Monday, 23 November 2015

PETUA KAYA DENGAN 6 TABUNG

Teks: Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
 Entri 15 Assalamualaikum w.b.t dan salam keemasan,

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya, dapat saya bernafas di bumi bertuah ini untuk menyebarkan segala ilmu emas yang bermanfaat.Lama rasanya saya tidak update blog kerana melalui pelbagai kekangan masa. Dengan azam dan semangat baru sempena cuti sekolah ini, saya BERAZAM supaya lebih rajin mengemaskini blog untuk menyebarkan ilmu emas kepada masyarakat. 

 Pada hari ini, saya ingin berkongsi satu petua kekayaan dan kejayaan. Petua ini saya dapat semasa menghadiri IMKK, kursus anjuran Dr. Azizan pada penghujung tahun 2014. Saya juga sangat suka membaca buku-buku pengurusan kewangan walaubagaimanapun ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berubah. Harapan saya semoga hasil tulisan saya ini bukan sahaja menjadi sumber inspirasi kepada orang lain, tetapi menjadi ingatan kepada diri saya sendiri supaya istiqomah menabung.Saya sangat percaya semua orang layak menjadi jutawan, dengan syarat pandai mengurus kewangan. Bayangkan kita yang sudah berkerja atau berniaga bertahun-tahun tetapi sedikit simpanan pun tiada. Saya juga sangat percaya, kalau wang yang sedikit, kita masih belum mampu untuk urus, bagaimana Allah s.w.t mahu beri yang banyak untuk kita. Uruskan yang kecil-kecil dahulu, baru boleh pandai urus yang besar-besar.Ramai yang merungut tentang ekonomi yang melanda negara, tetapi dengan hanya merungut adakah kita boleh merubah kemelesetan ekonomi negara. Saya ingat kata-kata Dr. Azizan Osman, kita ada dua pilihan supaya duit kita sentiasa cukup, sama ada berniaga untuk tambah pendapatan atau tukar cara hidup untuk lebih berjimat. 

 Saya terus kepada ilmu 6 tabung ya.Kita perlukan 6 tabung untuk kita membuat pecahan aliran pendapatan. Pendapatan kita ini, tidak kiralah dari bonus Powergold atau gaji yang kita terima setiap bulan. Pilihan tabung juga terpulang kepada masing-masing, sama ada nak guna tabung buluh, tabung tin atau pun bank-bank lain. Saya sendiri lebih suka memilih bank-bank sebagai tabung saya iaitu Bank Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional. Rasionalnya setiap bulan saya terima gaji, saya akan terus transfer secara online duit-duit saya mengikut tabung-tabung saya. 
 Katakan jumlah pendapatan bulanan kita ialah RM3000. Maka, duit ni perlu disimpan ke dalam 6 tabung. Iaitu:

 Necessity (55%) 
Duit dalam tabung ni adalah untuk perbelanjaan bulanan seperti bayar rumah, kereta, bil letrik, barang dapur, petrol, yuran sekolah anak dan sebagainya termasuklah duit untuk bagi pada ibubapa kita. Ramai daripada kita banyak menghabiskan duit di bahagian ini sehingga lebih dari 55%. Catat segala perbelanjaan yang kita gunakan pada bahagian ini supaya kita dapat melihat apakah benda-benda yang tidak penting yang telah kita belanjakan supaya menjadi peringatan kepada kita. Ingat kita hanya perlu gunakan 55% sahaja. Sekiranya kita jenis tidak boleh ubah cara hidup kita untuk lebih berjimat, tambah pendapatan seperti berniaga dengan Powergold. Hanya 55% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini. Contoh: RM3000 x 55% = RM1650 sebulan. 

