Sunday 19 December 2021

BEKAS ANAK MURID CELIK EMAS

Entri 79
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan

Salah seorang bekas student celik emas.

Alhamdulillah.

Hasrat saya, semua bekas pelajar saya celik ilmu dalam pengurusan kewangan.

Kadang kita nampak benda ni simple. 

Eleh, urus duit, tak kan tak pandai.

Tapi sebenarnya ialah adalah melibatkan habit menyimpan dengan ada tujuan.

Kalau kita tak mula dari muda untuk membina habit, percayalah, ia sangat sukar untuk bermula.

Sebab tu lah, di perkenalkan sillibus baru iaitu celik kewangan dalam sillibus KSSR Matematik.

#cikguemasonline 
#financialfreedom

UBAT BOROS

ENTRI 79
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Jika kita seorang yang boros dan mahu konsisten menabung emas secara konsisten saya sarankan guna kaedah Easy Payment Purchase (Syariah EPP).

Kaedah EPP ini adalah patuh syariah. Jangan risau.

Kaedah ini salah satu kaedah yang boleh menyelamatkan wang kita dari terus dibelanja habis.

EPP bermaksud kita lock harga hari ini untuk kita bayar bulan dengan harga yang sama pada masa hadapan.

Harga emas yang di beli kekal dan tetap tanpa dipengaruhi kenaikkan atau penurunan harga emas selepas membuat belian.

EPP boleh dilakukan selama enam bulan. Setelah bayaran habis dilakukan emas boleh diambil dicawangan atau dilakukan GIT dipos ke alamat rumah.

Kaedah ini mempunyai banyak kelebihan terutama bagi penyimpan emas modal rendah atau pekerja yang mendapat gaji secara bulanan.

Cara ini dapat paksa diri untuk menabung. 

Kita juga boleh membeli emas secara runcit bermula dengan 1 gram gold bar di cawangan Public Gold yang berhampiran untuk simpanan sendiri.

Kaedah ini boleh sangat cepat dan segala kos caj telah dimasukan didalam harga runcit tersebut.

Mudah kan?

Jom disiplinkan diri menggunakan kaedah ini untuk selamatkan wang dari dibelanja.

Elak boros!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Saturday 18 December 2021

KENAPA BARANG KEMAS TIDAK SESUAI UNTUK PELABURAN?

ENTRI 78

Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Terlalu semangat untuk melabur dalam emas,  tanpa berfikir panjang dan tiada asas ilmu emas amatlah merugikan.

Apabila sudah  terbeli barang kemas untuk pelaburan memang tidak boleh buat apa- apa.

Teruskan menyimpan emas dan tidak akan rugi selagi tidak menjualkan nya.

Cumanya untuk mendapatkan keuntungan, terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk dapatkan keuntungan disebabkan faktor utama:

1) Harga per gram lebih mahal : Harga  barang kemas yang ditetapkan oleh persatuan kedai emas rata rata 10 hingga 15 peratus lebih mahal berbanding harga emas pelaburan. 

2) Kadar spread lebih tinggi : Kadar susut nilai akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita dapat menjana keuntungan daripada emas yang kita beli itu kalau kenaikan harga emas.

Spread barang kemas rata ratanya sekitar 25-40% berbanding emas pelaburan kurang dari 10%.

3) Kos upah yang dimanipulasi : Kos upah bergantung kepada kehalusan reka bentuk barang kemas.

Lagi halus dan lagi seni cantik seni buatannya, lagi  mahal kos upah yang dikenakan. 

Jika harga emas mahal, mereka boleh rendahkan kos upah, manakala jika harga emas turun rendah, mereka boleh naikkan caj ini.

Maksudnya kalau harga emas sedang rendah kita tetap membayarnya pada harga yang tinggi. 

4) Update harga lambat : Biasanya, harga emas dunia naik, harga barang kemas terus naik!

Tetapi jika harga emas turun, biasanya pekedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa minggu.

Hanya jika berlaku perubahan harga ketara emas dunia barulah disemak.

Tapikan.. tak salah pun beli emas perhiasan 916. Cuma, cukuplah untuk setakat pakai sahaja.

Selebihnya? Simpan emas 999. Takut nak simpan di tangan? Boleh menabung di akaun emas GAP yang patuh syariah. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di 


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Friday 17 December 2021

BERGURULAH WALAUPUN KITA TELAH PANDAI

ENTRI 77
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Semua perkara dalam dunia ni perlukan ilmu dan bimbingan.

Dan ilmu ni perlulah dari orang yang betul dan berpengalaman.

Sebaiknya, anda dapatkanlah bimbingan dari orang yang betul ye jika ingin menabung emas.

InsyaaAllah, dealer-dealer di Public Gold terlatih dan mampu memberi bimbingan yang diperlukan. 

Tanpa bimbingan, anda akan keliru strategi yang betul baca harga bila masa yang sesuai untuk menjual, apa yang perlu dilakukan untuk mengambil emas anda dan banyak lagi aspek teknikal yang perlu diketahui.

Bak kata pepatah, berguru kepalang ajar. Maka, bermulah sekarang dan belajarlah dari orang yang betul. 

Jom saya share satu cerita kisah benar mangsa yang terciduk membeli emas palsu: 

Pada tahun 2018, ada seorang peniaga wanita kerugian RM219,000 selepas terpedaya membeli emas palsu daripada dua lelaki yang mendakwa kononnya memiliki kilang emas.

Mangsa yang berasal dari Perak telah membeli jongkong emas seberat 12.7 kilogram (kg) dengan harga RM273,000.

Lebih suku juta kerugian yang perlu ditanggung oleh mangsa.

Menurut mangsa, pembelian emas berkenaan tidak mempunyai resit bayaran atau dokumen perjanjian, tetapi hanya melalui serahan tangan dan bersaksikan rakan sekampung mangsa.

Perghhhh berani betul eh beli benda mahal tanpa sebarang dokumen? 

Kawan, emas bukan barang murah.

Mana boleh lakukan sebarang transaksi emas tanpa disertakan invois dan dokumen.

Anda perlu berhati-hati dan sentiasa memastikan setiap jual beli mempunyai rekod ya! Jika tidak, menyesal tak sudah lah, kawan!

Ada banyak lagi syarikat atau perseorangan di luar sana yang menipu dan memperdayakan mangsa.

Justeru, selaku penguna yang bijak, wang kertas perlu pandai memilih. Di Public Gold, semua transaksi disertakan invois dan ada hitam putih.

Dan kesemua emas Public Gold mempunyai sijil ketulenan.

Nahhhhh, benda boleh beli yang asli, kenapa nak beli yang tiruan, kan? 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

Tuesday 14 December 2021

SEMALAM JEPUN HARI INI VENEZUELA

ENTRI 76
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Di Malaysia, selalunya kita nampak duit di hias atas dulang hantaran.

Tapi di Venezuela, bukan setakat atas dulang, duit kertas juga telah dijadikan bag, pasu dan segala macam perhiasan.

“Wow! Banyaklah duit kertas yang digunakan untuk buat semua perhiasan origami ni.

Mesti kaya raya orakyat Venezuela kan?”

Ops! Salah tu..

Nilai wang kertas Venezuela jatuh dan menjadi sangat rendah.

Orang ramai membuang wang kertas kertas merata – rata.

Ini kerana tidak ada kedai yang menerima wang kertas Bolivar lagi.

Kejatuhan nilai matawang Bolivar telah menjadikan 5 keping wang Bolivar pun tak lepas beli gula – gula.

Sedih!

Kejatuhan matawang Bolivar ni bukan sahaja menyebabkan ekonomi Venuezela merundum, tapi kesihatan rakyat turut terjejas.

Kebanyakan rakyat terpaksa menahan lapar berhari-hari hingga menyebabkan penurunan berat badan.

Aktiviti jenayah setempat turut meningkat.

Kejatuhan ekonomi Venezuela berpunca dari kerakusan pemerintah yang mengeluarkan wang kertas kertas sewenang – wenangnya.

Apabila terlalu banyak ‘supply’, tetapi ‘demand’ tetap sama, maka berlakulah ‘hyperinflation’. 

Ini adalah bukti bahawa, wang kertas kertas ini ‘intrinsic value’ hingga boleh menyebabkan kejatuhan nilai mata wang.

Berlainan dengan emas, nilai emas berdiri dengan sendiri berdasarkan berat dan ketulenanya.

Tak kira apa yang terjadi pada kerajaan semasa, nilai emas dalam simpanan kita tetap bernilai.

