Tuesday 30 November 2021

KRITERIA PENTING PEMILIHAN PELABURAN

Entri 62
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Kriteria penting memilih emas pelaburan yang baik adalah penting. Ianya tidak hanya merujuk kepada harga emas semata-mata.

Jika membeli emas untuk tujuan pelaburan, hanya dua bentuk emas sahaja yang sesuai iaitu sama ada gold bar (jongkong emas) ataupun syiling emas (termasuk dinar).

Ini kerana,  bukan semua jenis emas sesuai untuk tujuan pelaburan. Gold bar dan syiling biasanya dikeluarkan dengan ketulenan 995 dan ke atas. 

Lebih tinggi ketulenan emas, lebih baik bagi tujuan pelaburan. 

Barang kemas tidak sesuai untuk tujuan pelaburan disebabkan harganya sangat mahal dan susut nilainya sangat tinggi.

Ia dibuat untuk tujuan perhiasan, bukan untuk pelaburan. Susut nilai barangan kemas yang kebiasaanya berketulenan 916 adalah tinggi boleh mencecah sehingga 30%. 

Jika mahu melabur di dalam emas jongkong atau syiling pula, biasakan untuk menyemak beberapa kriteria utama.

Pemilihan paling penting secara pakej sebelum membelinya. Tidak boleh hanya bergantung kepada satu kriteria sahaja. Ini bukan teori, tetapi pengalaman mentor G100 Network, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, berikut adalah kriteria emas yang baik : 

1. Harga lebih rendah berbanding kedai emas
2. Susut nilai nipis
3. Stok emas tiada had
4. Cawangan jual beli banyak
5. Syarat jual balik tidak cerewet tak kira kemek atau calar emas

Kat mana nak dapat kriteria keseluruhan emas yang baik begini? Jom! Sertai Public Gold syarikat yang menawarkan emas pelaburan dengan ciri-ciri kriteria yang baik. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline
#financialfreedom

Monday 29 November 2021

SUSAH KE MENABUNG?

Entri 61
Assalamualaikum wbt dan Salam keemasan,

Susah ke menabung? 

Bagi seseorang yang pernah hidup tidak ada simpanan kecemasan lansung memang tak dinafikan menabung itu susah!

Kenapa susah?

1) Tak ada kesedaran kenapa perlu menabung? Kenapa perlu ada simpanan kecemasan? Relax aar… muda lagi kan?

2) Bila dapat gaji, tak pernah asing untuk simpan dahulu. Tapi selalunya memang akan belanja dulu, fikir nanti ada lebih baru simpan. Tapi memang sampai ke sudah lah tak ada lebihan dan tak dapat menyimpan. 

3) Waktu tu hanya fikir, hidup untuk enjoy. Tak perlu fikir benda yang belum jadi. Apa yang penting, enjoy jelah hidup yang kita ada ni. 

4) Rasa hidup terlalu selesa. Dapat gaji boleh beli apa yang kita nak, dapat pergi mana yang kita suka. 

5) Hidup tak pernah ada matlamat. Tak pernah ada perancangan apa akan buat lagi 5 tahun akan datang? Berapa simpanan yang kena ada untuk masa hadapan? 

6) Tak pernah baca buku-buku kewangan. Suka baca novel dan hidup dalam alam fantasi.

7) Tak berada dalam circle yang positif tentang kewangan. 

Inilah kebanyakan orang kita di dalam masyarakat. Sebab tu Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa lebih 75% rakyat Malaysia tak ada wang simpanan walaupun serendah RM100! 

Memang tak pernah ada simpanan kecemasan walaupun seribu seringgit. Bukan tak mampu menyimpan tapi tak ada kesedaran dan mindset yang betul. Tak nak paksa diri untuk cuba menabung. 

Sebenarnya menabung tu tak susah bila mindset dan matlamat hidup kita jelas. Bila kita ada matlamat yang jelas, kita akan paksa diri untuk menabung agar kita dapat capai matlamat tersebut.

Jom paksa diri untuk menabung. Kena ingat satu perkara. Kita hidup jangan susahkan orang, bila mati pun tak akan susahkan orang dengan meninggalkan hutang.

Menabunglah untuk hari tua dan masa depan anak-anak kita. Yang tak boleh tengok wang tunai tu, jom! Simpan emas.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Sunday 28 November 2021

DUIT BANYAK BUKAN PENENTU


Entri 60
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

“Aku bukan tak nak beli emas. Aku tunggu ada duit baru aku beli emas”.

Biasa kan kita bagi alasan macam ni? Betul ke bila kita ada duit, kita akan beli emas? 

Betul ke emas tu patut beli bila ada duit lebih sahaja? Apa definisi ada duit lebih?

Jom kita baca cerita orang – orang yang menang loteri berjuta – juta dan akhirnya kembali miskin tak lama pun selepas itu.

1. Billie Bob Harrell Jr 
Billie Bob yang telah menang loteri Texas Lotto berharga 31 Juta USD pada tahun 1997. Wang loteri yang dimenangi habis digunakan untuk berfoya – foya. Bukan itu sahaja, Billie juga telah memberikan rumah bagi setiap ahli keluarga dan teman – temannnya. 

Disebabkan hal itu, Billie Bob telah menjadi sasaran scammer sehingga memaksa Billie kerap menukar nombor telefon supaya tidak dihubungi orang yang tidak dikenali.

Pada tahun 1999, Billie mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan menggunakan pistol dan menyifatkan kemenangan loteri adalah hal terburuk yang pernah terjadi pada hidup beliau.

2. Sharon Tirabassi
Sharon Tirabassi telah menang loteri pada tahun 2004. Malangnya semua duit loteri yang dimenangi habis digunakan untuk membeli kereta mewah, rumah baru dan berfoya – foya di tempat hiburan.

Tak lama lepas itu, Sharon terpaksa kembali bekerja dan menyewa rumah untuk menyara kehidupannya. 

3. Joseph dan Ibi Roncaioli
Joseph dan Ibi Roncaioli menang loteri berharga 5 Juta USD pada tahun 1995. Joseph mempercai Ibi untuk mengendalikan duit hasil kemenangan loteri tersebut.

Malangnya, isterinya Ibi menggunakan duit loteri tersebut untuk berjudi, membeli rumah mewah dan membeli bisnes untuk diwariskan kepada anak lelakinya. 

Disebabkan marah dengan kelakuan isterinya, Joseph telah membunuh Ibi dengan menyuntikkan jarum beracun. Joseph kemudiannya telah dikenakan hukuman penjara.

Kalau kita baca semua cerita di atas, kita boleh simpulkan bahawa mempunyai duit yang banyak tidak menjamin seseorang tahu dan mampu mengendali kekayaan mereka sendiri.

Mungkin akhirnya kita akan membeli barang – barang yang menjadi kehendak selama ini seperti kereta dan rumah mewah sedangkan kita tak memerlukan semua itu. Yelah, duduk tiga beranak je, nak duduk rumah agam 15 bilik buat apa kan?

Ada duit lebih atau tidak bukanlah penentu. Kalau kita tahu kelebihan emas, pasti kita dah berlumba – lumba dan mencari cara untuk simpan emas. Lagipun sekarang ada duit RM100 pun boleh simpan emas. Tapi kalau duit RM100 tu korang lagi rela untuk beli makanan viral, hakak pun tak boleh buat apa lah dik. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

BAYAR DIRI SENDIRI

Entri 59,
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Kalau baca tajuk macam "selfish" kan?

