Showing posts with label Petua kaya dan berjaya. Show all posts
Showing posts with label Petua kaya dan berjaya. Show all posts

Thursday, 26 November 2015

EMAS DI DALAM AL-QURAN

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Noor Naseff Bt Mohd Nasir
Entri 18



Assalamualaikum w.b.t dan salam keemasan,

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kerana Allah s.w.t masih memberikan pinjaman nyawa untuk kita terus memberi manfaat kepada dunia. Semoga Allah s.w.t merahmati dan memberkati hidup serta menggandakan rezeki kita dari sumber yang berkat.Amiin.

Hari ini merupakan Hari Jumaat iaitu segala penghulu hari.Masa saya kecil-kecil dulu, ada seorang Ustaz  menyebut bahawa hari kiamat akan jatuh pada hari Jumaat. Jadi, setiap kali hari jumaat, saya akan rasa sedikit takut, membayangkan datangnya Hari Kiamat. Ironinya, sedikit sebanyak pesanan ustaz itu menjadi peringatan  ketika saya kecil dulu supaya sentiasa percaya tentang hari kiamat iaitu rukun iman yang kelima. 

Semasa kita kecil, kita ibarat span yang sedang menyerap segala ilmu yang ada di sekeliling kita. Percayalah,semakin banyak ilmu yang kita tahu dan semakin banyak perkara yang di serap dalam kehidupan, kita menjadi semakin kurang percaya dengan beberapa perkara yang benar dan betul. Contohnya, ramai yang tahu kebaikkan simpanan emas tetapi berapa ramai dari kita yang suka simpan emas berbanding simpan wang fiat. Walaupun sudah terang lagikan bersuluh, EMAS ialah 'wealth protector' kerana nilainya kalis inflasi, namun sukar untuk mengubah persepsi manusia untuk membuat simpanan emas. Betapa pentingnya nilai emas sehingga ianya di sebut beberapa kali di dalam kitab suci Al-Quran. Sebenarnya emas dan perak ada kaitannya dengan zakat. Kita di wajibkan zakat emas bila sudah cukup haul dan dengan zakat kita dapat membantu umat islam. Boleh baca artikel zakat di sini. Mana lebih baik, bayar zakat atau bayar cukai? Tepuk dada tanya hati.

Antara ayat yang menyebut mengenai emas di dalam Al-Quran adalah seperti berikut :-


Ali ‘Imran, ayat 14

Dan dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu; wanita-wanita, anak harta yang banyak dari EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)



Ali ‘Imran(3), ayat 91
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya, maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka EMAS sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan EMAS (yang sebanyak itu). Bagi mereka itulah siksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong.


Al-A’raaf(7), ayat 148

Dan kaum Musa, setelah kepergian Musa ke gunung Thur membuat dari perhiasan-perhiasan (EMAS) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui (EMAS) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui bahwa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat (pula) menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai sembahan) dan mereka adalah orang-orang yang zalim.


At-Taubah(9), ayat 34

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan EMAS dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih



At-Taubah(9), ayat 35
Pada hari dipanaskan EMAS perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan.

Al-Israa’(17), ayat 93
Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari EMAS, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca. Katakanlah: Maha suci Rabbku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul



Al-Hajj(22), ayat 23
Sesungguhnya Allah mamasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di surga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. (QS. 22:23)



Faathir(35), ayat 33
(Bagi mereka) surga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.

Az-Zukhruf(43), ayat 35
Dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (dari EMAS untuk mereka). Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Rabbmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. 



Az-Zukhruf(43), ayat 53
Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari EMAS atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya. 



Az-Zukhruf(43), ayat 71
Diedarkan kepada mereka piring-piring dari EMAS, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya



Al-Waaqi’ah(56), ayat 15

Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan emas dan permata;




Nasihat saya, marilah kita sama-sama menyimpan Emas. Tukar sedikit wang simpanan anda untuk menabung emas. Bermula sedikit lama-lama jadi bukit. Hubungi saya untuk  jadi perunding emas anda, 0197482231- cikgu effa

Salam Keemasan,
Cikgu emas online


Monday, 23 November 2015

PETUA KAYA DENGAN 6 TABUNG

Teks: Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
 Entri 15 Assalamualaikum w.b.t dan salam keemasan,

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya, dapat saya bernafas di bumi bertuah ini untuk menyebarkan segala ilmu emas yang bermanfaat.Lama rasanya saya tidak update blog kerana melalui pelbagai kekangan masa. Dengan azam dan semangat baru sempena cuti sekolah ini, saya BERAZAM supaya lebih rajin mengemaskini blog untuk menyebarkan ilmu emas kepada masyarakat. 

