Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Assalamualaikum,
Secara amnya, kita mudah 'escape-close' dengan menyatakan punca kewujudan pelbagai penyakit dalam diri adalah akibat daripada pengambilan makanan seharian. Nampak seperti ada betulnya, tapi adakah benar-benar betul?
Analogi yang mudah, kenderaan yang kita pandu setiap hari pasti dijaga dengan sebaik mungkin. Namun, kita tidak boleh menidakkan untuk berhadapan dengan pelbagai situasi seperti lubang di jalan raya, jalan yang bertampal dengan tidak sempurna, haiwan liar tiba-tiba melintas jalan, batu-baru kecil yang 'terbang' daripada kenderaan berat dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan pemeriksaan secara berkala atau dengan kadar segera adalah perlu bagi mengelakkkan masalah yang kecil menjadi lebih teruk.
Begitu juga dengan tubuh kita. Kita tidak boleh mengelak daripada berhadapan dengan pelbagai situasi yang 'tidak sihat' di sekeliling kita seperti asap rokok, asap kenderaan, makanan yang tidak seimbang nutrisinya, tahap kebersihan udara dan air yang kita minum, radiasi daripada gadget elektronik, dan lain-lain.
Sistem tubuh kita sebenarnya memerlukan penjagaan seperti kenderaan, atau mungkin lebih daripada teliti daripada itu. Dalam bahasa yang mudah difahami, sistem tubuh yang bermasalah biasanya berpunca daripada 4 punca iaitu sama ada ia ROSAK (perlu diganti, jika boleh) PENGSAN (tidakberfungsi langsung), MERAJUK (berfungsi tetapi tidak 100%) atau CEDERA (sistem berfungsi secara abnormal).
Isunya sekarang adakah kita mengambil nutrisi tambahan yang terbaik untuk diri dan keluarga? Bagaimana kita memutuskan memilih produk yang terbaik sebagai pilihan? Adakah pengaruh iklan, 'ayat-ayat cinta' yang memukau, ataupun berkongsi ilmu daripada sahabat-sahabat dengan pemahaman yang sejelas-jelasnya. Alhamduli llah, kini saya ditemukan dengan nutrisi yang hebat dengan pengalaman syarikat selama 80 tahun dalam bidang nutrisi, mempunyai ladang dan kilang sendiri, dengan lebih 200 saintis yang menjalankan R&D secara berterusan dalam mengawal kualiti terbaik dalam penghasilan.
Perkongsian ilmu yang pastinya akan menggembirakan ramai manusia di luar sana. Saya bersedia untuk berkongsi kebaikan dengan anda di luar sana. Mereka yang sakit pastinya mengidamkan kehidupan yang lebih selesa dan gembira. Mereka yang sihat mengidamkan agar kesihatan ini berkekalan hendaknya inshaallah. Beri ruang untuk memelihara diri bersama keluarga daripada terpaksa 'mengambil ruang' daripada keluarga kerana kesilapan diri mengambil mudah soal kesihatan.
Berjimat ekonomi keluarga dengan menjaga kesihatan!
# SEMOGA KITA TERUS SIHAT & BERJAYA!
No comments:
Post a Comment