Showing posts with label Cuti tanpa gaji. Show all posts
Showing posts with label Cuti tanpa gaji. Show all posts

Saturday, 22 August 2015

ENTRI 3: CUTI TANPA GAJI DAN KENAPA PILIH POWERGOLD

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Google
 
Assalamualaikum....
 
Semoga kita semua dalam rahmat dan redha Allah S.W.T. Esok bermulanya cuti tanpa gaji. Ini bukan bermakna saya harus duduk goyang kaki seperti 'MEM' besar. Banyak yang saya rancang dan atur untuk mengisi cuti yang saya hadapi. Saya tidak mahu cuti saya terbiar begitu sahaja. Saya telah berbincang dengan suami untuk menjalankan bisness online. Suami mengizinkan untuk saya menjalanan bisness online. Saya sempat memohon restu dan doa dari suami supaya saya menjadi 'jutawan 51 hari'. Saya sangat-sangat yakin dengan rezeki Allah yang maha luas dan maha kaya ini. Saya akan terus berdoa, berdoa, berdoa semoga urusan saya di permudahkan, rezeki saya sekeluarga di perluaskan dan tercapai hasrat menjadi ' jutawan 51 hari'. Selesai solat berjemaah dengan anak-anak, saya ada meminta supaya anak-anak saya mendoakan saya 'jutawan 51 hari'. Anak kedua saya  bertanya, "jutawan tu apa?'. Saya jawab ' Manusia yang mempunyai harta berjuta-juta dan boleh membayar zakat dengan banyak".
 
Setelah berfikir panjang dan memohon petunjuk dariNya, saya bercadang untuk menjalankan perniagaan emas Powergold. Banyak sebab saya memilih Powergold sebagai bisness online saya kerana : 
  1. Perniagaan emas merupakan perniagaan yang memberi nilai kepada orang lain. Orang yang membeli tak rugi dan orang yang menjual juga tak rugi. Sama-sama untung.
  2. Perniagaan Powergold boleh dijalankan secara online 100%. Sangat sesuai untuk surirumah dan boleh dijalankan secara sampingan (part time).
  3. Perniagaan Powergold tidak menuntut untuk saya maintain bulanan atau menyimpan stok emas.
  4. Syarikat boleh tolong hantar barang kepada pelanggan . Lebih kurang dropship jadi saya tidak perlu sibuk-sibuk pergi pejabat pos untuk pos barang.
  5. Saya juga tidak perlu keluar buat demo untuk menjalankan perniagaan Powergold. Emas adalah barang yang berharga dan semua orang tahu tentang keistimewaan emas. Semakin simpan semakin berharga.
  6. Yuran pendaftaran Powergold yang berpatutan, tidak terlalu mahal dan tidak perlu bayar yuran tiap-tiap tahun.
  7. Konsep Powergold sangat mudah SAVING, TRADING dan NETWORKING. Terpulang pada pilihan masing-masing sama ada mahu jadi penyimpan sahaja ( SAVING), atau beli emas dengan harga ahli dan jual pada harga pasaran (TRADING) atau berkongsi maklumat tentang emas dan join sebagai ahli dan memiliki pelbagai bonus (NETWORKING). Powergold adalah real bisness (beli emas dapat emas, BUKAN pelaburan emas yang menjanjikan bulan dan bintang ).
Semoga saya istiqamah dalam memberi pendidikan emas kepada orang ramai dan lebih ramai yang celik emas untuk berjalan seiring dengan saya memperkenalkan perniagaan Powergold kepada orang ramai.
 
 

 
Salam keemasan...

Friday, 21 August 2015

ENTRI 2: PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Foto : Google
 
 
 
Assalamualaikum....
 
Ini adalah coretan saya yang ketiga setelah meninggalkan dunia blog agak lama. Sepatutnya entri 44 hari berlangsung tanpa ada kekangan masa yang terlalu lama. Namun masa yang agak terhad selepas bersalin anak ke empat, menyebabkan blog ini terbiar berbulan-bulan. Mulai hari ini saya cuba istiqamah untuk berkongsi cerita dan pengalaman di blog ini.
 
Saya telah memohon cuti tanpa gaji selama 51 hari bermula 23 Ogos 2015 hingga 12 Oktober 2015. Tindakan ini di buat setelah pengasuh anak saya akan menunaikan haji selama 51 hari. Perbincangan demi perbincangan telah di buat antara saya dan suami sebelum memutuskan untuk saya bercuti tanpa gaji. Hati menjadi yakin dan kuat untuk mengisi borang Cuti Tanpa Gaji. Saya yakin dengan rezeki Allah, walaupun akan bercuti tanpa gaji. Allah maha pengasih lagi maha penyayang dan maha pemberi rezeki. Pesan suami, mungkin cuti kali ini boleh buat praktikal untuk menjadi surirumah sepenuh masa suatu hari nanti.

Setelah cuti saya di luluskan, tiba-tiba ada seseorang yang sudi menjadi pengasuh anak saya. Hati saya berbolak-balik untuk meneruskan cuti. Namun keyakinan dengan petunjuk dari Allah, saya cekalkan hati untuk bercuti. Allah telah mencoretkan takdir yang terbaik untuk saya. Harapan saya, semoga dengan cuti kali ini, saya menjadi lebih dekat dengan Allah S.W.T.

Harapan dan objektif saya semasa cuti ini:
  1. Dapat mengaji dan membaca tafsir Al-Quran satu muka surat sehari.
  2. Solat Dhuha 8 rakaat setiap hari
  3. Bangun malam untuk tahajud dan solat hajat 8 rakaat.
  4. Kemas kini blog setiap hari.
  5. Memasak dua kali sehari.
  6. Berlembut dengan anak (tidak boleh meninggi suara sama sekali)
  7. Peluk anak serta baca Al-Fatihah dan Surah Ash-Sharh setiap kali lepas solat.
  8. Kemaskini FB untuk berkongsi ilmu perniagaan.
  9. Semak buku anak setiap malam.
  10. Ulangkaji pelajaran anak-anak setiap hari.
  11. Semak hafalan surah dan bacaan solat anak setiap hari.
  12. Jutawan 51 hari.
  13. Menjadi isteri yang terbaik.
  14. Rumah berkemas setiap hari.
  15. Sentiasa sabar dan tabah.
  16. Sedekah setiap hari.

Semoga dalam rahmat dan redha Allah. Amin..
Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015