Ada yang cakap, taksub sangat dengan urusan dunia.

Simpan harta bukan bawa mati pun.

Wahai pembaca sekalian,

Hati kita ini milik Allah swt, tujuan dan misi kita hanya Allah yang tahu.

Mohon semoga Allah tidak bolak balikkan hati kita ini.

Kalau sebelum ini, kita tak pernah nak bayar diri sendiri, kita boleh mulakan sekarang.

Tiada istilah terlambat.

Maksud bayar diri sendiri, adalah dengan menabung.

Boleh mulakan 10% daripada gaji atau bisness untuk bayar diri sendiri.

Atau boleh mulakan dengan hanya sekecil  RM 1, walaupun hutang kita sekeliling pinggang.

Langkah ini akan menjanakan satu tindakan mental dalam minda "sub-conscious" kita untuk memberi semangat dan motivasi yang bakal mengubah kesihatan kewangan kita.

InshaAllah.

#financialfreedom 
#janganlupabacatipssebelumini
#semogaallahjagahatikita

Saturday 27 November 2021

SCAM EMAS KLON

Entri 58
Assalamualaikum dan Salam Keemasan,
 
Cerita scam tidak pernah berkesudahan yang paling baru scammer emas menipu orang ramai dengan menjual emas palsu.

Kaedah yang digunakan oleh scammer emas ini menipu orang ramai dengan cara memproses emas palsu dan menjualnya di pasaran. 

Emas jongkong (gold bar) dan barang kemas dilakukan dengan menyadur emas di lapisan luar sahaja dan di bahagian dalamnya adalah logam tembaga dan tungsten yang menyerupai emas tulen.

Kenapa tembaga dan tungsten? Ini disebabkan tembaga seakan-akan warna emas. Manakala Tungsten bersifat logam ringan dan keras. 

Ketulenan emas dirujuk sebagai karat. Terdapat pelbagai kategori emas mengikut ketulenan iaitu emas 24k adalah emas 999.9, emas 22k adalah emas 916 dan emas 18k sebagai emas 750. 

Sekiranya ketulenan emas perhiasan itu adalah 22k, akan ditanda dan diukir K22 atau 916 di bahagian dalam barang kemas tersebut. Tapi emas tiruan hanya terdapat ukiran K sahaja dengan tujuan untuk mengelirukan pelanggan.

Walaupun ada barang kemas ditanda atau diukir perkataan K22, terdapat beberapa kes penipuan di mana emas itu dicampur dengan logam lain yang bukan emas. 

Biasanya, logam tiruan itu diletakkan di bahagian cangkuk kerana item ini kecil dan sukar dibezakan. Dan bahagian itu pula kita sering terlepas pandang untuk diperiksa.

Berbeza gold bar dan dinar emas Public Gold kesemuanya berketulenan 999.9 atau 24 karat. Dan emasnya telah diuji dan disahkan oleh Certified Assayer. 

Oleh itu berhati-hatilah agar anda tidak terbeli emas klon atau emas celup yang diperbuat daripada logam saduran emas yang dihasilkan oleh scammer yang licik ini. Nak mudah? Pilih je jenama Public Gold yang dah ada berbelas-belas tahun track record. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

Friday 26 November 2021

KITA NI KATEGORI MANA SEBENARNYA?

Entri 57
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Apabila melibatkan diri dalam pelaburan emas, ketahuilah posisi sebenar  supaya kita boleh maksimumkan keuntungan. 

Kita ini berada di dalam posisi penyimpan, pelabur atau peniaga emas?

Jom, saya beritahu anda ciri-ciri supaya anda boleh mengenalpasti anda kategori yang maya : 

1) Posisi penyimpan : Fokus kepada pertambahan gram emas. Ada sahaja duit lebih untuk simpanan jangka panjang tukarkan kepada gram emas.

Tidak kisah harga naik atau turun yang penting kepingan emas atau gram emas bertambah.

Apabila harga emas turun waktu itulah bonus untuk posisi penyimpan emas untuk memborong emas dengan harga diskaun.

2) Posisi pelabur : Fokus kepda nilai RM. Pelabur akan membeli emas dan apabila harga emas naik mereka akan jual untuk mendapat keuntungan. 

Contoh modal RM 25,000 untuk mulakan belian emas, dapat 100g emas. Setelah berlaku kenaikan harga emas , harga emas mencecah kenaikan 10% iaitu RM27,5000 dan mencapai target keuntungan, maka terus jual. 

Pelabur akan dapat keuntungan RM2,500 melalui pusingan tadi.  Selepas itu pelabur akan ulang balik langkah yang sama bagi memaksimakan keuntungan. 

3) Posisi peniaga : Bagi sesiapa yang hendak menambah gram sekaligus memaksimumkan RM, posisi terbaik adalah menjadi dealer atau ejen syarikat emas.

Dealer emas , dapat menambahkan simpanan emas dan menjana RM  hasil dari perniagaan emas. Emas bertambah , duit pun makin bertambah.

Dalam setiap posisi yang dipilih, tentukan matlamat dan penetapan fokus adalah penting.

Fokus yang betul dan tepat akan membantu kita mencapai matlamat yang diimpikan dengan cepat dan jayanya. 

Yang menjadikan kita kaya bukan emas, tetapi ilmu emas. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Thursday 25 November 2021

ADA APA DENGAN EMAS?

Entri 56
Assalamualaikum Wbt dan Salam Keemasan, 

Emas bukanlah bukanlah voucher transaksi harian dalam keadaan biasa. Emas adalah logam penyimpan nilai dan kekal sebagai matawang universal yang laku di seluruh dunia.

Kalau berlaku kegawatan ekonomi, kita perlukan barang keperluan asas untuk hidup. Contoh kegawatan yang berlaku iaitu banjir yang menenggelamkan sebahagian besar  kawasan negeri.

Pada waktu ini, kita sanggup bayar harga yang mahal untuk dapatkan barang keperluan. Berapa sahaja harganya kita sanggup membayarnya.

Wang mungkin dah basah tenggelam dek air. Dalam situasi begini, matawang akan hilang nilai.

Untuk dapatkan barang keperluan, kita perlu membayarnya dengan sesuatu bayaran yang bernilai sebagai alat tukaran.

Kalau duit tidak tidak lagi bernilai, apakah alat tukaran yang diterima oleh semua sebagai sesuatu yang bernilai? Tentunya emas dan perak!

Pernah ada penyimpan emas di bawah keluaran syarikat Public Gold membawa jongkong emas ke luar negara dan menjualnya.

Tak ada masalah, emas Public Gold diterima untuk dijual malah ada sesetengah kedai emas luar negara membelinya dengan harga yang lebih tinggi berbanding jual di dalam negara.

Wah! Lazat bukan?

Sememangnya dalam sejarah manusia, sudah beribu-ribu tahun emas dijadikan sebagai matawang antarabangsa.

Emas merupakan alternatif yang baik selain membawa wang tunai semasa melancong keluar negara. 

Wang kertas Ringgit Malaysia hanya sah digunakan di dalam negara Malaysia, sekiranya dibawa keluar negara, duit kertas Malaysia tidak boleh diguna pakai. Ada duit, belum tentu berduit.

Ada emas? Sudah pasti berduit. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di 


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Wednesday 24 November 2021

KELUHAN TENTANG SIMPANAN DUIT

Entri 55
Assalamualaikum wbt dan Salam keemasan,

Posting ini khas sempena hari gaji.