Hatta di serata dunia, emas memang berharga. 

Orang yang celik ilmu emas terus menambah simpanan emas masing-masing.

Yang lain?

Buat tak kisah, cuma fokus tambah simpanan wang kertas di bank. Kalau terjadi sesuatu pada Ringgit (Nauzubillah….), kekayaan menjadi sifar sekelip mata. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

KISAH DUIT POKOK PISANG YANG POPULAR

ENTRI 75
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan, 

Semasa pemerintahan Jepun pada tahun 1942 - 1945 , kerajaan Jepun memperkenalkan matawang pokok pisang di Tanah Melayu. 

Ketika itu, pihak tentera Jepun dengan sewenang – wenangnya mengeluarkan wang kertas tanpa had, hingga menyebabkan kadar inflasi yang tinggi.

Malah wang kertas Pokok Pisang ini sangat mudah dipalsukan kerana ketiadaan nombor siri.

Ini secara langsung mengakibatkan kemerosotan ekonomi di Tanah Melayu.

Disebabkan inflasi yang tinggi, penduduk Tanah Melayu tak mampu membeli barang – barang asas.

Hingga atuk dan nenek kita dulu hanya mampu meneruskan hidup dengan makan ubi kayu dan bubur nasi je.

Aduhai…

Pada tahun 1945, Jepun telah dikalahkan oleh British, dan duit pokok pisang ni telah digugurkan dari udara sebagai tanda kekalahan Jepun. 

Apa jadi pada semua duit pokok pisang dalam simpanan penduduk Tanah Melayu?

Daripada wang menjadi hanya sekeping kertas yang tidak bernilai.

Yang lebih malang, ada juga penduduk Tanah Melayu yang duduk di kawasan pedalaman yang tak tahu berita kekalahan Jepun.

Ketika ini datanglah beberapa orang malaun yang bawak berguni – guni duit pokok pisang untuk dijual dan ditukar dengan tanah ladang – ladang getah.

Melalui matawang, dua kali malang. 
Ini menjadikan ada penduduk Tanah Melayu memiliki berguni – guni duit matawang pokok yang nilainya sifar.

Sejak itulah, sebahagian besar nenek moyang kita mula menabung sebahagian di dalam bentuk emas.

Supaya, tidak lagi mengalami musibah begini. 

Dalam kebanyakan masa, emas penyelamat harta ketika musibah.

Jangan cakap emas ini untuk orang kaya – kaya je okay?

Sekarang ini dengan duit 100 ringgit pun kita boleh simpan emas. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di

http://www.wasap.my/+60197482231

#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Sunday 12 December 2021

CERITA ARRAHNU (PAJAK GADAI ISLAM)

ENTRI 74
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Dalam kes Arrahnu, basically kita tutup hutang bank dengan mencagarkan emas di Arrahnu. Duit dari Arrahnu> bayar baki hutang bank> kumpul duit untuk tebus Arrahnu + kos upah. 

Kelebihannya?

Kita dapat beli ‘masa’ iaitu setelkan hutang bank dengan cepat dalam masa yang sama kumpul duit untuk tebus emas kita.

Di akhir semuanya, kita ada emas yang boleh dirollingkan semula untuk tujuan lain.

Dan, kebiasaanya kita akan mendapat rebate (penjimatan) bila kita setelkan hutang kita lebih awal dari tempoh matang. 

Tips dan trick pilih Arrahnu:- 

1) Pilih Arrahnu berdasarkan pajak gadai Islam yang tak masuk CCRIS.

General rules – Arrahnu Kooperasi, Pos Arrahnu, pajak melalui akaun GAP Public Gold dan senang cerita bukan Arrahnu dengan Bank.

Kenapa nak kena jaga rekod CCRIS? Apa tu CCRIS? CCRIS report ni dalam bahasa mudah nak faham adalah report card kesihatan kewangan kita.

Mestilah kena jaga, supaya tiptop agar memudahkan kita mendapat pembiayaan bank. 

2) Pilih Arrahnu yang memberikan pinjaman maksima mungkin.

Ada sesetengah Arrahnu mengenakan caj upah dari marhun. Ada sesetengah pulak mengenakan caj upah berdasarkan nilai pinjaman.

Marhun ni adalah total gram yang dicagarkan darab dengan harga emas semasa.

Pinjaman dikira dari 70% ke 80% bergantung pada tempat. Nilai pinjaman adalah 70% ke 80% dari nilai marhun. 

3) Pecahkan kepada beberapa surat pajak. Contoh nilai pinjaman RM7500, kita buat 3 surat.

Surat pertama RM3000, surat kedua RM2500, surat ketiga RM2000. Total kos upah sama jek walaupun dalam tiga surat pajak.

Kelebihnya, kita dapat tebus secara berasingan mengikut kemampuan kita rolling modal. Ada sesetengah Arrahnu kenakan RM1 untuk satu surat pajak (which sangat minimum!).

Again- carilah Arrahnu yang tak masuk CCRIS. Sebab kalau Arrahnu yang masuk CCRIS, 10 surat pajak, kita akan ada 10 rekod dalam CCRIS! 

4) Survey caj upah paling rendah. Setiap Arrahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa.

Jadi sebelum kita pajak emas, survey-lah dulu Arahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi.

Macam Public Gold ni senang, sebab kita ada akaun emas fizikal GAP kan – maknanya tak perlu keluar rumah, just klik saja semua online.

Duit akan masuk akaun dalam 3 hingga 5 hari bekerja. Mudah bangat, bukan?

5) Tebus emas kita secepat mungkin. Biasanya tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dapat tebus cepat-cepat lebih menguntungkan.

Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja.

 Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Kita dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya. 

Best kan simpan emas? Bukan setakat jual dan beli.

Siap boleh ar rahnu kan emas lagi tu. Ada emas, modal tak mati. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

BEZA PENYIMPAN DENGAN PELABUR EMAS

Entri 73
Assalamualaikum dan Salam Keemasan,

Apa beza penyimpan dan pelabur emas? Kau penyimpan atau pelabur emas, weh?”, soal rakan sepejabat saya. 

“Aku penyimpan emas. Pencinta setiaaaa… Aaaaagitchuuuu”, jawab saya dengan ringkas.

Benar, saya akui terma simpanan emas dan pelaburan emas sering mengelirukan kita. 

Nampak cam sama tapi tak serupa sebenarnya. 

Contoh macam penjual durian dengan pekebun durian. Kan berbeza tu?

Analogi mudah begini :

Penyimpan emas ni ibarat macam pekebun durian.

Hujan ke panas ke, kita tetap tanam dan semai pokok-pokok durian.

Yang penting, kuantiti dan kualiti durian ni mesti bertambah dari tahun ke tahun.

Sebab pekebun durian ni tahu sampai satu masa nanti, durian-durian ni akan dijual untuk pulangan yang lazat.

Orang yang tanam durian, mana ada tanam arini jual esok, kan?

Sekurang-kurangnya lebih lima tahun. Fokus penanam durian adalah KUANTITI DAN TEMPOH MASA. 

Pelabur emas ni pulak macam penjual durian.

Soal kuantiti dan tempoh masa berada di nombor dua. Bagi mereka yang penting adalah HARGA.

Kalau supplier A jual mahal, peniaga durian akan pergi kat supplier B. Beli harga rendah, kemudian jual harga tinggi.

Pelabur melihat keuntungan dari sudut nilai matawang.

Bagi peniaga, kalau dah habis musim durian atau banyak sangat dah penjual durian (sebab keuntungan nipis dan tak boleh nak main harga), peniaga akan beralih kepada jual rambutan ke, manggis ke,  mata kucing ke… 

Ok. Korang faham ke tuuuu?

Baik kawan, meh saya bagi penerangan sikit supaya kita semua lebih faham dan menggunakan terma yang tepat dan jitu ye. 

Simpanan emas bermaksud kita upgrade duit menjadi emas.

Objektif penyimpan emas adalah memperbanyakkan gram emas.

Makin banyak gram emas, makin dia suka.

Soal harga adalah nombor dua, yang penting kuantiti emas semakin bertambah.

Penyimpan emas mempunyai time frame yang panjang (3 tahun ke atas). 

Penyimpan emas cuma aktif membeli emas dan sangat tidak aktif menjual.

Hanya jual bila dah capai matlamat simpanan, ketika kecemasan atau nak upgrade kepada asset fizikal yang lain (Contoh rumah, tanah, rumah kedai, dsb).