 Long Term Saving for Spending (10%) 
Duit dalam tabung ni adalah untuk kegunaan masa akan datang iaitu dalam tempoh 5-10 tahun akan datang, seperti perbelanjaan untuk pergi umrah atau haji, melancong luar negara dan sebagainya. Untuk memudahkan urusan transfer duit, saya telah memilih Tabung Haji sebagai tabung Long Term Saving for Spending.Sebanyak 10% daripada pendapatan bulanan, perlu dimasukkan ke dalam tabung ini. Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan. 

 Education (10%) 
Duit dalam tabung ni adalah untuk pendidikan diri sendiri contohnya perbelanjaan untuk hadir kursus BOP, beli buku, kelas tajwid, kelas marketing dan sebagainya. Ciri-ciri orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa mahu menimbah ilmu kerana semua jenis pekerjaan atau perniagaan, hendaklah berbekalkan ILMU. Orang kaya sebenarnya kaya ILMU dan kaya sedekah. Saya telah memilih Bank Rakyat sebagai tabung Education, untuk memudahkan urusan transfer .Maka, 10% daripada pendapatan bulanan,kita perlu masukkan ke dalam tabung ini. Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan. 

 Fun (10%) 
Duit dalam tabung ni adalah untuk hiburan contohnya bercuti di tempat peranginan, spa treatment, menonton movie di pawagam, makan bersama-sama keluarga dan sebagainya. Kenapa kita perlu berhibur? ini adalah fakta, setiap bulan kita perlu ada sedikit masa dan duit untuk berehat, berhibur dan berkumpul bersama keluarga. Kita akan lebih produktif sekiranya kita mempunyai masa rehat yang cukup dan silaturrahim yang baik dengan keluarga. Sebanyak 10% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini dan ia perlu dihabiskan setiap bulan dan tidak boleh bawa ke bulan depan Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan. 

 Financial Freedom Account (10%) 
Duit dalam tabung ini adalah untuk disimpan sebagai pasif income. Di sini saya sarankan simpanlah dalam bentuk emas. Saya juga tukar semua bonus Powergold saya dalam bentuk Emas. Kenapa saya galakkan simpan emas, boleh baca di sini .Pasif Income ialah pendapatan sampingan yang anda dapat tanpa perlu bekerja untuknya. Emas juga kalis inflasi, makin di simpan semakin berharga.Sekarang di Powergold, kita boleh beli emas serendah 0.5g dengan budget tidak sampai RM100 untuk buat simpanan emas. Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan. Bayangkan kalau anda konsisten selama 2 tahun, anda dah mampu guna simpanan emas ini untuk beli sebuah apartment untuk disewakan kepada orang lain.

 Charity (5%) 
Duit dalam tabung ini adalah untuk diberikan kepada orang lain, contohnya bersedekah untuk anak-anak yatim, badan-badan kebajikan dan sebagainya. Di Powergold, kita sangat bertuah kerana kita boleh membuat transfer ewallet untuk bersedekah Percayalah the more you give, the more you get back'. Untuk mengelakkan 'kebocoran kewangan', kita perlulah banyak bersedekah. Kadang-kadang kita tidak perasan bahawa bila kereta rosak, handset hilang, kesihatan terganggu dan sebagainya, itu semua berkaitan dengan 'kebocoran kewangan'. Mudah-mudahan dengan kita banyak bersedekah, Allah S.W.T murahkan rezeki kita. Sebenarnya, orang kaya adalah orang yang paling banyak memberi dan bersedekah. Allah s.w.t sangat suka dengan orang yang banyak bersedekah, percayalah, bila kita bersedekah, Allah akan murahkan dan tambah lagi rezeki kita.Kita boleh peruntukkan 5% daripada pendapatan bulanan untuk dimasukkan ke dalam tabung charity. Contoh: RM3000 x 5% = RM150 sebulan. 