Simpan sikit sikit, lama lama tetap sikit.  Ini adalah kebiasaan bila menyimpan wang kertas di dalam digit di akaun bank. Lama lama kita tengok duit kertas, lagi cepat habis. 

Kenapa? 

Bila kita ada simpan duit yang banyak dalam akaun bank, secara tidak langsung nafsu kita nak membeli menjadi tinggi.

Semakin ligat otak kita pikir untuk berbelanja. Barang yang mahal pun kita terasa murah. Handphone yang tak rosak mula rasa nak tukar baru, dengan alasan reward diri lah kunun…. 

Ini adalah masalah dalam kewangan yang jika tidak diubati, kita lambat kaya atau pun langsung tak kaya.

Kekayaan bukan tentang berapa banyak wang yang kita anda. Tapi tentang berapa banyak yang kita simpan.

Namun cam biasalah, simpan wang lama kelamaan habis terguna atau bocor dek ifnlasi.

Emas? Simpan sikit-sikit lama kelamaan sukar bocor dan jadi lebih berdisiplin untuk menambahkan gram lagi dan lagi.

Ini adalah rahsia orang kaya sebenarnya. 

Jom! Tukarkan cara menyimpan duit kertas untuk upgrade duit kertas kepada bentuk logam yang bernilai iaitu emas.

Emas menghilangkan nilai RM kita menjadi gram. Hilang RM secara tak langsung menghilangkan nafsu untuk membelanja. Fikiran kita hanya tertumpu berapa pertambahan gram emas yang kita simpan.

Biar kita rasa pokai , tetapi simpanan emas kita kekal ada. Dengan emas sebenarnya kita berduit.

Nak mula menabung emas tapi modal kecik ya? Ada caranya…. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Tuesday 23 November 2021

EMAS VS RUMAH

Entri 54
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Rumah, tanah, kebun, dusun adalah aset yang kita tak boleh beli dalam amount kecil atau sedikit demi sedikit. Misalnya bulan ini beli 1 kaki persegi. Bulan depan lagi 1 kaki persegi. 

Tak boleh kan?

Jadi sampai bila perlu tunggu untuk layak beli rumah?

Risau juga harga hartanah setiap tahun meningkat. Lama-lama kita akan terlepas peluang miliki hartanah sendiri. Gelap rasa masa depan nak bagi keselesaan pada anak dan isteri.

Jangan risau, hartanah memang tak boleh beli sedikit demi sedikit, tapi ada satu aset yang kita boleh kumpul sedikit demi sedikit hingga banyak iaitu Emas. 

Ya, di akaun GAP, kalau ada RM100 pun kita boleh mula menabung emas.

Semua orang boleh ada simpanan emas.

Emas ini aset kecil. Kita kumpul hingga banyak. Bila dah cukup, kita boleh upgrade kepada aset yang besar seperti rumah, tanah, kebun, dusun dan sebagainya.

Yang baiknya tentang simpanan emas ni, kekayaan kita lebih kekal berbanding simpan duit.

Jadi, kita tak perlu risau tentang kenaikan nilai hartanah kerana emas mampu mengekalkan kuasa belinya. Yang kita perlu risau ialah gram emas kita yang tak bertambah saban tahun.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di


#cikguemasonline
#financialfreedom
#G100network
#publicgold

EMAS KINI BUKAN LAGI DAMBAAN WANITA SAHAJA.

Entri 53
Assalamualaikum dan Salam Keemasan,

Dahulu, emas dilihat lebih 'friendly' dengan kaum hawa, bukan golongan adam. Ditambah lagi apabila ia jelas dalam soal hukum agama, lelaki haram untuk memakai emas, seolah- olah nak 'tutup buku' cerita pasal emas dan lelaki.

Tapi itu cerita dulu, kurangnya sumber ilmu dan terbatasnya teknologi maklumat.

Hari ini, lelaki sudah faham dan jelas yang mereka haram untuk memakai emas tetapi masih boleh MEMILIKINYA sebagai aset untuk jangkamasa panjang! Malah, emas yang mereka beli bukan emas perhiasan tetapi emas tulen 999! Malah kaum hawa pun boleh sertai sama. Takkan nak pakai gelang tangan sampai melingkar ke lengan kan? Kan?

Kenapa pilih emas? Jawapannya kerana nilainya yang 'eksklusif'. Boleh digunakan di seluruh dunia tanpa ragu dan tidak berkait langsung dengan istilah turun naik ekonomi dunia dan nilai mata wang.

Pun begitu, bukanlah bermaksud untuk menukar semua simpanan dalam bentuk emas kerana simpanan tunai tetap perlu ada juga, cuma perlunya ada bahagian simpanan yang betul- betul tidak digunakan, seeloknya ditukar dalam bentuk mas ☺️

#BIJAK EMAS1: SIMPANAN UNTUK ANAK- ANAK

Ibu bapa sudah mula celik emas, mula MENUKAR simpanan kewangan anak- anak mereka dalam bentuk emas (syiling dan gold bar). Kenapa? Sebab KESEDARAN bahawa kekuatan nilai mata wang semasa sangat bergantung kepada ekonomi dunia melainkan emas.

Contoh mudah, lihat 'kekuatan' duit RM50 untuk membeli lampin pakai buang (yang berkualiti ya) berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Tahun 2007= Dapat membeli 3 beg
Tahun 2010= Dapat membeli 2 beg
Tahun 2020= Dapat membeli 1 beg.

Nampak tak? 

Angka yang sama masih kekal RM50 tetapi nilai penggunaannya semakin menurun!

Sedangkan emas, sejak 1400 dahulu masih kekal; 1 dinar masih boleh membeli seekor kambing!

**********

Bagaimana bermula? 


"Daripada Ilmu datangnya maklumat,
Daripada Berguru datangnya pemahaman,
Daripada Tindakan datangnya pulangan,
Tiada kerugian dalam kebaikan untuk dikongsikan "

MATA WANG DULU, KINI DAN SELAMANYA

Entri 52
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Matawang yang digunapakai pada zaman Rasullullah dan kerajaan Islam yang lain sebagai medium transaksi  jual beli  sejak berzaman dahulu adalah emas.

Ini fakta sejak ribuan tahun.

Dahulunya wujudnya wang kertas dollar digunakan sebagai baucar bagi mewakili emas. Setiap 35 dollar yang dicetak adalah bersandarkan kepada emas seberat satu troy oz (31.1g) .

Setelah Kerajaan Amerika  mempunyai masalah ekonomi yang teruk akibat peperangan yang panjang dengan Vietnam, sistem kewangan telah dimanipulasikan. 

Pada waktu itu, wang kertas telah dicetak  tanpa lagi bersandarkan kepada emas.

Nilai wang kertas, bukan terletak pada nilai wang tetapi dengan jaminan kerajaan.

Jika kita perasan, duit syiling RM 1, duit kertas RM 500, dan duit kertas RM 1,000 bila kerajaan isytihar tidak lagi bernilai , maka nilainya hilang begitu sahaja dan tidak lagi laku di dalam pasaran.

Satu fakta yang kita perlu tahu adalah, emas dan perak telah digunakan sebagai alat penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia disebabkan sifatnya yang tidak boleh dicipta, tidak binasa, dan tidak boleh dibinasakan dengan cara apa sekalipun.

Disebabkan faktor ini, emas adalah satu satunya aset kewangan yang tidak sekali- kali boleh jatuh nilainya menjadi kosong.

Emas kekal dianggap duit sebenar sejak zaman berzaman hingga kiamat. 

Cuma ya, pemilihan jenama emas amat penting bagi penyimpan emas yang bijak.

