Gambar : Google
Assalamualaikum w.b.t,
Salam penuh kerahmatan dan salam keemasan. Semoga kita dalam lindungan keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. Saya doakan kita semua di murahkan rezeki pada hari ini. Semangat membuak-buak untuk terus menulis di blog kerana bila semakin ramai yang bertanya di whatsup, saya kira masih ramai lagi di kalangan kita yang masih belum celik emas.
Saya tahu, masih ramai lagi yang ragu-ragu untuk membeli emas kerana pelbagai persoalan yang timbul seperti nak simpan di mana?, untung ke kalau beli masa emas mahal?, kedai emas nak ke emas yang aku beli ni? dan macam-macam soalan lagi. Percayalah saya pun seperti anda juga dulu.
Apa yang perlu kita buat?. Kita mesti MULA beli emas. MULAI SEKARANG!. Ramai yang teragak-agak untuk memulakan beli emas kali pertama, lebih-lebih lagi bila harga emas sedang tinggi. Anda mesti mula beli, simpan dan akhirnya baru ada rasa 'feel' untuk kumpul. Ramai yang was-was hendak beli walaupun tahu ia sangat menguntungkan. Jangan risau emas akan naik pada jangka masa panjang. Harga emas memang mahal, saya belum pernah jumpa, orang kata, harga emas murah. Walaupun harga emas sedang murah, kita tetap rasa mahal sebab masa tersebut mungkin duit di poket sedang nipis. Masa harga emas RM80/gram, kita masih kata mahal, bila harga emas RM120/gram, kita masih kata mahal, jadi bila masa harga emas murah. Di mana sahaja anda bermula untuk membeli emas, anda tetap akan untung untuk jangka masa panjang.
Baiklah, saya akan meneruskan rahsia kedua untung dengan beli emas iaitu istiqamah. Maksud istiqamah di sini ialah berterusan atau konsisten. Boleh mula dengan 1 gram gold bar atau 1 dinar. Terpulang pada kemampuan 'budget' masing-masing. Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperolehi keuntungan dengan kaedah kos purata (cost average). Di dalam trend harga emas yang menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun jika membeli secara istiqamah kerana harga emas berubah setiap masa.
Bila ada yang bertanya, bilakah waktu yang sesuai untuk saya beli emas? Jawapan saya beli sahaja sekarang. Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Salam keemasan,
Cikgu emas online
0197482231-effa
No comments:
Post a Comment