 Semoga dengan pengurusan kewangan yang melibatkan 6 tabung ini akan membantu kita menjadi jutawan islam berjaya. Seperti yang saya katakan awal-awal tadi saya, saya sudah mengetahui ilmu 6 tabung ini pada tahun 2014, tetapi ilmu tanpa amal memang tidak jadi apa. Sesungguhnya kewangan kita tanggungjawab kita. Sesungguhnya saya bersyukur berjumpa dengan Powergold kerana saya menjadi allert dengan pengurusan kewangan saya. Mulai Oktober 2015 sehingga Oktober 2016, saya kena pegang kata-kata 'kaya bukan terletak apa orang pandang;.Mulai hari ini, marilah kita sama-sama berubah ke arah kewangan yang baik dan berkesan.

Buku koleksi kewangan yang menjadi bahan bacaan kegemaran saya
. Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat simpanan emas. Saya dengan berbesar hati untuk membantu anda membuat simpanan Emas. Hubungi saya 0197482231- cikgu Effa untuk keterangan lanjut.


 Salam Keemasan, 
 Cikgu Emas Online

Friday, 11 September 2015

EMAS NAIK MASIH TERSENYUM, EMAS TURUN MASIH TERSENYUM, SIAPAKAH DIA?

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Foto : Google
Entri 14


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Kerahmatan. Saya doakan kepada sesiapa sahaja yang membaca blog saya ini, sentiasa dalam lindungan berkat dan di limpahi rezeki yang melimpah ruah. Alhamdulillah, rasa syukur ini saya panjatkan kerana Allah S.W.T masih memberikan saya pinjaman masa untuk membuat amal bakti di bumi bertuah ini.
 
Tajuk hari ini macam teka-teki, kan?. Sebelum saya menjawab teki-teki tersebut, saya rasa terpanggil untuk membawa pemikiran kita dengan satu cerita untuk sama-sama berfikir. Di sebuah bandar terdapat satu pasar raya besar yang menjual barang-barang berjenama mahal seperti kasut, beg tangan dan sebagainya. Pasar raya tersebut dikunjungi oleh ramai pelanggan. Kalau di lihat dengan mata kasar, pasti keuntungannya sangat tinggi. Di tengah-tengah kesibukan bandar tersebut juga, terdapat satu kedai emas kecil, yang mana kedai tersebut amat jarang di kunjungi pembeli. Malang tidak berbau dan langit tidak selalunya cerah. Entah di mana silapnya, bandar tersebut telah di serang oleh pengganas. Ramai yang melarikan diri di negeri kejiranan untuk menyelamatkan diri. Pengurus pasar raya tersebut telah membawa sejumlah wang yang banyak untuk menyelamatkan diri ke negeri jiran. Manakala si pekedai emas tadi, hanya membawa sejumlah emas di dalam sebuah beg. Sampai di negeri jiran, pengurus pasar raya yang kaya raya itu, tidak dapat menukarkan wangnya dengan wang negeri jiran kerana wang negeri asalnya sudah tiada nilai. Manakala, si pekedai emas tadi tersenyum lebar kerana emas yang di bawanya tadi boleh dijual dan dia boleh membina hidup baru dan tidaklah hidup merempat. Apakah kesimpulan dari cerita tersebut? Agak-agak ada kaitan dengan tajuk di atas?.

Pembaca blog yang sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T, sebenarnya ada rahsia yang tidak kita ketahui di sebalik penjual emas yang kedainya tiada pengunjung itu. Dalam apa jua situasi, tidak kiralah sama ada harga emas naik atau turun, kita sebenarnya masih boleh tersenyum dengan syarat kita jadi seperti penjual emas tadi.