Maka, pastikan pilih jenama yang diakui seperti jenama Public Gold ya!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di 


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Monday 22 November 2021

PERBANDINGAN PRESTASI RETURN

Entri 51
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Kawan, kita kena faham bahawa kekayaan bukan hanya soal nombor.

Ya, bukan hanya soal nombor. Percaya atau tidak, adakala nombor ini menipu mata. Kan ada pepatah Omputih kata – ‘Age is just a number’. Maknanya, angka umur itu tidak 100% boleh menggambarkan the real situations dalam kebanyakan perkara. 

Ada di kalangan kita mudah ‘tertipu’ dengan nombor dan digit di dalam akaun iaitu dividen yang diberikan oleh sesuatu institusi kerana minda telah deprogram bahawa kekayaan hanya soal nombor.

Lagi besar nombor, lagi kaya seseorang. Sound legit dan logic bukan?

Baik, andai kata nombor adalah indikatornya, jom kita tengok prestasi dan perbandingan keuntungan dan kenaikan harga antara AESBEE, TAWBONG HAJI dan emas.

Perlu untuk ditekankan di sini di mana perbandingan ni sebenarnya tidak sesuai. Tapi ramai juga yang cuba membandingkannya.

Ibarat kata, gergaji dgn kapak. Kedua-dua gergaji dan kapak boleh pakai buat tebang pokok kan, persoalannya mana yang lebih sesuai. 

Betul?

Anda boleh lihat data dan jadual di bawah. Apa yang dapat kita simpulkan, kawan?

Kalau untuk jangka pendek, ia bergantung pergerakan sebenar harga emas. Ada tahun harga emas naik sampai 30%, dan juga turun sampai 28%.
Purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun sejak 10 tahun lalu. Lepas tolak kos spread & zakat, untungnya sekitar 8% - 10%. Tabung Haji (5%), ASB (5.5% lepas tolak zakat 2.5%).

Itu belum ambil kira tolak inflasi lagi sebanyak 4%. Jadi, untuk jangka panjang, kenaikan harga emas secara purata melebihi dari pulangan yang diberikan oleh ASB dan Tabung Haji! 

Anda nak nombor tadi kan?
Nahhhh kita lampirkan dengan nombor, kita datangkan dengan data, kita tunjukkan dengan angka sebenar.

Maknanya apa? Maknanya, purata kenaikan harga emas lebih cepat dan lebih besar dari dividen dari kedua-dua institusi ini.

Minda kita percaya hanya pertambahan angka melalui dividen mendatangkan pulangan, tapi sebenarnya tidak! Cuma simpan emas ini anda perlu SABAR. Ye, sabar untuk minima 3 tahun ke atas. Tenang sajalah. Konsisten menabung. 

Faham ke faham? Baik, kalau faham alhamdulillah. Pakat share ramai-ramai ye. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Sunday 21 November 2021

SIMPAN TANPA TARGET

Entri 50
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Simpan emas mesti disusuli dengan MATLAMAT. Tanpa matlamat yang jelas ia seperti memandu tanpa arah. Seolah-olah menetapkan GPS ke arah yang belum pasti.

Menyimpan bila rasa nak simpan. Tak de keinginan untuk memaksa diri. Bila ada lebihan duit baru nak menyimpan.

Mindset ini perlu diubah jika nak serius menyimpan dan mengumpul kekayaan.  Kita mesti utamakan menyimpan kemudian baru berbelanja. 

Kita kena belanja diri sendiri dahulu dengan menyimpan minima 10%  daripada gaji atau pendapatan sebagai simpanan kecemasaan. 

Orang yang berjaya menyimpan emas apabila mereka jelas dengan matlamat dan konsisten menyimpan.

Contohnya, mahu mengerjakan Haji/Umrah secara berpakej, selesaikan hutang, buat renovation rumah, dana perkahwinan dan sebagainya.

Bila matlamat kita jelas, kita secara konsisten akan menyimpan bagi mencapai target yang diimpikan tanpa mengira harga emas naik turun.  

Matlamat yang jelas akan memudahkan kita mengenal pasti berapakah jumlah gram emas yang diperlukan dan tempoh masa untuk menjualnya. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di

http://www.wasap.my/+60197482231

#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

BELI EMAS DENGAN DUIT YANG NAK DIGUNAKAN DALAM MASA TERDEKAT?

Entri 49
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Tukar kesemua duit simpanan pada emas tanpa ada dana kecemasan dengan harapan untuk mendapat keuntungan dalam masa terdekat adalah satu kesilapan. 

Diulangi, kesilapan yang besar. 

Contohnya, beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam tempoh satu tahun dari sekarang. Ia adalah salah dan akan mengakibatkan kita tersangkut. 

Emas yang dibeli pada bulan ini bukan untuk dijual pada bulan depan bagi mendapatkan keuntungan kerana emas adalah pelaburan untuk jangka masa panjang. Emas juga ada susutnilainya, jadi ada perlu memikirkan faktor susutnilai sebelum melabur emas.

Menggunakan wang belanja untuk membeli emas adalah satu kesilapan dan merugikan sekiranya dijual semula emas yang dimiliki sebelum sempat merasai keuntungannya. Emas yang dibeli perlu disimpan sekitar lebih tiga tahun.     

Sebenarnya, duit yang nak digunakan dalam masa terdekat perlu ada cash di tangan bagi tujuan perlindungan dan kecemasan bila saat diperlukan tanpa diduga.

Sebab itulah pentingnya ilmu dalam cabang emas situ sendiri ya!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di

 http://www.wasap.my/+60197482231

#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Saturday 20 November 2021

EMAS HANYALAH ALAT

Entri 48
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Emas Hanyalah Alat.

Boleh jadi ia memberi kebaikkan, seperti dermawannya Abdurrahman bin Auf.

Boleh jadi memudaratkan, seperti tamaknya Qarun.

Pilihlah kita yang mana?

Matlamat kita ke mana?

#naseffanasir 
#semogaallahjagahatikita

Friday 19 November 2021

EMAS BUKAN TENTANG HARGA TETAPI TENTANG MASA

Entri 47
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

TAKUT HARGA EMAS TURUN?

Orang yang kurang ilmu akan panik bila harga emas turun, takut nilai emas jatuh dan rasa rugi selepas menabung. 

Sedangkan harga emas dalam jangka masa pendek memang ada turun naiknya. Mana-mana pelaburan di dunia turun naik harga adalah normal. 

Pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang sekurang-kurangnya, tiga tahun ke atas.

Harga emas confirm naik dalam jangka masa panjang dan jika dibiarkan peram lebih lama, ia lebih menguntungkan.

Kita tak akan rugi selagi emas berada di tangan dan tidak dijual. Bila harga jatuh inilah masanya untuk kita tambah pelaburan dengan memborong emas. Harga emas jatuh ada satu bonus. 

NAK PANTAU HARGA EMAS?

Jangan buang masa jika kita asyik pantau harga emas turun naik dan tunggu sehingga tidak membuat belian emas maka itu tidak menguntungkan.

Sebagai gold saver kita kena fokus pada simpanan. 

Hanya dalam dua situasi kita boleh pantau harga emas:
# Masa nak beli emas bila ada duit
# Bila hendak menjual emas setelah capai target

Pembeli emas yang berilmu perlu konsisten membeli emas pada apa saja harga kerana kita boleh mengunakan teknik pemurataan harga untuk rendahkan kos per gram emas yang dibeli.

