG POPULAR

ENTRI 75
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan, 

Semasa pemerintahan Jepun pada tahun 1942 - 1945 , kerajaan Jepun memperkenalkan matawang pokok pisang di Tanah Melayu. 

Ketika itu, pihak tentera Jepun dengan sewenang – wenangnya mengeluarkan wang kertas tanpa had, hingga menyebabkan kadar inflasi yang tinggi.

Malah wang kertas Pokok Pisang ini sangat mudah dipalsukan kerana ketiadaan nombor siri.

Ini secara langsung mengakibatkan kemerosotan ekonomi di Tanah Melayu.

Disebabkan inflasi yang tinggi, penduduk Tanah Melayu tak mampu membeli barang – barang asas.

Hingga atuk dan nenek kita dulu hanya mampu meneruskan hidup dengan makan ubi kayu dan bubur nasi je.

Aduhai…

Pada tahun 1945, Jepun telah dikalahkan oleh British, dan duit pokok pisang ni telah digugurkan dari udara sebagai tanda kekalahan Jepun. 

Apa jadi pada semua duit pokok pisang dalam simpanan penduduk Tanah Melayu?

Daripada wang menjadi hanya sekeping kertas yang tidak bernilai.

Yang lebih malang, ada juga penduduk Tanah Melayu yang duduk di kawasan pedalaman yang tak tahu berita kekalahan Jepun.

Ketika ini datanglah beberapa orang malaun yang bawak berguni – guni duit pokok pisang untuk dijual dan ditukar dengan tanah ladang – ladang getah.

Melalui matawang, dua kali malang. 
Ini menjadikan ada penduduk Tanah Melayu memiliki berguni – guni duit matawang pokok yang nilainya sifar.

Sejak itulah, sebahagian besar nenek moyang kita mula menabung sebahagian di dalam bentuk emas.

Supaya, tidak lagi mengalami musibah begini. 

Dalam kebanyakan masa, emas penyelamat harta ketika musibah.

Jangan cakap emas ini untuk orang kaya – kaya je okay?

Sekarang ini dengan duit 100 ringgit pun kita boleh simpan emas. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di

http://www.wasap.my/+60197482231

#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015