Kalau kita hanya menjadi penyimpan atau pelabur emas, dan tunggu harga tinggi, kemudian jual semasa harga tinggi, maka keuntungan kita hanya hanya ditentukan oleh pasaran emas sahaja. Jika harga pasaran naik, maka untung pun banyak, jika harga pasaran turun, kita kena tunggu lagi. Jadi bagaimana kita hendak menjadi orang yang sentiasa tersenyum walaupun harga emas tak tentu masa? Jadilah peniaga emas. Kita akan buat keuntungan apabila harga emas jatuh sebab ramai pelanggan yang akan membeli emas daripada kita. Apabila harga emas naik, kita tetap untung juga sebab kita boleh jual emas tersebut dan tambah simpanan emas lagi. Atau kita gadai di Ar Rahnu dan tambah simpanan emas kita.
.
Konklusinya, salah satu cara untuk membuat kita sentiasa tersenyum, jadilah penyimpan emas sambil berniaga. Tetapi mampukah kita membuka kedai emas fizikal?. Membuka kedai emas fizikal memerlukan modal yang sangat tinggi. Powergold.biz sedar akan ketidakmampuan segelintir masyarakat dari segi modal untuk menjadi peniaga emas. Maka Powergold telah menyediakan platform masyarakat untuk berniaga emas dengan  modal serendah RM350 hingga RM3800. Konsep asas Powergold sangat jelas iaitu SAVING, TRADING dan NETWORKING.

Sesiapa yang menyertai Powergold hanya sebagai penyimpan emas (SAVING). Mereka tetap dapat keuntungan dari segi belian emas yang lebih murah dan dapat bonus belian pada setiap belian.

Sesiapa yang menyertai Powergold berminat untuk jadi penyimpan dan peniaga emas (TRADING), mereka boleh dapat untung dari segi harga belian yang lebih murah dan jual mengikut harga pasaran. Mereka juga dapat bonus belian pada setiap belian emas.

Sesiapa yang menyertai Powergold, berminat untuk jadi penyimpan, peniaga emas dan sharing ilmu emas supaya lebih ramai lagi yang jadi peniaga emas ( NETWORKING), mereka boleh dapat untung dari segi harga belian yang lebih murah dan jual ikut harga pasaran, Mereka juga dapat juga bonus belian pada setiap belian emas. Selain itu, syarikat juga memberikan beberapa bonus atas usahanya untuk melahirkan penyimpan emas dan peniaga emas.

Emas naik masih tersenyum, emas turun masih terseyum, siapakah dia? Jawapanya adalah kita yang menyimpan emas dan juga usahawan @ peniaga emas. Kalau anda belum menjadi penyimpan atau peniaga emas, hubungi saya untuk saya bantu anda menjadi penyimpan dan usahawan peniaga emas berjaya.

Salam penuh keemasan,
effa cikgu emas online
0197482231



 

Wednesday, 9 September 2015

BERNIAGA BIAR DARI HATI

Teks: Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar: Google
Entri 13

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Kerahmatan. Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat saya menggerakkan jari jemari ini bagi menulis entri yang bermanfaat untuk kita semua. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga akhirnya masalah Streamyx di rumah saya dapat diselesaikan. Walaubagaimanapun saya tetap meneruskan perkongsian kebaikkan menyimpan emas di Facebook dan juga di Instagram. Ini lah kelebihan berbisness online, kedai kita sentiasa terbuka 24 jam.
 
Misi saya 'Menjemput Masyarakat Celik Emas' mesti saya teruskan. Saya semakin mencintai status pekerjaan saya yang baru iaitu sebagai 'Guru Emas Online'. Bila sebut sahaja seorang guru, maka terbayang sudah tugas hakikinya sebagai pendidik. Saya memilih jalan ini, kerana ilmu yang bermanfaat harus terus disebarkan ke seantero dunia. Saya memilih perkataan menjemput kerana nampak lebih sopan dan tidak mendesak. Saya percaya dengan formula The Power Of Sabar dan Istiqamah. Moga-moga dengan adanya santun ini, lebih ramai yang celik emas dan menyimpan emas. Dalam mengejar misi ini, saya meletakkan matlamat supaya masyarakat di tarbiah dengan kempen menyimpan emas setiap bulan. Mulakanlah menyimpan emas seberat 0.5 gram atau 1 gram setiap bulan, kita hanya perlu ketepikan lebih kurang RM 100 hingga RM 200 untuk kita mula menyimpan emas. Di samping itu, saya juga mempunyai harapan yang jauh di lubuk hati ini supaya lebih ramai yang menjana ekonomi melalui perniagaan emas dengan menjadikan Powergold sebagai platform untuk mula berniaga. Marilah kita jihad ekonomi keluarga dan negara melalui Powergold. Kalau hendak saya senaraikan kelebihan berbisness emas Powergold, amatlah panjang. Saya perlu pilih satu lagi entri baru untuk saya kupas tentang kelebihan bisness emas Powergold.
 