Kelak bila harga emas naik kita dah nampak keuntungnya.  

Sebagai contoh, beli 1 gram emas pada harga RM265 dan kemudiannya beli lagi 1 gm RM255, maka harga purata adalah RM260. 

Sama ada trend emas naik atau rendah, anda perlu beli emas secara konsisten. Ia akan membantu anda memdapat harga purata yang lebih baik. Inilah strateginya. 

BERHENTI MENYIMPAN BILA HARGA TINGGI?

Bila harga emas naik tinggi individu yang tidak berilmu akan sentiasa negatif lalu terus berhenti membeli emas.

Mereka merasa rugi bila membeli emas pada harga yang tinggi. Sebaliknya, menunggu agar harga turun kemudian baru hendak membeli.

Tapi bila harga turun kita masih bertangguh kerana mengharapkan harga turun lagi sehinggakan duit akhirnya habis dibelanjakan.   
Sebenarnya, membeli emas walaupun berbeza harganya tidak menjadi masalah.

Untuk mencapai matlamat menyimpan emas kita perlu konsisten membeli sama ada harga tinggi atau rendah. Bila konsisten membeli pada harga berbeza kita dapat buat kos pemurataan.

Contohnya, kita dah buat 5 kali pembelian pada harga yang berbeza, ada harga tinggi dan rendah. Kiraan berdasarkan harga pergram adalah: RM260, RM262, RM258, RM260, RM264

Jumlah kos belian: RM1,304 / 5 kali beli =RM260.8/gram (kos pergram). Kita dapat berjimat bila membeli secara konsisten.

Sebagai penyimpan emas harga naik turun bukan ukuran. Yang penting simpanan emas kita sentiasa bertambah.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

KITA TAK PUNYA APA-APA PUN

Entri 46
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Kita tak punya apa-apa untuk ubah orang.
Kita tiada kuasa untuk ubah mentaliti orang.
Kita tiada kekuatan untuk ubah nasib orang.

Kita memang tiada apa-apa.

Tapi 

Ada harapan untuk yang berdoa.
Ada jalan bagi yang berusaha.

Dan yang penting kita ada Allah.

Jadi, 

Orang tak nak simpan emas untuk elak poket bocor.
Orang tak nak simpan emas untuk elak pembaziran.
Orang tak nak simpan emas untuk ubah tabiat belanja.
Orang tak nak simpan emas untuk baiki kewangan.

Jangan paksa.

Kita bukan siapa-siapa.

Maka,
Terus aja beri ilmu dan nilai, kerana hidayah itu milik Allah.

"Itqan dan Istiqamah Pencetus Kejayaan".

#cikguemasonline 
#financialfreedom 
#semogaallahjagahatikita 
#naseffanasir

Thursday 18 November 2021

TUNGGU HARGA EMAS PALING RENDAH UNTUK BUAT BELIAN PERTAMA?

Entri 45

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Golongan yang asyik bertanya bila harga emas turun akan terus bertanya kerana tak pernah ada pengalaman membeli emas.

Selagi kita tidak membuat belian pertama kita tidak akan tahu bila harga emas naik atau turun kerana tiada benchmark atau penkita aras tersendiri.

Cara terbaik ialah beli dahulu walaupun 1 gram dan selepas itu ikuti perkembangan harga.

Jika kita merancang untuk membeli emas pada harga rendah dan terus menunggu, besar kemungkinan kita tidak akan menabung emas sehingga bila-bila.

Waktu terbaik untuk membeli emas adalah ketika kita mempunyai duit. Bukannya menunggu harga emas murah. 

Apa definasi murah? Tidak ada siapa pun tahu bila harga emas benar-benar murah.

Malah penganalisis teknikal harga emas yang pakar sekalipun tidak dapat membuat ramalan yang tepat naik turun harga emas.

Fenomena turun naik harga emas adalah perkara biasa. Jangan gabra. Mana mungkin harga naik tak turun-turun. Yang pasti, trend harga emas confirm naik sejak 20 tahun lalu.  

Jika terus menunggu duit mungkin habis dibelanja. Atau mungkin penantian itu tanpa sengaja kita telah membiarkan duit dimakan inflasi 3% hingga 4%  setahun.

Jadi adalah lebih baik menyimpan emas yang sudah purata kenaikannya secara amnya kenaikan sekitar 10% setahun sebagai simpanan jangkapanjang.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

KITA SEMUA PERNAH SILAP

Entri 44
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Semua orang pernah silap dalam hidup kerana itu fitrah manusia.

Dan pintu taubat itu sentiasa terbuka sehinggalah tiba saatnya, kita akan kembali padaNya.

Ada orang pernah boros.
Ada orang pernah berhutang.
Ada orang pernah buat personal loan.
Ada orang pernah berbelanja ikut hati.
Semua itu nafsu.

Tiba-tiba, talian hayat terbuka,
kita tak nak selamanya begitu.

Maka perbaikilah dan ajak orang berbuat kebaikkan, walaupun kita belum baik lagi.

Begitulah.

Wednesday 17 November 2021

MELABUR EMAS IKUT-IKUTAN TANPA ILMU

Entri 43
Assalamualaikum Wbt dan Salam Keemasan,

Orang yang membeli emas tanpa ilmu dan hanya ikut-ikutan biasanya tidak konsisten dalam menyimpan emas. 

Beli sekali selepas itu senyap. Sentiasa berfikiran negatif, resah dan merasa rugi bila harga emas turun naik.

Berbeza dengan individu yang bermula dengan ilmu, harga emas naik atau turun mereka sentiasa cool kerana tahu apa tindakan yang perlu dibuat.     

Sebenarnya, bukan emas itu membuatkan kita kaya tapi ilmu tentang emas itu yang  menjadikan kita kaya dan berjaya.

 Disenaraikan 5 sebab kenapa penyimpan emas berilmu konsisten menyimpan:

1. Membaca Buku

Membaca buku mempunyai banyak manfaat kerana ia adalah jendela dunia. Bacalah beberapa buku untuk mengetahui asas pelaburan emas yang telah kita buat.

Boleh juga melayari laman web dan blog-blog pelaburan emas bagi meningkatkan kefahaman anda berkaitan emas.

Cuba hadirkan diri untuk menyertai seminar pelaburan emas yang diadakan oleh pakar tentang emas. Lagi banyak ilmu yang perolehi lagi banyak untung yang boleh kita buat dalam mana-mana pelaburan sekalipun.   

2. Harga Emas Naik Dalam Jangka Masa Panjang

Wang kertas atau wang fiat tidak dapat mengekalkan kuasa beli kerana nilainya akan jatuh.

Setiap tahun nilainya akan menurun dimakan inflasi. Emas memang ada naik turun dalam jangka masa pendek tapi jangka masa panjang nilainya semakin tinggi.

Penyimpan yang berilmu tidak akan melabur kesemua duitnya pada emas. Pakar kewangan, Azizi Ali menyarankan simpanan emas 10% daripada pendapatan. Ataupun membeli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang yang tidak digunakan dalam tempoh masa 2 – 5 tahun. 

3. Kenaikan Harga Barang Selari Dengan Emas

Kadar inflasi di Malaysia naik 4.4% pada Mei 2021. Jika anda ada simpanan sebanyak RM100,000 kuasa beli duit hanya tinggal RM95,600 sahaja.

Kita kehilangan RM4,400 kuasa beli akibat inflasi. Harga barang naik, kuasa beli duit menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih untuk dapat barang yang sama.