Datang la ribut taufan ke, puting beliung ke, kucing bertukar jadi harimau ke, gajah boleh terbang kat udara ke, penyimpan emas tak kisah apa jadi.

Janji fokus nya adalah KUANTITI EMAS BERTAMBAH. 

Strategi pelabur emas pulak adalah orang yang membeli emas dengan matlamat utama untuk dapat keuntungan dari kenaikan harga emas.

Pelabur emas aktif dengan aktiviti beli-jual. Secara am nya, pelabur emas faham tentang analisis teknikal harga emas (contoh macam support, resistance, trend dan momentum).

Dia aktif membandingkan kenaikan harga emas dengan % keuntungan jika letak duit kat instrumen pelaburan yang lain (contoh macam ASB, Tabung Haji, unit amanah, saham, property dan lain-lain). 

Kalau trend emas jatuh, pelabur emas akan exit gold dan pergi lepak kat investment lain. 

Haaa lebih kurang begitulah serba sedikit.

Clear kan?

Tak kisah pun sebenarnya anda penyimpan atau pelabur, jom bermula di cabang emas!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di 

http://www.wasap.my/+60197482231

#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

Friday 10 December 2021

KISAH ARGENTINA

ENTRI 72
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Sesiapa yang pernah ke Argentina pasti akan bersetuju yang bandar di Argentina adalah antara bandar yang termahal di dunia.

Malah, orang Argentina sendiri pun akan cuba bercuti ke negara yang lebih murah seperti Amerika Syarikat atau Brazil.

Di Argentina ada dua sistem harga. 

Satu untuk penduduk tempatan, satu lagi untuk pelancong. Bayangkan barang yang sama tapi harga yang berbeza, hanya kerana korang adalah pelancong.

Walaupun bandar – bandar di Argentina dikenali sebagai antara bandar termahal di dunia, tak bermakna ekonomi di Argentina pesat membangun.

Rusuhan demi rusuhan dianjurkan oleh rakyat kerana kejatuhan mata wang dan penyusutan kuasa beli. 

Apabila matawang semakin susut nilai, rakyat akan terdorong membelanjakan wang dengan segera untuk mebeli barangan.

Cuba bayangkan kita bekerja di kedai runcit. Setiap 15 minit kita kena berlari ke rak – rak barangan untuk tukar ‘tag harga’ mengikut kadar tukaran semasa. 

Tak ke menggelabah macam tu?

Bila jadi begini tentulah saja tak semua orang dapat beli barang yang dikehendaki.Maka, sistem barter akan digunakan sekali lagi.

Pada waktu ini, aset fizikal seperti emas, perak, makanan, hartanah, ubat – ubatan, senjata, rokok, bahan bakar atau minyak akan menjadi lebih berharga berbanding wang kertas.

Pendek kata, barang – barangan yang kita tak hargai masa ekonomi baik itulah yang akan menjadi bernilai sewaktu ekonomi jatuh.

Sediakan payung sebelum hujan. Pastikan harta yang korang simpan bukan hanya dalam bentuk wang kertas sahaja. 

Jom ambil pengajaran dari apa yang telah berlaku di negara – negara lain.

Takkan nak tunggu jadi pada negara sendiri baru nak ambil iktibar kan? Tukarlah sebahagian simpanan kita ke dalam bentuk aset fizikal seperti emas, perak dan hartanah. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

Thursday 9 December 2021

KISAH DUIT KERTAS YANG JARANG KITA TAHU.

ENTRI 71
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Jom ketahui beberapa fakta mengenai matawang kertas Malaysia : 

Sebelum menggunakan perkataan Ringgit, kita menggunakan perkataan Dollar dan Sen.

Tapi kalau kita pergi ke arah utara, orang Melayu menggunakan perkataan ‘kupang, Penang Hokkien menggunakan perkataan ‘puat’ dan kaum India menggunakan perkataan ‘velli’. 

Pada tahun 1996, note 2 Ringgit Malaysia telah dicipta bersempena dengan visi Malaysia 2020.

Pada tahun 1998, note 50 Ringgit Malaysia berwarna kuning telah diperkenalkan bersempena Sukan Commonwealth yang dianjurkan di Kuala Lumpur.

Jika saiz duit kertas yang rosak adalah 2/3 daripada saiz asal, kita akan mendapat jumlah penuh duit kertas itu.

Jika saiz duit kertas yang rosak lebih dari 1/2 tetapi kurang daripada 2/3 saiz asal, kita akan mendapat setengah daripada jumlah penuh duit kertas itu.

Jika saiz duit kertas yang rosak kurang daripada 1/2 saiz asal, kita tidak akan mendapat apa – apa dari bank.

Duit kertas yang diconteng sedikit masih bernilai. Tetapi jika contengan dibuat pada muka Yang Dipertuan Agong, duit kertas itu sudah dikira tidak bernilai. Habis rugi.

Moralnya? 

Simpanlah sebahagian kekayaan dalam bentuk emas.

Baik patah, kemek, calar atau debu sekalipun, emas kekal bernilai dan laku untuk dijualkan. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

Wednesday 8 December 2021

BELAJAR DARI SEJARAH

Entri 70
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Yugoslavia atau juga dikenali sebagai Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia tertubuh selepas perang dunia kedua yang terdiri daripada enam republik yang dipisah berdasarkan latar belakang sejarah dan etnik setempat.

Sepanjang dibawah kekuasaan presiden Josep Broz Tito, ekonomi Yugoslavia berkembang dengan sangat pesat dan stabil.

Pada waktu itu, Yugoslavia telah menjadi negara yang kuat tanpa pergantungan kepada kekuatan Blok Barat mahupun Timur.

Selepas meninggalnya Josep Broz Tito, muncul pelbagai masalah sosial dan politik yang menyebabkan keruntuhan Yugoslavia.

Banyak sebab kenapa Yugoslavia berpecah, antaranya ialah sentimen perkauman yang menyebabkan perang saudara, tiada figura pemimpin yang ideal sebagai pengganti Josep Broz Tito dan keruntuhan kekuatan komunisme.

Kalau korang masih ingat perang saudara antara kaum muslim di Bosnia dengan bangsa Serbia pun tercetus ketika ini.

Disebabkan pelbagai konflik, Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) telah mengenakan sekatan ekonomi kepada Yugoslavia.

Harga barang naik sebanyak 65% setiap hari sehinggakan kadar inflasi tertinggi yang pernah direkodkan dalam masa sebulan pernah mencapai 313,000,000%. 

Sebenarnya apa yang berlaku di Yugoslavia boleh berlaku di mana – mana negara di dunia.

Bila berlaku ketidak stabilan politik, negara menjadi kucar – kacir dan akhirnya ekonomi negara turun sama jatuh.

Kuasa beli menurun dan harta kekayaan yang dibina selama ini terus susut nilai jika semuanya disandarkan pada mata wang negara semata - mata. 

Bak kata guru saya ‘jika memiliki harta walaupun sedikit, hatta perlu berpuasa di siang hari, kita masih mampu berbuka pada waktu malam. Ianya lebih baik dari menahan lapar sepanjang hari’. 

Ya betul…

Kita memang tak dapat kawal keadaan politik negara.

Tapi sekurang – kurangnya kita boleh bersedia dengan menukarkan kekayaan kita dalam bentuk aset fizikal seperti emas, perak dan hartanah.

Sekurang – kurangnya jatuh bangun ekonomi negara tidak akan menyusutkan aset fizikal yang kita sedia ada. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di 

http://www.wasap.my/+60197482231

#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Tuesday 7 December 2021

KISAH BENAR

Entri 69
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan, 

Pernah dengar kisah seorang jutawan saham yang muflis dan kembali jadi jutawan selepas menjual sandwich di tepi – tepi jalan?

Ya ini adalah kisah benar yang berlaku di Thailand terhadap Sirivat Voravetvuthikun yang pernah dikenali sebagai “The Phantom”.

Ironinya, dia jatuh miskin gara – gara spekulasi harga saham di pasaran. 

“I was an honest businessman, but I was greedy. I had 100 million baht, I wanted a billion, so I borrowed a lot – at that time I was paying 17% interest, which brought me down on my knees.”

Disebabkan mahu menikmati keuntungan yang tinggi, Sirivat telah membuat pinjaman dengan kadar bunga 17% tetapi malangnya saham yang dibeli tidak naik setinggi harga yang dijangka menyebabkan beliau tidak mampu membayar balik hutang yang dipinjam. 

