Saturday, 8 January 2022

UNIKNYA EMAS

Entri 80

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Emas adalah sangat istimewa, unik dan matawang logam yang pasti bernilai sepanjang hayat. 

Emas tidak seperti AESBEE, Tawbong Haji, Unit Trust, KW$P yang memberikan pulangan setiap tahun. 

Jika ada yang tawaran untuk membeli emas dengan pulangan dividen, sila lari jauh-jauh. Itu scammer emas!

Emas tidak menjanjikan bulan dan bintang. Secara fakta pelaburan emas hanya ada peningkatan harga emas setiap tahun. 

Kenaikan harga emas antara 10% sehingga 15 % berbanding dividen tahunan pelaburan yang lain. 

Jika ada sesiapa menjanjikan pulangan pelaburan yang tidak munasabah, cuba fikirkan keraguan dan buat pencarian sehingga anda benar-benar pasti ke mana pelaburan yang mahu anda salurkan itu.

 Ianya berpotensi sebagai skim cepat kaya dan skim cepat miskin! Ianya modus operandi scammer untuk rolling wang kita ke cabang “operasi rahsia” mereka. 

Secara jujurnya emas tidak menjanjikan pulangan tahunan berbentuk dividen.

Emas secara asasnya bergantung naik turun harga emas. Beli murah, jual harga lebih tinggi. Itu sahaja.

 Itu cara paling selamat dan lambat kaya, tapi jika berlaku apa pun dalam dunia ini, emas pasti kekal bernilai dan penyelamat ketika gawat. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di 


#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015