Beza simpan emas kenaikannya selari dengan kenaikan harga barang namun nilai kekayaannya selamat dari dimakan inflasi.  

4. Emas Adalah Duit
Jika perlukan duit tunai segera, emas yang kita miliki boleh dipajak atau digadai di Ar-Rahnu dan institusi kewangan yang lain.

Stigma mengatakan orang pajak emas seolah-olah terdesak nak pakai duit, kini sudah tidak relevan lagi kerana hanya orang berduit sahaja boleh pajak emas. 

5. Emas Pelaburan Yang Tiada Risiko 

Emas adalah satu-satunya aset yang nilainya tak akan jatuh kosong seperti pelaburan saham, unit amanah dan sebagainya.

Emas adalah aset yang tiada dalam sistem kewangan. Tiada siapa tahu berapa banyak simpanan emas kita.

Beza dengan pelaburan lain, jika kita diisytiharkan bankrap semua aset akan dibekukan. Belum pernah orang bankrap sebab simpan emas tapi terlalu banyak orang bankrap sebab simpan duit kertas. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya 


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

RAHSIA MEMBERI

Entri 42
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Bila saya banyak baca buku motivasi dari kalangan orang berjaya, saya dapati satu sikap orang berjaya ialah memberi.

Sekiranya kita lihat dalam Al Quran, banyak ayat di nyatakan tentang infak dan sedekah.

Jelas menunjukkan bahawa rahsia memberi ini bukalah rahsia, ia telah di amalkan sejak zaman berzaman dan terbukti pada zaman Nabi, ramai yang berjaya dan kaya.

Mungkin kita ada segunung hutang dan mungkin juga kita salah seorang yang "broke" (pokai).

InshaAllah, dengan ikhlas memberi, Allah SWT lapangkan rezeki kita seluas lautan.

Mungkin rahsia memberi ini adalah salah satu aktiviti penuh misteri dan ajaib. Mana tahu jika di praktikkan boleh mengubah hidup kita.

Impak memberi ini, tidak dapat di jelaskan secara saintifik dan Matematik.

InshaAllah memberikan sedikit daripada pendapatan kita secara ikhlas, secara tidak langsung menjemput penglibatan atau bantuan dari Allah SWT dalam hal ehwal kewangan kita.

Mungkin dengan memberi, ia adalah salah satu penawar kepada tabiat pengamalan perbelanjaan keterlaluan dan kegilaan untuk memiliki barangan yang tidak di perlukan.

Moga-moga Allah SWT murahkan rezeki kita dan setiap rezeki kita itu tidak menjadi asbab kita di hisab terlalu lama di hadapan Allah.

Sekian, semoga bermanfaat.

Menulis untuk peringatan diri.

#naseffanasir 
#financialfreedom 
#semogaallahjagahatikita

88 LIKE DAN 31 KOMEN

Entri 41
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

7 NOV 2021, dengan beraninya saya membuat pengumuman bahawa saya adalah Dealer Public Gold yang aktif.

Maka secara rasminya tugasan Cikgu Emas  Online bermula.

Dengan pengumuman tersebut, saya juga telah mendapat sokongan dengan 88 like dan 31 komen.

Saya kira itu adalah salah satu sokongan yang tidak berbelah bagi kepada saya untuk memulakan tugas sebagai dealer Public Gold.

Misi saya sangat jelas, saya ingin mengajak masyarakat menyimpan emas sehingga boleh berzakat.

Setiap emas yang di kumpul bukanlah sekadar di kumpul sahaja tetapi perlulah mempunyai target simpanan supaya setiap simpanan emas yang kita simpan tidak menjadi asbab kita di hisab terlalu lama di hadapan Allah SWT.

Saya simpan kenangan detik permulaan saya bergelar dealer Public Gold yang aktif.

InshaAllah, semoga perjuangan saya dalam wadah bisness ini, akan memberi impak positif kepada tahap kewangan seseorang.

Dengan motto " ITQAN DAN ISTIQAMAH PENCETUS KEJAYAAN".

Salam Sayang
Cikgu emas online
Naseffa Nasir
Aktif Dealer Public Gold
PG037989





MAKTAB PERGURUAN SULTAN MIZAN DALAM INGATAN

Entri 40
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Perjalanan dalam menghabiskan buku ini, mengingatkan kembali kenangan belajar di Besut Terengganu.

Tiba-tiba rasa rindu nak ke Besut.

Dulu sekitar kawasan Maktab macam padang jarak padang terkukur.

Katanya sekarang meriah dengan pembangunan dan rumah.

Dan salah seorang pelopor serta peneraju kemajuan tersebut adalah seorang jutawan yang dulunya pengutip sampah.

Buku ni bukan sahaja mengimbau kenangan lalu tapi pengalaman beliau sangat menyentuh hati.

Kalau di hayati perjalanan kesusahan beliau, macam tak tercapai dek akal.

Adik beradik seramai 16 orang, makan bercatu, kadang berlaukkan usus ayam, kerja sebagai pengutip sampah demi sesuap nasi.

Banyaklah kesusahan yang di alami oleh beliau, menjadikan beliau dewasa sebelum usia.

Serius daif kehidupan mereka.

Namun kecekalan beliau, fuh bukan calang-calang orang boleh hadap.

Namun, 

Ujian untuk beliau, setimpal dengan apa beliau raih hari ini.

Janji Allah tu pasti, setiap kesusahan pasti ada kesenangan.

Bila Allah rezekikan beliau kekayaan yang melimpah ruah.

Tetapi beliau pilih untuk hidup zuhud. 

Rumah beliau bukan macam mahligai. Cukup sekadar selesa berteduh.

Pakaian seadanya.

Hidup sekadar cukup. Yang lebih sedekah pada yang berhak.

Yang paling terkesan, ibu beliau sangat menjaga solat dan Al Quran.

Didikan solat dan Al Quran terus di terapkan walaupun susah payah, pahit getir menyelubungi mereka sekeluarga.

Kaya itu akan sampai tepat pada masanya, tak cepat dan tak lambat mengikut kehendak Allah.

Beliau pilih untuk kaya dan berkongsi kaya untuk orang lain.

#bedahbukueffa 
#sharinghinggakesyurga 
#naseffanasir

BUKAN EMAS YANG MENJADIKAN KITA KAYA

Entri 39
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Bukan emas yang menjadikan sesiapa kaya, tetapi ilmu. 

Maka…Tanpa ilmu, kita akan memiliki banyak ketakutan terutamanya bagi penyimpan emas kategori “newbies”. 

1. Takut Kena Zakat

Perkara ini menduduki ranking pertama kerana kebanyakan masyarakat seolah-olah mengeluh dan takut untuk membayar zakat jika menyimpan emas.

Zakat dijadikan penghalang untuk membuat pelaburan dan simpanan emas.

Sedangkan zakat adalah ibadah dan rukun Islam ke- 4 yang dapat menyuburkan harta serta meningkatkan rezeki.

Sebenarnya, duit dan harta lain-lain termasuk ternakan, tanah, dusun juga kebun juga turut dikenakan zakat bila cukup haul dan nisab. 

2. Takut Dirompak dan takut kehilangan

Risiko kehilangan seperti berlaku kecurian dan rompakan menjadi igauan ngeri bagi masyarakat untuk menyimpan emas fizikal.

Biarpun belum mulakan simpanan emas, kita sering terbayang perkara-perkara negatif seperti kehilangan emas akibat tersalah letak atau berlakunya kejadian pecah rumah.