Untuk meneruskan hidup, Sirivat memilih untuk menjual sandwich bersama isteri di tepi – tepi jalan Bandar Bangkok.

Idea ini datang dari isterinya sendiri kerana kos menghasilkan sandwich adalah murah dan masa pembuatannya juga cepat berbanding makanan – makanan lain.

Berkat usaha dan kegigihan beliau, pada tahun 2009, Sirivat berjaya menyenaraikan syarikat sandwich beliau ke papan bursa saham Thailand. 

Dari cerita “The Sandwich Man’ ini, saya belajar beberapa ilmu kehidupan yang mungkin kita tahu tapi tak betul – betul praktiskan:

• Orang yang berjaya ialah orang yang tak pernah kenal erti putus asa

• Kekayaan tidak boleh dibina dari hutang. 

• Jangan berhutang bila beli aset kekayaan seperti emas dan saham

• Akhir sekali, dalam galak mengumpul kekayaan dalam bentuk wang kertas dan bon – bon saham, jangan lupa tukarkan sebahagian kekayaan kita dalam bentuk aset fizikal seperti emas, perak dan hartanah.

Hartanah memiliki cash flow hasil sewaan dan capital appreciation.

Akan tetapi, hartanah adalah aset yang mengambil masa yang Panjang untuk dicairkan.

Bayangkan kita ada hartanah bernilai 10 Juta tapi waktu tu ekonomi tengah tenat.

Bukan senang nak cari pembeli yang mampu membeli hartanah kita. Silap – silap jika dijual, terpaksa jual bawah harga pasaran.

Emas dan perak pula senang dan cepat dicairkan. Kecairan emas hanya dalam tempoh 15 minit hingga 3 hari bekerja sahaja.

Jika terdesak, emas dan perak boleh dijual dengan mudah di kedai – kedai emas. Harga emas dan perak tidak akan pernah jatuh kepada nilai kosong, tapi bon – bon saham boleh.

Walaupun emas dan perak tidak menawarkan nilai dividen setiap tahun tapi kemampuan emas dan perak sebagai insurans dan pelindung musibah kewangan sepatutnya tidak diragukan.  

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di 

http://www.wasap.my/+60197482231http://www.wasap.my/+60197482231

#PublicGold
#PGG100Networt
#cikguemasonline 
#financialfreedom

Monday 6 December 2021

JUTAWAN BERLAPAR

Entri 68
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Pernah dengar tak Starving Billionaire? 

Jutawan berlapar?

Biar betik?  Kenapa banyak wang tapi tak mampu nak beli makanan?

Hakikatnya memang ada jutawan tidak mampu beli makanan di dunia ni. 
“Biar betul? Jutawan kot!”

Ye, situasi ini memang betul – betul berlaku di Zimbabwe.

Walaupun rakyat Zimbabwe memiliki wang berjuta -juta, tapi masih tak mampu membeli makanan yang berkhasiat untuk seluruh keluarga.

Mana taknya, harga sebiji pisang pun sudah mencecah 5 Billion Dollar Zimbabwe. Aduh! Garu kepala. 

Pada tahun 1980an, semasa Zimbabwe memperolehi kemerdekaan, nilai mata wang baru Zimbabwe bernilai USD 1.25.

Tapi pada tahun 2008, wang Zimbabwe 50 Juta cuma bernilai USD 1.20. Semuanya berlaku sebab kerajaan Zimbabwe mencetak duit kertas dengan berlebihan disebabkan:

• Hutang negara yang meningkat

• Penurunan output ekonomi dan pendapatan eksport

• Kegawatan politik dan kepercayaan terhadap pemerintah

• Isu korupsi dan perebutan kuasa di kalangan pemerintah. 

Jom belajar daripada Zimbabwe. Jika tak nak jadi jutawan yang kelaparan di masa depan, elak  sandarkan semua kekayaan pada duit kertas semata – mata.

Tukarlah antara 10% hingga 50% daripada jumlah kekayaan ke dalam bentuk emas. 

Kenapa emas? Kerana emas nilainya berdiri sendiri, kekal sampai kiamat tanpa perlu risau campur tangan politik dan status ekonomi negara. Jom tukar!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

MUFLIS ATAU BANKRAP SESUATU YANG MENAKUTKAN

Entri 67
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Dilabel sebagai bankrap atau muflis ibarat hukuman berat kepada status kewangan kita.

Bila seseorang itu diisytihar muflis atau bankrap, semua transaksi akaun akan dibekukan.

Bayangkan, duit langsung tak boleh bawa keluar dari akaun. Macam mana dengan urusan jual beli seharian? 

Menakutkan bukan? 

Seandainya terjadi sesuatu yang seperti ini, kita kehilangan akses terhadap kekayaan kita.

Apabila bergelar bankrap atau muflis  kita hanya akan berharap kepada emas simpanan di tangan. 

Walaupun kewangan semakin pulih, selagi belum diisytihar bebas dari muflis, selagi itulah individu tidak boleh memiliki sebarang aset yang tersenarai dalam sistem kewangan malah dianggap tidak layak memiliki pembiayaan bank. 

Pilihan seandainya individu bergelar bankrap atau muflis?

Pemilikan emas. Emas menjadi pilihan golongan bankrap dan muflis supaya mereka boleh kekal menyimpan sedikit bekalan kegunaan harian. 

Emas merupakan satu-satunya alat kewangan yang tiada dalam sistem kewangan.

Emas tidak memerlukan geran pemilikan atau surat pengesahan.

Sesiapa pun boleh miliki emas walau apa sekalipun status mereka.

Hari ini dah mudah... Boleh daftarkan akaun emas GAP dan menabung secara berdikit. Nanti, keluarkan emas, simpan di tangan. Tak ada sesiapa pun yang tahu. 

Jom mulakan simpanan emas kita hari ini.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Saturday 4 December 2021

BUKAN LAGI RAHSIA

Entri 66
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Tahukah anda, berapa banyak duit simpanan kita, apa yang kita buat dengan duit kita, berapa loan kita, berapa banyak aset kita, semua itu boleh diketahui dengan mudah melalui rekod di dalam sistem kewangan negara?

Ya benar... Semua kekayaan kita direkodkan ke dalam sistem kewangan. 

Hanya ada  satu jenis kekayaan yang dikeluarkan dari rekod kewangan iaitu emas yang disimpan di tangan. 

Emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak ada dalam sistem kewangan.

Kenapa emas tiada dalam sistem kewangan?

Kita semua tahu bahawa menyimpan emas tak perlukan geran atau surat pemilikan yang disahkan dari mana-mana authority.

Jadi, berapa banyak emas yang kita simpan, tiada dalam rekod pejabat tanah, rekod bank, dan dalam rekod percukaian.

Ini benar! Tiada siapa tahu berapa banyak kekayaan yang kita ada kalau simpan dalam bentuk emas melainkan kita sendiri yang bagitahu.

Maka, emas sesuai jika untuk dijadikan ‘talian hayat’ terakhir kita ketika menghadapi sebarang kesulitan misalnya bankrap, keruntuhan system kewangan dunia dan sebagainya.

Bagi kita yang bajet kecil, boleh je menabung serendah RM100 di akaun emas GAP. Dah capai sasaran gram boleh keluarkan emas di tangan.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

Friday 3 December 2021

JOM CHECK KESIHATAN KEWANGAN KITA

ENTRI 65
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Adakah kita ada tanda-tanda :

1. Susah tidur malam sebab fikir nak bayar hutang yang tak habis-habis. 

2. Rasa serabut teringat hutang personal loan, kad kredit, handphone, perabot dan lain-lain lagi.

3. Nak beli barang keperluan pun berkira tapi gaji sebenarnya tinggi.

4. Tak ada emergency saving untuk 6 bulan. Gaji 5,000 sepatutnya ada simpanan 30,000.

5. Selalu dapat reminder sebab lambat bayar bil, hutang dan sebagainya.

6. Nak servis kereta, nak renew roadtax asyik terlambat dan tak dapat ikut jadual.

Jika ya, ianya adalah petanda bahawa kita memiliki masalah kewangan.

Cara nak hilangkan tanda-tanda di atas ni;

1. Selalu semak keadaan kewangan. Pastikan pendapatan lebih dari belanja.  

2. Dapat gaji, simpan 30% jika bujang, 10% jika berkahwin, kemudian baru belanja.

3. Bayar hutang yang ada dan berhenti buat hutang baru. 

4. Semak keperluan, kehendak dan kemampuan. Ketiga-tiganya berbeza.

5. Cukupkan simpanan kecemasan 6 bulan pendapatan, jika simpanan tunai susah kekal, cuba simpan emas.

Nak perbaiki kewangan melalui simpanan emas? 