 Pada hari ini, saya ingin berkongsi satu petua kekayaan dan kejayaan. Petua ini saya dapat semasa menghadiri IMKK, kursus anjuran Dr. Azizan pada penghujung tahun 2014. Saya juga sangat suka membaca buku-buku pengurusan kewangan walaubagaimanapun ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berubah. Harapan saya semoga hasil tulisan saya ini bukan sahaja menjadi sumber inspirasi kepada orang lain, tetapi menjadi ingatan kepada diri saya sendiri supaya istiqomah menabung.Saya sangat percaya semua orang layak menjadi jutawan, dengan syarat pandai mengurus kewangan. Bayangkan kita yang sudah berkerja atau berniaga bertahun-tahun tetapi sedikit simpanan pun tiada. Saya juga sangat percaya, kalau wang yang sedikit, kita masih belum mampu untuk urus, bagaimana Allah s.w.t mahu beri yang banyak untuk kita. Uruskan yang kecil-kecil dahulu, baru boleh pandai urus yang besar-besar.Ramai yang merungut tentang ekonomi yang melanda negara, tetapi dengan hanya merungut adakah kita boleh merubah kemelesetan ekonomi negara. Saya ingat kata-kata Dr. Azizan Osman, kita ada dua pilihan supaya duit kita sentiasa cukup, sama ada berniaga untuk tambah pendapatan atau tukar cara hidup untuk lebih berjimat. 

 Saya terus kepada ilmu 6 tabung ya.Kita perlukan 6 tabung untuk kita membuat pecahan aliran pendapatan. Pendapatan kita ini, tidak kiralah dari bonus Powergold atau gaji yang kita terima setiap bulan. Pilihan tabung juga terpulang kepada masing-masing, sama ada nak guna tabung buluh, tabung tin atau pun bank-bank lain. Saya sendiri lebih suka memilih bank-bank sebagai tabung saya iaitu Bank Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional. Rasionalnya setiap bulan saya terima gaji, saya akan terus transfer secara online duit-duit saya mengikut tabung-tabung saya. 
 Katakan jumlah pendapatan bulanan kita ialah RM3000. Maka, duit ni perlu disimpan ke dalam 6 tabung. Iaitu:

 Necessity (55%) 
Duit dalam tabung ni adalah untuk perbelanjaan bulanan seperti bayar rumah, kereta, bil letrik, barang dapur, petrol, yuran sekolah anak dan sebagainya termasuklah duit untuk bagi pada ibubapa kita. Ramai daripada kita banyak menghabiskan duit di bahagian ini sehingga lebih dari 55%. Catat segala perbelanjaan yang kita gunakan pada bahagian ini supaya kita dapat melihat apakah benda-benda yang tidak penting yang telah kita belanjakan supaya menjadi peringatan kepada kita. Ingat kita hanya perlu gunakan 55% sahaja. Sekiranya kita jenis tidak boleh ubah cara hidup kita untuk lebih berjimat, tambah pendapatan seperti berniaga dengan Powergold. Hanya 55% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini. Contoh: RM3000 x 55% = RM1650 sebulan. 

 Long Term Saving for Spending (10%) 
Duit dalam tabung ni adalah untuk kegunaan masa akan datang iaitu dalam tempoh 5-10 tahun akan datang, seperti perbelanjaan untuk pergi umrah atau haji, melancong luar negara dan sebagainya. Untuk memudahkan urusan transfer duit, saya telah memilih Tabung Haji sebagai tabung Long Term Saving for Spending.Sebanyak 10% daripada pendapatan bulanan, perlu dimasukkan ke dalam tabung ini. Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan. 