Pernah atau tidak kita terfikir untuk berniaga?. Kita lihat macam untung jual tudung, kita mahu jual tudung. Kita lihat orang boleh kaya dengan jual kek, kita bersemangat mahu jual kek. Kita tengok kawan boleh kurus makan sesuatu produk, kita terfikir mahu untung dengan jual produk kurus. Kita tengok kawan-kawan tepek bonus ribu riban, kita terdetik nak jadi macam dia. Lebih-lebih yang masih bekerja dan memilih biness sebagai part time. Setakat daftar ahli dua tiga ratus, rasa tidak bersalah sebab duit gaji masih ada. Ada yang terlebih 'excited', kalau daftar pakej yang lebih tinggi, income akan lebih tinggi. Daftarlah dengan modal yang lebih besar, apa ada kisah, duit gaji masih ada. Bila selesai daftar, kita pun terimalah, segunung stok. Termenung lihat stok, hari pertama masih bersemangat hendak iklan di Facebook. Baru dua tiga hari iklan di Facebook, tiba-tiba rasa kecewa sebab tidak ramai yang minta PM. Kalau yang like iklan kita pun, kroni-kroni yang sama-sama jual produk yang sama. Akhirnya kecewa dengan produk tersebut, salahkan syarikat, salahkan kawan, salahkan semua orang di dunia ini. Cara hendak sedapkan hati, guna pakai sendiri stok-stok yang ada dengan niat, dapat juga berjimat. Upline kata, kalau mahu rezeki murah, dermalah stok-stok kepada saudara mara dan sahabat handai dengan harapan setinggi bintang supaya dapat bonus RM2.6 billion.
 
Pembaca blog yang ku cintai, tahniah dan syabas sekiranya kita semua pernah mengalami situasi di atas. Itu adalah langkah pertama untuk kita berubah. Nasihat saya, pilihlah perniagaan yang tidak memerlukan kita simpan stok atau simpanlah stok yang membuatkan kita semakin kaya. Stok apa yang makin disimpan, semakin berharga. Jawapannya adalah emas. Semakin disimpan, semakin tinggi nilainya. Boleh baca entri ini dan ini untuk menjana keuntungan dengan menyimpan emas. Powergold menyediakan pelbagai pakej dari serendah RM350 hingga RM3800 untuk menjadi peniaga emas. Terpulang kepada anda untuk memilih pakej mana, ,tepuk poket tanya diri. Percayalah kita tidak mampu untuk membuka kedai emas fizikal kerana memerlukan modal yang sangat besar. Syarikat juga bermurah hati untuk memberikan pelbagai bonus bagi meraikan setiap usaha yang kita lakukan. Ingatlah siapa yang berusaha, dia yang akan dapat habuannya. Jangan di minta bulan dan bintang tetapi kita malas berusaha.
 
Berniaga biarlah dari hati. Kongsilah segala kebaikkan yang kita terima dengan orang lain. Sebarkan bahagia dan ilmu sebagai tali pengikat jalan ke syurga. Habiskan sehingga selesai apa yang sudah kita mulakan. Yang penting mesti istiqamah dan konsisten. Rezeki Allah Maha Luas dan Allah Maha Kaya. Pohon dan berdoa bersunguh-sungguh denganNya.
 
Akhir kata, sekiranya anda ingin bersama-sama berjuang untuk menjana ekonomi dan ingin menjadi Powergold sebagai platform jihad untuk menambah pendapatan. Hubungi saya 0197482231-Effa cikgu emas online.
 