Kita biasanya teruja untuk ada banyak rumah pelaburan, simpanan tunai, melabur dalam unit amanah dan saham. Tetapi kita perlu ingat yang setiap pelaburan dan simpanan ada risikonya.

Maka kita juga perlu ada pertahanan kekayaan sekiranya berlaku kegagalan dalam sistem kewangan.

Sifat emas yang kalis inflasi dan nilainya yang terbukti dapat bertahan selama ribuan tahun menjadikan emas sebagai aset terbaik untuk melindungi kekayaan. 

Jika jumlah kekayaan kita hari ini adalah sebanyak RM1,000,000, jumlah simpanan emas yang ideal dicadangkan oleh;
1. Tuan Azizi Ali sekitar 10% atau RM100,000.
2. Robert Kiyosaki sekitar 25% atau RM250,000.
3. Michael Maloney sekitar 50% atau RM500,000. 

Yang menariknya, kita tak perlu simpanan empat angka baru nak mula. 

Boleh simpan serendah RM100 saja.

Tak perlu ambil masa berbulan-bulan. Hari ni dengan RM100 pun dah boleh mula simpan.
Dimana?

Di akaun GAP. Ia disimpan percuma dan boleh dikeluarkan bila-bila saja terpulang kepada kita.

Ayuh!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di 


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline



Thursday 2 December 2021

BERAPA BAKUL KITA ADA?

Entri 64,
Assalamualaikum WBT dan Salam Keemasan,

Jika kita hanya ada simpanan tunai di mana-mana akaun, mutual funds dan saham, itu belum boleh kita kata dah ada pelbagai bakul atau pelbagai cabang. Atau orang putih kata ‘diversify asset.

Itu baru satu jenis saja yang kita panggil paper asset. Secara keseluruhan, ada 5 jenis atau 5 bakul aset sebenarnya;

1. Aset atas kertas atau paper asset macam stocks, bonds, mutual funds dan lain-lain. Kebanyakan kita memiliki unit trust, simpanan di institusi pelaburan, ada saham yang pelbagai.

2. Komoditi macam logam (emas, silver, copper), makanan (gandum, gula etc), dan sumber mentah (minyak, gas, kapas etc). Untuk komoditi ni kami pilih emas. Mudah simpan, mudah alih, kecairan tinggi.

3. Perniagaan (sama ada perniagaan sendiri atau invest dalam business orang lain). Public Gold Dealer atau Public Gold Business Owner secara automatik ada aset ini. Menjadi penyimpan emas memang dah untung, menjadi pemilik perniagaan emas berganda untung.

4. Mata wang digital seperti Cryptocurrencies. Tapi ingat ya kita kena melabur dalam bakul yang kita ada ilmu atau yang telah diterima oleh penduduk setempat. Kalau hati kental dan ada ilmu boleh cuba buat yang ni. Kalau tak, ada 4 lagi bakul pilihan. 

5. Hartanah, Kebun dan Dusun yang memberi aliran tunai bulan atau melalui sewaan dan pajakan. Bermaksud bayar loan bulanan lebih rendah dari kadar sewa yang kita letakkan. Tapi kalau rumah yang kita duduk sendiri dan masih belum habis loan, tu liabiliti, belum jadi aset sebab duit keluar (bayar loan).

Dari no 1 hingga no 5 cer semak, kita dah ada berapa bakul? Kalau dah ada lebih dari satu, barulah boleh kata kita dah diversify kan aset kita.

Tak dapat semua, ada 3 dari 5 pun cukup baik dah. Setiap satu risikonya berbeza, keuntungan pun berbeza. Jom! Mulakan dengan bakul emas. 

Roger saya, kita sembang sampai jadi!
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Wednesday 1 December 2021

Harga emas jatuh, perlu gelabah ke?

Entri 63
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Bagi penyimpan yang baru melabur  di dalam emas, apabila harga emas jatuh mereka akan berasa panik.

Akan tetapi bagi sesiapa yang memiliki ilmu tentang emas, apabila harga emas jatuh, mereka akan tersenyum lebar. Inilah waktunya mereka akan memborong emas dengan lebih banyak.

Ada beberapa strategi yang boleh dicadangkan dalam menabung emas waktu harga rendah: 

1. Beli lagi emas kalau masih ada duit lebihan Kerana Ini peluang membeli emas dengan harga yang rendah. Setelah harga naik kita terus mendapat keuntungan. Harga rendah juga memberi peluang untuk merendahkan kos pembelian emas sebelumnya.

2. Pajak emas sedia ada di Ah Rahnu dan tambah belian emas dengan duit pinjaman Ah Rahnu bagi yang tiada duit lebihan. Pastikan ada ilmu dan kira-kira yang mencukupi sebelum lakukan tindakan ini ya… 

3. Tambah stok emas (untuk ejen emas). Pilih item yang paling tinggi permintaan seperti syiling dinar atau item item kecil yang lain. Jika harga emas naik, kita sudah boleh jual terus kepada pembeli emas baru. Keuntungan keatas kenaikan harga emas dan dapat insentif atas pembelian emas.

4. Tingkatkan promosi membeli emas dengan harga rendah. Ejen emas bertanggungjawab memberitahu kawan – kawan atau pelanggan sedia ada agar ambil peluang beli emas pada harga rendah. 

Keempat- empat strategi ini boleh dilakukan atas keyakinan harga emas akan naik lebih tinggi lagi dalam jangka panjang disebabkan permintaan global emas fizikal terus meningkat, sedangkan penawaran dan pengeluaran emas dunia sangat terhad. Emas… Bukan sekadar simpanan sebenarnya. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di 


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Tuesday 30 November 2021

KRITERIA PENTING PEMILIHAN PELABURAN

Entri 62
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Kriteria penting memilih emas pelaburan yang baik adalah penting. Ianya tidak hanya merujuk kepada harga emas semata-mata.

Jika membeli emas untuk tujuan pelaburan, hanya dua bentuk emas sahaja yang sesuai iaitu sama ada gold bar (jongkong emas) ataupun syiling emas (termasuk dinar).

Ini kerana,  bukan semua jenis emas sesuai untuk tujuan pelaburan. Gold bar dan syiling biasanya dikeluarkan dengan ketulenan 995 dan ke atas. 

Lebih tinggi ketulenan emas, lebih baik bagi tujuan pelaburan. 

Barang kemas tidak sesuai untuk tujuan pelaburan disebabkan harganya sangat mahal dan susut nilainya sangat tinggi.

Ia dibuat untuk tujuan perhiasan, bukan untuk pelaburan. Susut nilai barangan kemas yang kebiasaanya berketulenan 916 adalah tinggi boleh mencecah sehingga 30%. 

Jika mahu melabur di dalam emas jongkong atau syiling pula, biasakan untuk menyemak beberapa kriteria utama.

Pemilihan paling penting secara pakej sebelum membelinya. Tidak boleh hanya bergantung kepada satu kriteria sahaja. Ini bukan teori, tetapi pengalaman mentor G100 Network, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, berikut adalah kriteria emas yang baik : 

1. Harga lebih rendah berbanding kedai emas
2. Susut nilai nipis
3. Stok emas tiada had
4. Cawangan jual beli banyak
5. Syarat jual balik tidak cerewet tak kira kemek atau calar emas

Kat mana nak dapat kriteria keseluruhan emas yang baik begini? Jom! Sertai Public Gold syarikat yang menawarkan emas pelaburan dengan ciri-ciri kriteria yang baik. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline
#financialfreedom

Monday 29 November 2021

SUSAH KE MENABUNG?

Entri 61
Assalamualaikum wbt dan Salam keemasan,

Susah ke menabung? 

Bagi seseorang yang pernah hidup tidak ada simpanan kecemasan lansung memang tak dinafikan menabung itu susah!

Kenapa susah?

1) Tak ada kesedaran kenapa perlu menabung? Kenapa perlu ada simpanan kecemasan? Relax aar… muda lagi kan?

2) Bila dapat gaji, tak pernah asing untuk simpan dahulu. Tapi selalunya memang akan belanja dulu, fikir nanti ada lebih baru simpan. Tapi memang sampai ke sudah lah tak ada lebihan dan tak dapat menyimpan. 

