Monday 31 August 2015

TOLONGLAH JANGAN JUAL EMAS ITU !!!!

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Entri 11

 
Assalamualaikum w.b.t,
Harapan saya semoga kita seiring dan sejalan mensyukuri nikmat Allah S.W.T yang tidak ternilai iaitu bernafas di bumi bertuah ini. Pada hari ini, saya berkesempatan menulis di waktu pagi, yang biasanya saat ini saya berada di sekolah menunaikan amanah sebagai pendidik. Cuti tanpa gaji ini, saya cuba manfaatkan sebaiknya, kalau tidak dapat memberi ilmu kepada anak-anak murid, tidak salah saya memberi ilmu kepada masyarakat tentang emas melalui bait-bait kata yang dinukilkan atas blog ini. Semoga ilmu yang bermanfaat ini, menjadi pahala berterusan tika saya di alam lain nanti. In shaa Allah.
 
Saya sengaja memilih tajuk di atas, supaya nampak seperti satu arahan. Sebenarnya ia lebih kepada rayuan supaya kita berfikir semula jika ingin menjual emas yang kita miliki. Saya ada sedikit ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya untuk saya kongsikan kepada masyarakat. Ilmu yang saya ingin saya kongsikan ialah berkaitan 'spread' atau susut nilai. Spread membawa maksud perbezaan di antara harga belian dengan harga jualan. Jika ingin menjual emas kita, pastikan susut nilai yang di ambil oleh kedai tersebut rendah. Bagaimana kita mahu mencari spread atau susut nilai? Dibawah saya akan tunjukkan cara pengiraan mencari spread dan susut nilai.
 

Di atas merupakan formula mencari spread atau susut nilai dalam peratus.Boleh gunakan formula tersebut untuk mencari susut nilai sebelum anda menjualnya.



Saya akan memberi contoh pengiraan bagaimana untuk mencari susut nilai atau spread dengan menggunakan data harga emas 1 gram di Syarikat Powergold. Kita perlu kenal dahulu harga jualan dan harga belian. Berdasarkan data di atas harga jualan bagi stokis Powergold ialah RM 170, dan harga belian Syarikat Powergold ialah RM 160. Berdasarkan maklumat yang kita perolehi, kita akan masukkan ke dalam formula yang saya telah tunjukkan di atas tadi.
 



 
 
Susut nilai atau spread yang kita perolehi sekiranya kita menjual kembali kepada Syarikat Powergold ialah 5.88%. Selepas ini, kita akan membuat pembandingan susut nilai atau spread dengan Kedai Emas. Harga Jualan bagi stokis ialah RM170, dan kita telah bercadang untuk menjual gold bar 1 gram kita di sebuah Kedai emas. Kedai emas tersebut sudi membeli Gold Bar 1 gram kita dengan harga RM 120 sahaja. Berdasarkan maklumat yang kita perolehi, kita akan masukkan ke dalam formula mencari susut nilai dan spread.
 
 
 
Setelah membuat pengiraan, kita akan dapati bahawa susut nilai sekiranya kita menjual Gold Bar 1 gram di kedai emas ialah 29.41%. Susut nilai tersebut adalah sangat tinggi dan merugikan kita sebagai penyimpan emas.
 
Kenapa susut nilai berlaku? Susut nilai atau spread berlaku kerana inilah satu cara syarikat atau kedai emas menjana keuntungan. Oleh yang demikian, dalam misi saya menggalakkan masyarakat menyimpan emas, saya nasihatkan simpanlah emas tersebut selama mungkin sekiranya kita tidak memerlukan wang tunai. Sekiranya, anda sangat terdesak untuk menggunakan wang, pergilah ke Ar-Rahnu untuk memajak emas anda, dan pastikan anda menebusnya kembali. Boleh baca di sini dan di sini, dua rahsia untung simpan emas. Penyimpan emas dan pelabur emas adalah dua situasi yang berbeza. Saya juga tidak pernah menggalakkan penyimpan-penyimpan emas membuat pinjaman bank untuk membeli emas. Jadilah kita penyimpan 'peace of mind', hutang tiada tapi simpanan emas bertambah.
 
Doakan saya memiliki kesihatan baik dan kelapangan untuk saya menulis tentang perbezaan pelabur dan penyimpan emas pada artikel akan datang. Tahniah saya ucapkan sekiranya, anda selesai membaca artikel sehingga habis. Buatlah pilihan yang bijak. Sekiranya anda belum membuat simpanan emas, mulakan menyimpan pada hari ini. Kalau bukan sekarang, bila lagi?
 
Hubungi saya untuk 'guide' anda supaya menjadi penyimpan emas yang baik 019-7482231. In shaa Allah.
 
 
Salam keemasan,
Cikgu Emas Online
 
0197482231


 

No comments:

Post a Comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015