 
 
Salam keemasan,
Effa Cikgu Emas Online
0197482231

Tuesday, 1 September 2015

TAK KENAL MAKA TAK CINTA.


Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Syarikat Powergold.biz
Entri 12

Assalamualaikum w.b.t,

Semoga kita dalam lindungan Allah S. W.T dan sentiasa dipayungi kerahmatan dariNya. Hari ini, genap 13 hari saya melalui cuti tanpa gaji. Bagaimana rasanya? akan saya ceritakan bila cuti saya hampir tamat. Hampir dua minggu ini, secara ringkas saya melaluinya dengan penuh positif dan gembira. Syukur Alhamdulillah, masih di beri keizinan oleh Allah S.W.T untuk mencoretkan ilmu di blog saya ini. Semoga manfaat untuk kita semua dan semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang ilmu emas berkaitan jenis emas dan kandungannya. Saya bukanlah pakar dalam bidang emas tetapi menjadi tanggungjawab saya menyebar luaskan sedikit ilmu yang saya miliki ini untuk masyarakat.

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Emas ada pelbagai jenis dan mari kita kenali satu-persatu.

1)Emas 999
• Mempunyai kandungan 99.9% Emas
• Tidak di campur dengan  bahan-bahan lain (Emas tulen)
• Di kenali juga sebagai Emas 10 dan Emas 24 Karat (24K)
• Biasanya berbentuk ‘gold bar’

Contoh Gold Bar Emas 999


2)Emas 950
• Mempunyai kandungan 95.0% Emas.
• Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 23 Karat (23K)
• Emas Kelantan


3)Emas 916
• Mempunyai kandungan 91.6% Emas.
• Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia kerana kebanyakkan barang kemas di Malaysia adalah dari Emas 916.


Barang kemas 916


4)Emas 835
• Mempunyai kandungan 83.5% Emas.
• Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya..
• Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat Emas di Kelantan.


5)Emas 750
• Mempunyai kandungan 75% Emas.
• Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Dikenali juga sebagai Emas Paun atau Emas 18 Karat (18K)
• Kurang polular dikalangan pembeli Emas kerana mutunya,


Untuk pengetahuan semua, emas di Powergold terdiri daripada gold bar 1 gram 999, gold bar 5 gram 999, gold bar 10 gram 999, gold bar 20 gram 999, gold bar 50 gram 999, gold bar 100 gram 999, 1 Dinar 999, 2 Dinar 999, 1/4 Dinar 999, syiling 0.5 gram 999 dan barang kemas 916.



Sekiranya berminat untuk menjadi penyimpan emas yang bijak, boleh hubungi saya 0197482231 untuk keterangan lanjut.

Salam keemasan,
Cikgu emas online
0197482231

Monday, 31 August 2015

TOLONGLAH JANGAN JUAL EMAS ITU !!!!

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Entri 11

 
Assalamualaikum w.b.t,
Harapan saya semoga kita seiring dan sejalan mensyukuri nikmat Allah S.W.T yang tidak ternilai iaitu bernafas di bumi bertuah ini. Pada hari ini, saya berkesempatan menulis di waktu pagi, yang biasanya saat ini saya berada di sekolah menunaikan amanah sebagai pendidik. Cuti tanpa gaji ini, saya cuba manfaatkan sebaiknya, kalau tidak dapat memberi ilmu kepada anak-anak murid, tidak salah saya memberi ilmu kepada masyarakat tentang emas melalui bait-bait kata yang dinukilkan atas blog ini. Semoga ilmu yang bermanfaat ini, menjadi pahala berterusan tika saya di alam lain nanti. In shaa Allah.
 