3) Waktu tu hanya fikir, hidup untuk enjoy. Tak perlu fikir benda yang belum jadi. Apa yang penting, enjoy jelah hidup yang kita ada ni. 

4) Rasa hidup terlalu selesa. Dapat gaji boleh beli apa yang kita nak, dapat pergi mana yang kita suka. 

5) Hidup tak pernah ada matlamat. Tak pernah ada perancangan apa akan buat lagi 5 tahun akan datang? Berapa simpanan yang kena ada untuk masa hadapan? 

6) Tak pernah baca buku-buku kewangan. Suka baca novel dan hidup dalam alam fantasi.

7) Tak berada dalam circle yang positif tentang kewangan. 

Inilah kebanyakan orang kita di dalam masyarakat. Sebab tu Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa lebih 75% rakyat Malaysia tak ada wang simpanan walaupun serendah RM100! 

Memang tak pernah ada simpanan kecemasan walaupun seribu seringgit. Bukan tak mampu menyimpan tapi tak ada kesedaran dan mindset yang betul. Tak nak paksa diri untuk cuba menabung. 

Sebenarnya menabung tu tak susah bila mindset dan matlamat hidup kita jelas. Bila kita ada matlamat yang jelas, kita akan paksa diri untuk menabung agar kita dapat capai matlamat tersebut.

Jom paksa diri untuk menabung. Kena ingat satu perkara. Kita hidup jangan susahkan orang, bila mati pun tak akan susahkan orang dengan meninggalkan hutang.

Menabunglah untuk hari tua dan masa depan anak-anak kita. Yang tak boleh tengok wang tunai tu, jom! Simpan emas.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Sunday 28 November 2021

DUIT BANYAK BUKAN PENENTU


Entri 60
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

“Aku bukan tak nak beli emas. Aku tunggu ada duit baru aku beli emas”.

Biasa kan kita bagi alasan macam ni? Betul ke bila kita ada duit, kita akan beli emas? 

Betul ke emas tu patut beli bila ada duit lebih sahaja? Apa definisi ada duit lebih?

Jom kita baca cerita orang – orang yang menang loteri berjuta – juta dan akhirnya kembali miskin tak lama pun selepas itu.

1. Billie Bob Harrell Jr 
Billie Bob yang telah menang loteri Texas Lotto berharga 31 Juta USD pada tahun 1997. Wang loteri yang dimenangi habis digunakan untuk berfoya – foya. Bukan itu sahaja, Billie juga telah memberikan rumah bagi setiap ahli keluarga dan teman – temannnya. 

Disebabkan hal itu, Billie Bob telah menjadi sasaran scammer sehingga memaksa Billie kerap menukar nombor telefon supaya tidak dihubungi orang yang tidak dikenali.

Pada tahun 1999, Billie mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan menggunakan pistol dan menyifatkan kemenangan loteri adalah hal terburuk yang pernah terjadi pada hidup beliau.

2. Sharon Tirabassi
Sharon Tirabassi telah menang loteri pada tahun 2004. Malangnya semua duit loteri yang dimenangi habis digunakan untuk membeli kereta mewah, rumah baru dan berfoya – foya di tempat hiburan.

Tak lama lepas itu, Sharon terpaksa kembali bekerja dan menyewa rumah untuk menyara kehidupannya. 

3. Joseph dan Ibi Roncaioli
Joseph dan Ibi Roncaioli menang loteri berharga 5 Juta USD pada tahun 1995. Joseph mempercai Ibi untuk mengendalikan duit hasil kemenangan loteri tersebut.

Malangnya, isterinya Ibi menggunakan duit loteri tersebut untuk berjudi, membeli rumah mewah dan membeli bisnes untuk diwariskan kepada anak lelakinya. 

Disebabkan marah dengan kelakuan isterinya, Joseph telah membunuh Ibi dengan menyuntikkan jarum beracun. Joseph kemudiannya telah dikenakan hukuman penjara.

Kalau kita baca semua cerita di atas, kita boleh simpulkan bahawa mempunyai duit yang banyak tidak menjamin seseorang tahu dan mampu mengendali kekayaan mereka sendiri.

Mungkin akhirnya kita akan membeli barang – barang yang menjadi kehendak selama ini seperti kereta dan rumah mewah sedangkan kita tak memerlukan semua itu. Yelah, duduk tiga beranak je, nak duduk rumah agam 15 bilik buat apa kan?

Ada duit lebih atau tidak bukanlah penentu. Kalau kita tahu kelebihan emas, pasti kita dah berlumba – lumba dan mencari cara untuk simpan emas. Lagipun sekarang ada duit RM100 pun boleh simpan emas. Tapi kalau duit RM100 tu korang lagi rela untuk beli makanan viral, hakak pun tak boleh buat apa lah dik. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

BAYAR DIRI SENDIRI

Entri 59,
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Kalau baca tajuk macam "selfish" kan?

Ada yang cakap, taksub sangat dengan urusan dunia.

Simpan harta bukan bawa mati pun.

Wahai pembaca sekalian,

Hati kita ini milik Allah swt, tujuan dan misi kita hanya Allah yang tahu.

Mohon semoga Allah tidak bolak balikkan hati kita ini.

Kalau sebelum ini, kita tak pernah nak bayar diri sendiri, kita boleh mulakan sekarang.

Tiada istilah terlambat.

Maksud bayar diri sendiri, adalah dengan menabung.

Boleh mulakan 10% daripada gaji atau bisness untuk bayar diri sendiri.

Atau boleh mulakan dengan hanya sekecil  RM 1, walaupun hutang kita sekeliling pinggang.

Langkah ini akan menjanakan satu tindakan mental dalam minda "sub-conscious" kita untuk memberi semangat dan motivasi yang bakal mengubah kesihatan kewangan kita.

InshaAllah.

#financialfreedom 
#janganlupabacatipssebelumini
#semogaallahjagahatikita

Saturday 27 November 2021

SCAM EMAS KLON

Entri 58
Assalamualaikum dan Salam Keemasan,
 
Cerita scam tidak pernah berkesudahan yang paling baru scammer emas menipu orang ramai dengan menjual emas palsu.

Kaedah yang digunakan oleh scammer emas ini menipu orang ramai dengan cara memproses emas palsu dan menjualnya di pasaran. 

Emas jongkong (gold bar) dan barang kemas dilakukan dengan menyadur emas di lapisan luar sahaja dan di bahagian dalamnya adalah logam tembaga dan tungsten yang menyerupai emas tulen.

Kenapa tembaga dan tungsten? Ini disebabkan tembaga seakan-akan warna emas. Manakala Tungsten bersifat logam ringan dan keras. 

Ketulenan emas dirujuk sebagai karat. Terdapat pelbagai kategori emas mengikut ketulenan iaitu emas 24k adalah emas 999.9, emas 22k adalah emas 916 dan emas 18k sebagai emas 750. 

Sekiranya ketulenan emas perhiasan itu adalah 22k, akan ditanda dan diukir K22 atau 916 di bahagian dalam barang kemas tersebut. Tapi emas tiruan hanya terdapat ukiran K sahaja dengan tujuan untuk mengelirukan pelanggan.

Walaupun ada barang kemas ditanda atau diukir perkataan K22, terdapat beberapa kes penipuan di mana emas itu dicampur dengan logam lain yang bukan emas. 

Biasanya, logam tiruan itu diletakkan di bahagian cangkuk kerana item ini kecil dan sukar dibezakan. Dan bahagian itu pula kita sering terlepas pandang untuk diperiksa.

Berbeza gold bar dan dinar emas Public Gold kesemuanya berketulenan 999.9 atau 24 karat. Dan emasnya telah diuji dan disahkan oleh Certified Assayer. 

Oleh itu berhati-hatilah agar anda tidak terbeli emas klon atau emas celup yang diperbuat daripada logam saduran emas yang dihasilkan oleh scammer yang licik ini. Nak mudah? Pilih je jenama Public Gold yang dah ada berbelas-belas tahun track record. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

Friday 26 November 2021

KITA NI KATEGORI MANA SEBENARNYA?

Entri 57
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Apabila melibatkan diri dalam pelaburan emas, ketahuilah posisi sebenar  supaya kita boleh maksimumkan keuntungan. 

Kita ini berada di dalam posisi penyimpan, pelabur atau peniaga emas?

Jom, saya beritahu anda ciri-ciri supaya anda boleh mengenalpasti anda kategori yang maya : 

1) Posisi penyimpan : Fokus kepada pertambahan gram emas. Ada sahaja duit lebih untuk simpanan jangka panjang tukarkan kepada gram emas.

