Wednesday 2 December 2015

BAGAIMANA WANG MENJAJAH MINDA KITA?



Teks: Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Foto : Google
Entri 19
Image result for bismillah


Assalamualaikum w.b.t dan salam keemasan,

Yang saya hormati tuan puan yang sudi singah di blog saya ini. Tegak Hang Tuah bersama keris taming sari, tegak saya di sini bersama lidah bestari. Tajuk yang ingin saya sampaikan pada hari ini 'Bagaimana wang menjajah minda kita?'

Sidang pembaca yang di hormati,

Di bawah lembayung kata 'minda kita telah dijajah'. Saya bawa pemikiran sidang pembaca untuk kita menelusuri kisah lalu semasa kita di sekolah rendah. Bagaimana seorang guru yang cantik dan manis telah mengarahkan kita membuat karangan yang bertajuk 'Faedah Menabung'. Dengan penuh dedikasi, guru kita telah memberikan isi-isi penting untuk membantu kita membuat karangan yang berkualiti. Rata-rata setiap guru, biasanya mengaitkan amalan menabung dengan simpanan wang. Percayalah, saya belum pernah lagi jumpa, 'Faedah Menabung' itu di kaitkan dengan simpanan emas.Taiplah di google, faedah menabung, pasti dan amat pasti, ia pasti akan di kaitkan dengan simpanan wang.Jelas lagikan bersuluh, kita sejak kecil lagi telah dipasak dengan membuat simpanan wang. Kenapa ini berlaku?




Sidang pembaca yang dikasihi,

Emas adalah logam paling berharga ciptaan Allah. Mahu atau tidak, percaya atau tidak, sememangnya emas Allah s.w.t ciptakan untuk manusia bagi kemudahan manusia. Tidak ada seorang sainstis di dunia ini, yang berjaya mencipta emas. Emas adalah satu-satunya anugerah Allh s.w.t yang tidak boleh dimanipulasi seperti wang fiat. Oleh kerana emas berharga sejak zaman-berzaman, maka ia sinonim dengan lambang kemewahan dan kekayaan. Maka, sekali lagi minda kita di jajah dengan sogokkan bahawa emas hanya untuk yang kaya. Minda kita sejak dahulu ditanam dengan kata-kata azimat bahawa emas adalah mahal dan hanya untuk orang yang kaya. 


Sidang pembaca yang dimuliakan,

Hujah pertama jelas, hujah kedua bernas, kita ke hujah seterusnya. Sesungguhnya, emas tidak pernah murah. Ia akan mahal dan mahal dan terus mahal. Kerana apa? kerana emas berharga. Pada sepuluh tahun yang lalu, emas RM 40 segram, kita kata mahal. Sekarang, emas sekitar RM 200 segram, kita masih kata mahal. Untuk kita dapat kembali harga RM40 segram seperti 10 tahun yang lalu, adalah sangat mustahil. Saat ini, tika saya bertungkus lumus mencelikkan manusia supaya membuat simpanan emas, masih ada lagi yang berfikiran cetek. Minda bawah sedar yang telah sekian lama diprogramkan supaya menyimpan wang, adalah amat sukar untuk mengubahnya. Walaupun mantan perdana menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad menggalakkan rakyat Malaysia menyimpan emas dan perak, namun berapa ramai yang menyahut saranan beliau. Sekarang revolusi pemikiran kita harus di ubah, sesiapa sahaja boleh menyimpan emas. Lebih menguntungkan lagi, ada syarikat yang menawarkan emas seberat 0.5 gram dan 1 gram untuk di simpan. Ia adalah harga mampu milik untuk dikumpul.



Sidang pembaca sekalian,

Pernah dengar dengan peribahasa ' sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Berapa ramai dari kita, yang telah difahamkan dengan konsep menyimpan wang sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Simpan wang sikit-sikit, lama-lama jadi banyak. Oleh yang demikian, tidak hairanlah pada zaman dahulu, kita begitu sinonim dengan Tabung Buluh. Nasihat datuk nenek moyang kita, supaya mengumpul wang telah menjadi darah daging kita. Kita perlu melakukan anjakan paradigma, simpan emas sikit-sikit lama jadi banyak. Mulalah dengan segram untuk jadi sekilogram emas. Kalau bukan sekarang bila lagi?






Sidang pembaca sekalian.,
Sebelum tirai dilabuh, sebelum nafas berhenti, saya berbesar hati ingin membantu sesiapa sahaja yang ingin membuat simpanan emas. Ilmu emas saya tidak akan berhenti di sini sahaja, semoga kita bertemu lagi di lain masa.

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

*Hari ini saya teringin nak menyampaikan pidato, jadi saya buat teks seperti mahu berpidato. Harap semua sudi membaca.

Salam keemasan,
Cikgu emas online

0197482231 

No comments:

Post a Comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015