Saya sengaja memilih tajuk di atas, supaya nampak seperti satu arahan. Sebenarnya ia lebih kepada rayuan supaya kita berfikir semula jika ingin menjual emas yang kita miliki. Saya ada sedikit ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya untuk saya kongsikan kepada masyarakat. Ilmu yang saya ingin saya kongsikan ialah berkaitan 'spread' atau susut nilai. Spread membawa maksud perbezaan di antara harga belian dengan harga jualan. Jika ingin menjual emas kita, pastikan susut nilai yang di ambil oleh kedai tersebut rendah. Bagaimana kita mahu mencari spread atau susut nilai? Dibawah saya akan tunjukkan cara pengiraan mencari spread dan susut nilai.
 

Di atas merupakan formula mencari spread atau susut nilai dalam peratus.Boleh gunakan formula tersebut untuk mencari susut nilai sebelum anda menjualnya.



Saya akan memberi contoh pengiraan bagaimana untuk mencari susut nilai atau spread dengan menggunakan data harga emas 1 gram di Syarikat Powergold. Kita perlu kenal dahulu harga jualan dan harga belian. Berdasarkan data di atas harga jualan bagi stokis Powergold ialah RM 170, dan harga belian Syarikat Powergold ialah RM 160. Berdasarkan maklumat yang kita perolehi, kita akan masukkan ke dalam formula yang saya telah tunjukkan di atas tadi.
 



 
 
Susut nilai atau spread yang kita perolehi sekiranya kita menjual kembali kepada Syarikat Powergold ialah 5.88%. Selepas ini, kita akan membuat pembandingan susut nilai atau spread dengan Kedai Emas. Harga Jualan bagi stokis ialah RM170, dan kita telah bercadang untuk menjual gold bar 1 gram kita di sebuah Kedai emas. Kedai emas tersebut sudi membeli Gold Bar 1 gram kita dengan harga RM 120 sahaja. Berdasarkan maklumat yang kita perolehi, kita akan masukkan ke dalam formula mencari susut nilai dan spread.
 
 
 
Setelah membuat pengiraan, kita akan dapati bahawa susut nilai sekiranya kita menjual Gold Bar 1 gram di kedai emas ialah 29.41%. Susut nilai tersebut adalah sangat tinggi dan merugikan kita sebagai penyimpan emas.
 
Kenapa susut nilai berlaku? Susut nilai atau spread berlaku kerana inilah satu cara syarikat atau kedai emas menjana keuntungan. Oleh yang demikian, dalam misi saya menggalakkan masyarakat menyimpan emas, saya nasihatkan simpanlah emas tersebut selama mungkin sekiranya kita tidak memerlukan wang tunai. Sekiranya, anda sangat terdesak untuk menggunakan wang, pergilah ke Ar-Rahnu untuk memajak emas anda, dan pastikan anda menebusnya kembali. Boleh baca di sini dan di sini, dua rahsia untung simpan emas. Penyimpan emas dan pelabur emas adalah dua situasi yang berbeza. Saya juga tidak pernah menggalakkan penyimpan-penyimpan emas membuat pinjaman bank untuk membeli emas. Jadilah kita penyimpan 'peace of mind', hutang tiada tapi simpanan emas bertambah.
 
Doakan saya memiliki kesihatan baik dan kelapangan untuk saya menulis tentang perbezaan pelabur dan penyimpan emas pada artikel akan datang. Tahniah saya ucapkan sekiranya, anda selesai membaca artikel sehingga habis. Buatlah pilihan yang bijak. Sekiranya anda belum membuat simpanan emas, mulakan menyimpan pada hari ini. Kalau bukan sekarang, bila lagi?
 
Hubungi saya untuk 'guide' anda supaya menjadi penyimpan emas yang baik 019-7482231. In shaa Allah.
 
 
Salam keemasan,
Cikgu Emas Online
 
0197482231


 

Saturday, 29 August 2015

ENTRI 10 : JADILAH PEMBAYAR ZAKAT TERBESAR.