Tidak kisah harga naik atau turun yang penting kepingan emas atau gram emas bertambah.

Apabila harga emas turun waktu itulah bonus untuk posisi penyimpan emas untuk memborong emas dengan harga diskaun.

2) Posisi pelabur : Fokus kepda nilai RM. Pelabur akan membeli emas dan apabila harga emas naik mereka akan jual untuk mendapat keuntungan. 

Contoh modal RM 25,000 untuk mulakan belian emas, dapat 100g emas. Setelah berlaku kenaikan harga emas , harga emas mencecah kenaikan 10% iaitu RM27,5000 dan mencapai target keuntungan, maka terus jual. 

Pelabur akan dapat keuntungan RM2,500 melalui pusingan tadi.  Selepas itu pelabur akan ulang balik langkah yang sama bagi memaksimakan keuntungan. 

3) Posisi peniaga : Bagi sesiapa yang hendak menambah gram sekaligus memaksimumkan RM, posisi terbaik adalah menjadi dealer atau ejen syarikat emas.

Dealer emas , dapat menambahkan simpanan emas dan menjana RM  hasil dari perniagaan emas. Emas bertambah , duit pun makin bertambah.

Dalam setiap posisi yang dipilih, tentukan matlamat dan penetapan fokus adalah penting.

Fokus yang betul dan tepat akan membantu kita mencapai matlamat yang diimpikan dengan cepat dan jayanya. 

Yang menjadikan kita kaya bukan emas, tetapi ilmu emas. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Thursday 25 November 2021

ADA APA DENGAN EMAS?

Entri 56
Assalamualaikum Wbt dan Salam Keemasan, 

Emas bukanlah bukanlah voucher transaksi harian dalam keadaan biasa. Emas adalah logam penyimpan nilai dan kekal sebagai matawang universal yang laku di seluruh dunia.

Kalau berlaku kegawatan ekonomi, kita perlukan barang keperluan asas untuk hidup. Contoh kegawatan yang berlaku iaitu banjir yang menenggelamkan sebahagian besar  kawasan negeri.

Pada waktu ini, kita sanggup bayar harga yang mahal untuk dapatkan barang keperluan. Berapa sahaja harganya kita sanggup membayarnya.

Wang mungkin dah basah tenggelam dek air. Dalam situasi begini, matawang akan hilang nilai.

Untuk dapatkan barang keperluan, kita perlu membayarnya dengan sesuatu bayaran yang bernilai sebagai alat tukaran.

Kalau duit tidak tidak lagi bernilai, apakah alat tukaran yang diterima oleh semua sebagai sesuatu yang bernilai? Tentunya emas dan perak!

Pernah ada penyimpan emas di bawah keluaran syarikat Public Gold membawa jongkong emas ke luar negara dan menjualnya.

Tak ada masalah, emas Public Gold diterima untuk dijual malah ada sesetengah kedai emas luar negara membelinya dengan harga yang lebih tinggi berbanding jual di dalam negara.

Wah! Lazat bukan?

Sememangnya dalam sejarah manusia, sudah beribu-ribu tahun emas dijadikan sebagai matawang antarabangsa.

Emas merupakan alternatif yang baik selain membawa wang tunai semasa melancong keluar negara. 

Wang kertas Ringgit Malaysia hanya sah digunakan di dalam negara Malaysia, sekiranya dibawa keluar negara, duit kertas Malaysia tidak boleh diguna pakai. Ada duit, belum tentu berduit.

Ada emas? Sudah pasti berduit. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di 


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Wednesday 24 November 2021

KELUHAN TENTANG SIMPANAN DUIT

Entri 55
Assalamualaikum wbt dan Salam keemasan,

Posting ini khas sempena hari gaji.

Simpan sikit sikit, lama lama tetap sikit.  Ini adalah kebiasaan bila menyimpan wang kertas di dalam digit di akaun bank. Lama lama kita tengok duit kertas, lagi cepat habis. 

Kenapa? 

Bila kita ada simpan duit yang banyak dalam akaun bank, secara tidak langsung nafsu kita nak membeli menjadi tinggi.

Semakin ligat otak kita pikir untuk berbelanja. Barang yang mahal pun kita terasa murah. Handphone yang tak rosak mula rasa nak tukar baru, dengan alasan reward diri lah kunun…. 

Ini adalah masalah dalam kewangan yang jika tidak diubati, kita lambat kaya atau pun langsung tak kaya.

Kekayaan bukan tentang berapa banyak wang yang kita anda. Tapi tentang berapa banyak yang kita simpan.

Namun cam biasalah, simpan wang lama kelamaan habis terguna atau bocor dek ifnlasi.

Emas? Simpan sikit-sikit lama kelamaan sukar bocor dan jadi lebih berdisiplin untuk menambahkan gram lagi dan lagi.

Ini adalah rahsia orang kaya sebenarnya. 

Jom! Tukarkan cara menyimpan duit kertas untuk upgrade duit kertas kepada bentuk logam yang bernilai iaitu emas.

Emas menghilangkan nilai RM kita menjadi gram. Hilang RM secara tak langsung menghilangkan nafsu untuk membelanja. Fikiran kita hanya tertumpu berapa pertambahan gram emas yang kita simpan.

Biar kita rasa pokai , tetapi simpanan emas kita kekal ada. Dengan emas sebenarnya kita berduit.

Nak mula menabung emas tapi modal kecik ya? Ada caranya…. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Tuesday 23 November 2021

EMAS VS RUMAH

Entri 54
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Rumah, tanah, kebun, dusun adalah aset yang kita tak boleh beli dalam amount kecil atau sedikit demi sedikit. Misalnya bulan ini beli 1 kaki persegi. Bulan depan lagi 1 kaki persegi. 

Tak boleh kan?

Jadi sampai bila perlu tunggu untuk layak beli rumah?

Risau juga harga hartanah setiap tahun meningkat. Lama-lama kita akan terlepas peluang miliki hartanah sendiri. Gelap rasa masa depan nak bagi keselesaan pada anak dan isteri.

Jangan risau, hartanah memang tak boleh beli sedikit demi sedikit, tapi ada satu aset yang kita boleh kumpul sedikit demi sedikit hingga banyak iaitu Emas. 

Ya, di akaun GAP, kalau ada RM100 pun kita boleh mula menabung emas.

Semua orang boleh ada simpanan emas.

Emas ini aset kecil. Kita kumpul hingga banyak. Bila dah cukup, kita boleh upgrade kepada aset yang besar seperti rumah, tanah, kebun, dusun dan sebagainya.

Yang baiknya tentang simpanan emas ni, kekayaan kita lebih kekal berbanding simpan duit.

Jadi, kita tak perlu risau tentang kenaikan nilai hartanah kerana emas mampu mengekalkan kuasa belinya. Yang kita perlu risau ialah gram emas kita yang tak bertambah saban tahun.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di


#cikguemasonline
#financialfreedom
#G100network
#publicgold

EMAS KINI BUKAN LAGI DAMBAAN WANITA SAHAJA.

Entri 53
Assalamualaikum dan Salam Keemasan,

Dahulu, emas dilihat lebih 'friendly' dengan kaum hawa, bukan golongan adam. Ditambah lagi apabila ia jelas dalam soal hukum agama, lelaki haram untuk memakai emas, seolah- olah nak 'tutup buku' cerita pasal emas dan lelaki.

Tapi itu cerita dulu, kurangnya sumber ilmu dan terbatasnya teknologi maklumat.

Hari ini, lelaki sudah faham dan jelas yang mereka haram untuk memakai emas tetapi masih boleh MEMILIKINYA sebagai aset untuk jangkamasa panjang! Malah, emas yang mereka beli bukan emas perhiasan tetapi emas tulen 999! Malah kaum hawa pun boleh sertai sama. Takkan nak pakai gelang tangan sampai melingkar ke lengan kan? Kan?

Kenapa pilih emas? Jawapannya kerana nilainya yang 'eksklusif'. Boleh digunakan di seluruh dunia tanpa ragu dan tidak berkait langsung dengan istilah turun naik ekonomi dunia dan nilai mata wang.

