Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi
dengan limpah dan kurnianya dapat saya membina sebuah blog sebagai pemangkin
inspirasi untuk berkongsi cerita, maklumat dan pengalaman; yang Allah pinjamkan
kepada saya.
Terlebih dahulu biarlah saya
memperkenalkan diri saya ini. Saya ialah Noor Naseffa Bt Mohd Nasir. Ramai yang
menyatakan nama saya agak pelik dan unik, mungkin di Malaysia hanya saya
empunya badan yang mempunyai nama sedemikian. Alhamdulillah, syukur yang tidak
terhingga kepada kedua orang tua saya yang telah memberikan nama tersebut. Masa
kecil dulu, saya pernah bertanya kepada emak tentang makna nama saya. Mak kata
'Nas' tu nama pendek dari nama abah iaitu Nasir. Orang tua-tua dulu kata, kalau
anak perempuan biarlah ada nama ayah sikit supaya sejuk sikit. Saya pun tidak
begitu pasti apa yang dimaksudkan dengan "sejuk sikit", mungkin
maksud tersirat supaya saya menjadi anak yang baik dan solehah.
Walaubagaimanapun saya tetap menyukai nama saya yang unik itu. Seorang ustaz di
sekolah saya kata, nama biarlah ada makna yang baik, atau biarlah tiada makna
dari ada makna yang buruk.
Saya mempunyai latar belakang pendidikan
yang menjurus kepada golongan profesional iaitu seorang guru. Baru selesai
menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah (Matematik) pada tahun
2014 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat. Menerima Diploma
Pendidikan di Maktab Perguruan Sultan Mizan, Terengganu pada tahun 2004;
pengkhususan Matematik dan Pengajian Melayu. Mendapat pendidikan menengah di SMK
Tenggaroh A, Mersing pada tahun 1996 hingga 2000. Mendapat pendidikan rendah di
SK Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
Penempatan pertama sebagai guru adalah di
SK Felcra Sungai Ara pada tahun 2005. Berkhidmat sebagai guru Matematik dan
Bahasa Malaysia. Pernah mengajar matapelajaran Matematik Tahun 1, Tahun 2,
Tahun 5 dan Tahun 6. Selain itu, pernah juga mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1
dan Tahun 2. Pengalaman berkhidmat sebagai guru adalah hampir 11 tahun. Di
lantik sebagai Guru Cemerlang Matematik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
pada tahun 2011. Aktif dalam pembentangan Kajian Tindakan sehingga peringkat
kebangsaan. Selain itu juga, terlibat aktif dalam bengkel inovasi peringkat
daerah dan peringkat negeri. Menerima pelbagai anugerah dalam inovasi yang telah
dicipta untuk kegunaan pembelajaran dan pengajaran.
Saya mempunyai minat yang
tinggi dalam pengurusan kewangan dan masa. Berminat untuk menjalankan
perniagaan secara part time. Ingin bersara awal dari jawatan penjawat
awam iaitu pada umur 40 tahun tetapi mempunyai pasif income yang kukuh.
Saya di kurniakan 3 orang anak yang sangat
baik dan bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi. Alhamdulillah,
Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui, telah memberikan jodoh kepada saya,
jodoh yang sangat baik iaitu Mohd Noor Nazri B. Mohd Tumari. Semoga kami
sekeluarga berjalan seiring menuju ke jannah tanpa hisab. Aamiin...
Semoga dengan perkongsian berjemaah di
ABDR, saya mampu memberi dan menambah nilai kepada orang lain untuk kearah yang
lebih baik. Sesungguhnya, perjalanan kita di dunia ini adalah untuk bekalan
akhirat nanti.
"Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. www.efficient2me.com
ReplyDelete"