Cara paling selamat untuk simpan emas adalah dengan menyewa safe deposit box di bank atau syarikat swasta. 

Jika memilih untuk simpan di rumah pastikan emas anda disorok pada tempat yang tidak dijangkakan. 

Selain itu anda juga boleh buka akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) di Public Gold.

Serendah RM100 (0.3g) atau 1 gm adalah sudah boleh simpan di akaun emas GAP tanpa ada upah simpan dan komitmen bulanan. 

Jangan bimbang, saya boleh bantu anda mendaftarkan akaun emas GAP. 😊

3. Tiada Ilmu Dan Bimbingan Tentang Kepentingan Emas

Majoriti masyarakat di luar sana tidak tahu bagaimana nak memulakan simpanan emas.

Tiada ilmu tentang emas pelaburan dan simpanan. Sebaliknya, mereka lebih terarah pada emas perhiasan yang tinggi nilai spread. 

Malah ramai juga yang tidak tahu hendak membeli emas di mana, berapa bajet untuk unit emas yang hendak dibeli. 

Kurangnya, ilmu tentang konsep tempoh minimum untuk mendapatkan keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. 

4. Anggap Emas Seperti Saham

Ada yang menganggap emas seperti saham, unit amanah dan sebagai.

Mereka beranggapan bila harga emas jatuh pelaburan akan hangus. Sedangkan perkara ini tidak berlaku dan berbeza sekali dengan pelaburan emas. 

Emas yang kita beli dan pegang sendiri fizikalnya memang tiada risiko selagi kita masih memiliki dan tidak menjualnya.     

5. Takut Scammer Emas

Beli emas takut tak dapat emas. Bimbang didalangi scammer emas yang memasang perangkap menipu masyarakat dengan penjualan emas yang tidak wujud sehingga duit hangus dan hilang begitu sahaja. 

Berbeza di Public Gold, beli emas pasti dapat emas. Itu jaminan Public Gold. 

Lebih setengah juta pelanggan Public Gold tiada lagi yang membeli emas tidak dapat emas.      

6. Takut Emas Sukar Dicairkan Pada Wang.

Bimbang  jika berlaku kecemasan emas sukar dicairkan pada wang kertas jika perlukan tunai segera. 

Sebenarnya, sebelum memulakan simpanan emas fizikal, kita mesti mempunyai simpanan tunai sebanyak 3 bulan pendapatan. Emas adalah simpanan  jangka panjang untuk tempoh 3 hingga 5 tahun. 

Jika mememerlukan wang segera, emas yang dimiliki boleh dijual atau dipajakkan di Arrahnu, koperasi dan institusi kewangan yang lain.

Anda boleh mendapatkan wang dengan segera dan berpelung menebus kembali emas dalam tempoh masa yang ditetapkan.      

Sebab itu, ilmu penting sebelum memulakan sesuatu pelaburan.

Untuk mendapatkan ilmu kenalah membaca buku, melayar laman web dan blog-blog pelaburan, tengok klip video tentang emas dan kewangan atau menghadiri seminar emas serta berbincang dengan orang yang boleh dipercayai, seperti dealer Public Gold. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di

http://www.wasap.my/+60197482231

#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#naseffanasir

BETUL KE KUPON BOLEH JADI DUIT?

Entri 38
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Zaman dulu ada tak guna kupon hari aktiviti sekolah. Ingat lagi zaman sekolah rendah kupon seinggit memang sinomin hari sukan, hari kantin, hari keusahawanan, hari anugerah cemerlang.

Best sangat masa tu. Semua jual beli makanan melalui kupon sahaja.

Lagi banyak beli kupon lagi banyaklah berbelanja. Zaman dua puluh tahun lepas semua harga murah. Sosej dua batang baru seringgit. Kew teow goreng seringgit, air balang lima puluh sen ja. 

Semua murahlah pada masa itu. Sekolah generasi Z sekarang masih ada lagi guna kupon macam ni ke?

Dulu pergi sekolah bawa seringgit dah mewah. Mampu beli nasi dan air balang. 

Sekarang apa yang dapat dengan nilai RM 1?

Peredaran zaman telah berubah seiring dengan teknologi dan ekonomi. Nasi lemak lima puluh sen dua puluh tahun lepas kini seringgit lima puluh sen. 

Lima tahun sepuluh tahun ke hadapan boleh bayang berapa harga nasi lemak ketika itu. 

Inilah yang dikatakan inflasi kenaikan harga.

Masih tunggu lagi tanpa tindakan simpanan yang kalis inflasi? 

Silakan. Pilihan di tangan anda.

Sejarah membuktikan pada tahun 1997, matawang RM telah jatuh nilai sebanyak 50% dalam tempoh 12 bulan sahaja. 

Namun emas? 

Sejak 1,400 tahun lepas hingga hari ini, 1 keping dinar emas masih kekal membeli seekor kambing. Emas, bukan setakat tidak menjadikan kita miskin tetapi menjadikan kuasa beli kita berkekalan selama beribu-ribu tahun. 

Tak mampu menabung emas? 

Emas hanya untuk orang kaya? 

Oh tidak lagi. Sekarang dah ada platform GAP boleh menabung serendah RM100 sahaja. 

http://www.wasap.my/+60197482231

#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

TIGA TEMPAT MELABUR


Entri 37
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Kita selalu tertanya-tanya, apa tempat yang paling best untuk melabur kan? 

Sudah tentulah pelbagai tempat kita boleh melabur. Untuk memudahkan ringkasan, saya pecahkan  kepada : 

1) Melabur di dalam ilmu

Ini adalah cabang pelaburan yang terbaik. Dengan adanya ilmu dapat memberi, kita dapat memastikan pemilikan pulangan yang infiniti.

Dengan adanya ilmu boleh mencipta kekayaan dan mengembangkan kekayaan. Harta boleh habis tanpa ilmu. Tetapi dengan ilmu, wang seringgit boleh menjadi berganda ringgit.

2) Melabur dalam perniagaan sendiri

Orang ingin menjadi kaya akan mencari peluang membina perniagaannya sendiri. Ini kerana
perniagaan sendiri adalah jalan terpantas membina kekayaan duit dan mendapat financial freedom.

Carilah perniagaan yang betul-betul anda paling banyak ilmu tentangnya untuk melabur di dalamnya.

Nak mudah? 

Jadi je dealer Public Gold dalam team saya. Perniagaan dapat! Emas pun dapat!

3) Melabur dalam asset

Aset adalah apa-apa saja instrument yang meningkat harganya pada masa hadapan seperti emas, perak, hartanah, saham, ASB, Tabung haji, Unit Trust dan lain-lain. 

Setiap pelaburan mempunyai risikonya tersendiri. Kalau nak melabur dan untung besar tapi tak nak tanggung risiko, itu adalah tidak logik. Oh ya! Jangan bimbang. 

Nak melabur dalam cabang emas, saya sebagai dealer aktif PG akan membimbing anda supaya dapat memastikan anda jauh daripada risiko yang besar di dalam cabang emas. 

Sebagai tambahan, untuk menabung di cabang emas pastikan berada di dalam circle yang betul, Bacalah 10 buku tentang pelaburan yang ingin diceburi sebelum melabur dalam mana-mana platform. 

Begitulah..

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya 

http://www.wasap.my/+60197482231

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Networ
#cikguemasonline 
#financialfreedom

HARGA EMAS DULU VS SEKARANG

Entri 36
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan, 

Tadi kemas fail, terjumpa resit pembelian emas Public Gold Tahun 24/9/2014, harga emas 10 gram adalah RM 1450, maknanya segram RM 145/g.