Pun begitu, bukanlah bermaksud untuk menukar semua simpanan dalam bentuk emas kerana simpanan tunai tetap perlu ada juga, cuma perlunya ada bahagian simpanan yang betul- betul tidak digunakan, seeloknya ditukar dalam bentuk mas ☺️

#BIJAK EMAS1: SIMPANAN UNTUK ANAK- ANAK

Ibu bapa sudah mula celik emas, mula MENUKAR simpanan kewangan anak- anak mereka dalam bentuk emas (syiling dan gold bar). Kenapa? Sebab KESEDARAN bahawa kekuatan nilai mata wang semasa sangat bergantung kepada ekonomi dunia melainkan emas.

Contoh mudah, lihat 'kekuatan' duit RM50 untuk membeli lampin pakai buang (yang berkualiti ya) berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Tahun 2007= Dapat membeli 3 beg
Tahun 2010= Dapat membeli 2 beg
Tahun 2020= Dapat membeli 1 beg.

Nampak tak? 

Angka yang sama masih kekal RM50 tetapi nilai penggunaannya semakin menurun!

Sedangkan emas, sejak 1400 dahulu masih kekal; 1 dinar masih boleh membeli seekor kambing!

**********

Bagaimana bermula? 


"Daripada Ilmu datangnya maklumat,
Daripada Berguru datangnya pemahaman,
Daripada Tindakan datangnya pulangan,
Tiada kerugian dalam kebaikan untuk dikongsikan "

MATA WANG DULU, KINI DAN SELAMANYA

Entri 52
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Matawang yang digunapakai pada zaman Rasullullah dan kerajaan Islam yang lain sebagai medium transaksi  jual beli  sejak berzaman dahulu adalah emas.

Ini fakta sejak ribuan tahun.

Dahulunya wujudnya wang kertas dollar digunakan sebagai baucar bagi mewakili emas. Setiap 35 dollar yang dicetak adalah bersandarkan kepada emas seberat satu troy oz (31.1g) .

Setelah Kerajaan Amerika  mempunyai masalah ekonomi yang teruk akibat peperangan yang panjang dengan Vietnam, sistem kewangan telah dimanipulasikan. 

Pada waktu itu, wang kertas telah dicetak  tanpa lagi bersandarkan kepada emas.

Nilai wang kertas, bukan terletak pada nilai wang tetapi dengan jaminan kerajaan.

Jika kita perasan, duit syiling RM 1, duit kertas RM 500, dan duit kertas RM 1,000 bila kerajaan isytihar tidak lagi bernilai , maka nilainya hilang begitu sahaja dan tidak lagi laku di dalam pasaran.

Satu fakta yang kita perlu tahu adalah, emas dan perak telah digunakan sebagai alat penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia disebabkan sifatnya yang tidak boleh dicipta, tidak binasa, dan tidak boleh dibinasakan dengan cara apa sekalipun.

Disebabkan faktor ini, emas adalah satu satunya aset kewangan yang tidak sekali- kali boleh jatuh nilainya menjadi kosong.

Emas kekal dianggap duit sebenar sejak zaman berzaman hingga kiamat. 

Cuma ya, pemilihan jenama emas amat penting bagi penyimpan emas yang bijak.

Maka, pastikan pilih jenama yang diakui seperti jenama Public Gold ya!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di 


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Monday 22 November 2021

PERBANDINGAN PRESTASI RETURN

Entri 51
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Kawan, kita kena faham bahawa kekayaan bukan hanya soal nombor.

Ya, bukan hanya soal nombor. Percaya atau tidak, adakala nombor ini menipu mata. Kan ada pepatah Omputih kata – ‘Age is just a number’. Maknanya, angka umur itu tidak 100% boleh menggambarkan the real situations dalam kebanyakan perkara. 

Ada di kalangan kita mudah ‘tertipu’ dengan nombor dan digit di dalam akaun iaitu dividen yang diberikan oleh sesuatu institusi kerana minda telah deprogram bahawa kekayaan hanya soal nombor.

Lagi besar nombor, lagi kaya seseorang. Sound legit dan logic bukan?

Baik, andai kata nombor adalah indikatornya, jom kita tengok prestasi dan perbandingan keuntungan dan kenaikan harga antara AESBEE, TAWBONG HAJI dan emas.

Perlu untuk ditekankan di sini di mana perbandingan ni sebenarnya tidak sesuai. Tapi ramai juga yang cuba membandingkannya.

Ibarat kata, gergaji dgn kapak. Kedua-dua gergaji dan kapak boleh pakai buat tebang pokok kan, persoalannya mana yang lebih sesuai. 

Betul?

Anda boleh lihat data dan jadual di bawah. Apa yang dapat kita simpulkan, kawan?

Kalau untuk jangka pendek, ia bergantung pergerakan sebenar harga emas. Ada tahun harga emas naik sampai 30%, dan juga turun sampai 28%.
Purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun sejak 10 tahun lalu. Lepas tolak kos spread & zakat, untungnya sekitar 8% - 10%. Tabung Haji (5%), ASB (5.5% lepas tolak zakat 2.5%).

Itu belum ambil kira tolak inflasi lagi sebanyak 4%. Jadi, untuk jangka panjang, kenaikan harga emas secara purata melebihi dari pulangan yang diberikan oleh ASB dan Tabung Haji! 

Anda nak nombor tadi kan?
Nahhhh kita lampirkan dengan nombor, kita datangkan dengan data, kita tunjukkan dengan angka sebenar.

Maknanya apa? Maknanya, purata kenaikan harga emas lebih cepat dan lebih besar dari dividen dari kedua-dua institusi ini.

Minda kita percaya hanya pertambahan angka melalui dividen mendatangkan pulangan, tapi sebenarnya tidak! Cuma simpan emas ini anda perlu SABAR. Ye, sabar untuk minima 3 tahun ke atas. Tenang sajalah. Konsisten menabung. 

Faham ke faham? Baik, kalau faham alhamdulillah. Pakat share ramai-ramai ye. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

Sunday 21 November 2021

SIMPAN TANPA TARGET

Entri 50
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Simpan emas mesti disusuli dengan MATLAMAT. Tanpa matlamat yang jelas ia seperti memandu tanpa arah. Seolah-olah menetapkan GPS ke arah yang belum pasti.

Menyimpan bila rasa nak simpan. Tak de keinginan untuk memaksa diri. Bila ada lebihan duit baru nak menyimpan.

Mindset ini perlu diubah jika nak serius menyimpan dan mengumpul kekayaan.  Kita mesti utamakan menyimpan kemudian baru berbelanja. 

Kita kena belanja diri sendiri dahulu dengan menyimpan minima 10%  daripada gaji atau pendapatan sebagai simpanan kecemasaan. 

Orang yang berjaya menyimpan emas apabila mereka jelas dengan matlamat dan konsisten menyimpan.

Contohnya, mahu mengerjakan Haji/Umrah secara berpakej, selesaikan hutang, buat renovation rumah, dana perkahwinan dan sebagainya.

Bila matlamat kita jelas, kita secara konsisten akan menyimpan bagi mencapai target yang diimpikan tanpa mengira harga emas naik turun.  

Matlamat yang jelas akan memudahkan kita mengenal pasti berapakah jumlah gram emas yang diperlukan dan tempoh masa untuk menjualnya. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di

http://www.wasap.my/+60197482231

#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

BELI EMAS DENGAN DUIT YANG NAK DIGUNAKAN DALAM MASA TERDEKAT?

Entri 49
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Tukar kesemua duit simpanan pada emas tanpa ada dana kecemasan dengan harapan untuk mendapat keuntungan dalam masa terdekat adalah satu kesilapan. 

Diulangi, kesilapan yang besar. 

Contohnya, beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam tempoh satu tahun dari sekarang. Ia adalah salah dan akan mengakibatkan kita tersangkut. 

Emas yang dibeli pada bulan ini bukan untuk dijual pada bulan depan bagi mendapatkan keuntungan kerana emas adalah pelaburan untuk jangka masa panjang. Emas juga ada susutnilainya, jadi ada perlu memikirkan faktor susutnilai sebelum melabur emas.

Menggunakan wang belanja untuk membeli emas adalah satu kesilapan dan merugikan sekiranya dijual semula emas yang dimiliki sebelum sempat merasai keuntungannya. Emas yang dibeli perlu disimpan sekitar lebih tiga tahun.     

Sebenarnya, duit yang nak digunakan dalam masa terdekat perlu ada cash di tangan bagi tujuan perlindungan dan kecemasan bila saat diperlukan tanpa diduga.

Sebab itulah pentingnya ilmu dalam cabang emas situ sendiri ya!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di

 http://www.wasap.my/+60197482231

#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline
Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015