 Education (10%) 
Duit dalam tabung ni adalah untuk pendidikan diri sendiri contohnya perbelanjaan untuk hadir kursus BOP, beli buku, kelas tajwid, kelas marketing dan sebagainya. Ciri-ciri orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa mahu menimbah ilmu kerana semua jenis pekerjaan atau perniagaan, hendaklah berbekalkan ILMU. Orang kaya sebenarnya kaya ILMU dan kaya sedekah. Saya telah memilih Bank Rakyat sebagai tabung Education, untuk memudahkan urusan transfer .Maka, 10% daripada pendapatan bulanan,kita perlu masukkan ke dalam tabung ini. Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan. 

 Fun (10%) 
Duit dalam tabung ni adalah untuk hiburan contohnya bercuti di tempat peranginan, spa treatment, menonton movie di pawagam, makan bersama-sama keluarga dan sebagainya. Kenapa kita perlu berhibur? ini adalah fakta, setiap bulan kita perlu ada sedikit masa dan duit untuk berehat, berhibur dan berkumpul bersama keluarga. Kita akan lebih produktif sekiranya kita mempunyai masa rehat yang cukup dan silaturrahim yang baik dengan keluarga. Sebanyak 10% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini dan ia perlu dihabiskan setiap bulan dan tidak boleh bawa ke bulan depan Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan. 

 Financial Freedom Account (10%) 
Duit dalam tabung ini adalah untuk disimpan sebagai pasif income. Di sini saya sarankan simpanlah dalam bentuk emas. Saya juga tukar semua bonus Powergold saya dalam bentuk Emas. Kenapa saya galakkan simpan emas, boleh baca di sini .Pasif Income ialah pendapatan sampingan yang anda dapat tanpa perlu bekerja untuknya. Emas juga kalis inflasi, makin di simpan semakin berharga.Sekarang di Powergold, kita boleh beli emas serendah 0.5g dengan budget tidak sampai RM100 untuk buat simpanan emas. Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan. Bayangkan kalau anda konsisten selama 2 tahun, anda dah mampu guna simpanan emas ini untuk beli sebuah apartment untuk disewakan kepada orang lain.

 Charity (5%) 
Duit dalam tabung ini adalah untuk diberikan kepada orang lain, contohnya bersedekah untuk anak-anak yatim, badan-badan kebajikan dan sebagainya. Di Powergold, kita sangat bertuah kerana kita boleh membuat transfer ewallet untuk bersedekah Percayalah the more you give, the more you get back'. Untuk mengelakkan 'kebocoran kewangan', kita perlulah banyak bersedekah. Kadang-kadang kita tidak perasan bahawa bila kereta rosak, handset hilang, kesihatan terganggu dan sebagainya, itu semua berkaitan dengan 'kebocoran kewangan'. Mudah-mudahan dengan kita banyak bersedekah, Allah S.W.T murahkan rezeki kita. Sebenarnya, orang kaya adalah orang yang paling banyak memberi dan bersedekah. Allah s.w.t sangat suka dengan orang yang banyak bersedekah, percayalah, bila kita bersedekah, Allah akan murahkan dan tambah lagi rezeki kita.Kita boleh peruntukkan 5% daripada pendapatan bulanan untuk dimasukkan ke dalam tabung charity. Contoh: RM3000 x 5% = RM150 sebulan. 

 Semoga dengan pengurusan kewangan yang melibatkan 6 tabung ini akan membantu kita menjadi jutawan islam berjaya. Seperti yang saya katakan awal-awal tadi saya, saya sudah mengetahui ilmu 6 tabung ini pada tahun 2014, tetapi ilmu tanpa amal memang tidak jadi apa. Sesungguhnya kewangan kita tanggungjawab kita. Sesungguhnya saya bersyukur berjumpa dengan Powergold kerana saya menjadi allert dengan pengurusan kewangan saya. Mulai Oktober 2015 sehingga Oktober 2016, saya kena pegang kata-kata 'kaya bukan terletak apa orang pandang;.Mulai hari ini, marilah kita sama-sama berubah ke arah kewangan yang baik dan berkesan.

Buku koleksi kewangan yang menjadi bahan bacaan kegemaran saya
. Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat simpanan emas. Saya dengan berbesar hati untuk membantu anda membuat simpanan Emas. Hubungi saya 0197482231- cikgu Effa untuk keterangan lanjut.


 Salam Keemasan, 
 Cikgu Emas Online
Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015