Belek harga hari ni , 10 gram = RM 2727, makanya segram jatuh RM 272.70.

Jauhkan beza..

Begitulah namanya emas.

Kalau takut nak pegang sendiri, boleh hantar safe box atau buat akaun simpanan emas GAP.

http://www.wasap.my/+60197482231

#cikguemasonline 
#financialfreedom

NAK PAKSA DIRI MENABUNG?


Entri 35
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan, 

EPP (Easy Payment Purchase) dan Outright

Jika kita seorang yang boros dan mahu konsisten menabung emas secara konsisten saya sarankan penyimpan emas menggunakan kaedah Syariah EPP (Syariah Easy Payment Purchase). 

Kaedah ini adalah salah satu kaedah yang boleh menyelamatkan wang anda dari terus dibelanja habis dan membentuk disiplin dengan jadual pembayaran bulanan. 

EPP bermaksud kita lock harga hari ini untuk kita bayar beberapa bulan ke hadapan dengan harga yang sama pada masa hadapan.

 Harga emas yang dibeli kekal dan tetap tanpa dipengaruhi kenaikan atau penurunan harga emas selepas membuat invoice pertama. EPP boleh dilakukan selama enam bulan bagi sebarang items emas berkadar RM1,000 ke atas. 

Setelah bayaran habis dilakukan, emas boleh diambil di cawangan bagi gram melebihi 21.25g atau pengeposan GIT berinsuran ke alamat kita bagi gram di bawah 21.25g.

Kaedah ini mempunyai banyak kelebihan terutama bagi penyimpan emas modal rendah atau pekerja yang mendapat gaji secara bulanan. Cara ini dapat memaksa diri kita untuk menabung. 

Anda juga boleh membeli emas secara runcit bermula dengan 1 gram gold bar melalui website Public Gold atau melaluikan kaedah pengeluaran dari akaun emas GAP. 

Kaedah ini boleh sangat cepat dan memudahkan semua lapisan masyarakat untuk menabung emas. 

Mudah kan? 

Jom disiplinkan diri menggunakan kaedah ini untuk selamatkan wang dari dibelanja. 

Elak boros!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di

http://www.wasap.my/+60197482231

Boleh baca di sini kalau ragu-ragu tentang kaedah ini, 

https://www.mohdzulkifli.com/2017/01/public-gold-mendapat-sijil-patuh-shariah-fasa-1.html

#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline
#financialfreedom

Tuesday 16 November 2021

KENAPA BARANG KEMAS TAK SESUAI BUAT PELABURAN?

Entri 34
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,
Kenapa barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan. Ada waktu, kita terlalu bersemangat untuk melabur dalam emas,  tanpa asas ilmu emas. Ini amatlah merugikan.

Apabila sudah terbeli barang kemas untuk pelaburan memang tidak boleh buat apa- apa. Teruskan menyimpan emas dan tidak akan rugi selagi tidak menjualkan nya. 

Cumanya untuk mendapatkan keuntungan, terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk dapatkan keuntungan disebabkan faktor utama:

1.  Harga per gram lebih mahal

Harga  barang kemas yang ditetapkan oleh persatuan kedai emas rata rata 10 hingga 15 peratus lebih mahal berbanding harga emas pelaburan 999. Ini adalah biasa kerana adanya kos upah design emas perhiasan itu sendiri.

2. Kadar spread sangat tinggi

Kadar susut nilai akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita dapat menjana keuntungan daripada emas yang kita beli itu kalau kenaikan harga emas. Spread barang kemas rata ratanya sekitar 25 hingga 40% berbanding emas pelaburan 999 kurang dari 10%.

3. Kos upah yang dimanipulasi

Kos upah bergantung kepada kehalusan reka bentuk barang kemas. Lagi halus dan lagi seni cantik seni buatannya , lagi  mahal kos upah yang dikenakan.  Jika harga emas mahal, mereka boleh rendahkan kos upah, manakal jika harga emas turun rendah, mereka boleh naikkan caj ini. Maksudnya kalau harga emas sedang rendah kita tetap membayarnya pada harga yang mahal.

4. Semakan harga sangat lambat

Biasanya, harga emas dunia naik, harga barang kemas terus naik! Tetapi jika harga emas turun, biasanya kedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa minggu. Hanya jika berlaku perubahan harga ketara emas dunia barulah disemak.

Solusinya? Anda boleh mula menabung emas pelaburan 999 yang memiliki spread tiga kali lebih rendah, malah ada jaminan belian balik bagi emas jenama Public Gold. Pastikan pilih jenama yang diakui kukuh di dalam pasaran ya. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di 

http://www.wasap.my/+60197482231

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

MEREKOD PERBELANJAAN

Entri 33
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Kita nampak macam remeh budaya mencatat perbelanjaan ni.

Apalagi kalau kedudukan wang kita macam kais pagi, makan pagi atau pun kedudukan wang kita tujuh keturunan tak habis makan.

Apa pun kategori kedudukan wang kita, InshaAllah belum terlambat untuk bermula mencatat atau merekod perbelanjaan.

Kerana kesannya sangat besar dalam kedudukkan wang kita selepas ini.

Jika kita mula menyimpan rekod secara bertulis atau di handphone tentang setiap perbelanjaan kita, kesannya:

1) Kita akan berhenti sekejap untuk bertanya kepada diri sendiri, "beli ikut nafsu atau keperluan?"

2) Kita akan mula rasa seperti "tuan" dan bukan "hamba wang" setelah melihat ke mana wang hasil titik peluh kita mengalir keluar.

Kita juga boleh gunakan aplikasi di handphone (boleh try download dompetku) untuk mencatat atau merekod perbelanjaan. Nak tulis tangan pun boleh.

Semoga perkongsian bermanfaat.

#naseffanasir
#financialfreedom

FAIZA BUKAN SEKADAR BERAS

Entri 32
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Buku Pengasas Beras Faizah adalah buku yang sarat dengan motivasi dan inspirasi.

"Hanya bermodalkan RM 4 sahaja, saya yakin Allah ada dalam setiap langkah saya"

Bertunang pada usia 14 tahun.

Kemudian, berkahwin pada umur 16 tahun dengan pasangannya yang berusia 34 tahun pada tahun 1958.

Kegigihan berniaga, menggambarkan  wanita berjiwa besi dalam diri beliau.

Membangunkan jenama Faiza, bukan sesenang kita memasak beras menggunakan jenama Faiza.

Kekuatan luar biasa beliau, menyebabkan setiap bait perkongsian pengalaman beliau dalam dunia peniagaan, menjadi motivasi kepada pembaca.

Satu persatu komplikasi berlaku setiap kali bersalin, tidak betah untuk beliau berserah kepada takdir.

Benarlah tangan yang menghayun buaian itu bisa menggegar dunia. 

Wanita cekal ini menjadi dambaan inspirasi kepada ibu, isteri, wanita bekerjaya dan berniaga.

Fuhhh...meremang bulu roma. Itu sahaja komen yang boleh saya katakan.

Terharu.

Kagum.

Gigih.

Itu perkataan yang paling tepat untuk digambarkan.

Betullah, kaya itu mulia. Semakin memberi semakin murah rezeki.

Memberi tanpa syarat, sedekah tanpa berkira.

Itulah dia pengasas beras Faiza.

Inspirasi untuk kita yang hidup sementara di dunia.

#bedahbuku 
#naseffanasir 
#semogaallahjagahatikita

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015