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Sumber : Pusat Pungutan Zakat
Gambar : Google




Assalamualaikum w.b.t,

Besar harapan saya semoga kita semua di bawah lembayung kerahmatan dan keredhaan Allah S.W.T. Alhamdulillah, saat ini kita di beri nafas dan peluang untuk menabur bakti di bumi Allah S. W.T, semoga kita sama-sama beroleh shafaat dunia dan akhirat. Hari ini saya ingin menulis dan berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk kita semua iaitu tentang zakat emas dan perak.

 
 
Zakat merupakan salah satu cara untuk kita menyucikan harta. Kita juga perlu sedar dan ingat bahawa mengeluarkan zakat adalah perintah  Allah S.W.T yang difardukan ke atas umatnya yang cukup syarat. Seperti yang di ketahui umum bahawa amalan berzakat mempunyai banyak kelebihan pada harta dan juga pemilik harta. Impak kepada pemilik harta ialah zakat akan memperbaiki rohani dan tanda penyerahannya kepada hukum Allah S.W.T. Harta yang di keluarkan zakat darinya, akan bertambah keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T. Sebenarnya di sebalik keberkatan dari Allah itu, akan bertambahlah rezeki yang melimpah ruah dari sumber yang tidak di sangka-sangka. SesungguhNya kekuasaan Allah itu melangkaui daya pemikiran dan usaha kita sebagai hamba yang lemah ini.
 
Oleh yang demikian, di sini saya ingin kongsikan cara pengiraan zakat emas dan perak. Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
'Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu'.
At- Taubah; ayat 34-35.

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi 'uruf' (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

Marilah kita sama-sama menjadi peyumbang zakat terbesar untuk membantu lebih ramai umat islam. Kalau di tanya, apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi penyumbang zakat terbesar? Marilah bersama-sama saya berganding bahu seia sekata menjalankan muamalah emas Powergold dengan misi  1gram 1 bulan 1 family. Jihad ekonomi untuk keluarga dan negara.

Salam keemasan,
Cikgu emas online
0197482231

ENTRI 9: AKU DAN EMAS

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Google


Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah kita di beri peluang untuk bernafas di pagi Sabtu ini. Semoga hidup kita dipayungi barakah oleh Allah S.W.T. Ramai yang bertanya saya berkaitan emas, Alhamdulillah ini bermakna makin ramai yang celik emas. Saya kenal emas secara serius pada tahun 2013. Kronologi saya berjinak-jinak dengan dunia emas adalah pada tahun 2013.

Pada awal tahun 2011, saya telah dinaikkan gred DG32 KUP dengan lebih cepat berbanding orang lain. Oleh kerana di naikkan gred awal kerana lantikan guru cemerlang maka kenaikkan gaji saya agak banyak iaitu RM500. Saya bercadang untuk membeli sebuah rumah lelong, tetapi suami tidak mengizinkan kerana sudah mempunyai rumah dan kami tiada pengalaman menguruskan rumah lelong. Saya juga terfikir, sekiranya saya tidak menyimpan duit saya menjadi aset, duit tersebut akan habis begitu sahaja. Saya belum bercadang membeli MPV kerana kenderaan mempunyai susut nilai dan masih belum ada hati nak tukar kenderaan, lagi pun anak baru dua orang pada waktu tersebut. Jadi saya pun bercadang menyimpan emas. Pada waktu itu saya bercadang untuk membeli satu dinar, tetapi saya punya kajian agak lama, baca blog sana sini, beli buku dan pelbagai lagi. Akhirnya, belilah satu dinar pada tahun 2013 sehingga ke hari ini. Pada waktu itu, saya tidak  bercadang hendak berkongsi ilmu emas dengan orang lain kerana takut ramai yang beranggapan saya menyimpan banyak emas di rumah, padahal saya langsung tidak menyimpan emas di rumah, boleh baca entri ini
 
Pada 23 Ogos 2015, saya bercuti tanpa gaji, saya membuat keputusan untuk bisness online. Pada saat itu,, saya memang tidak tahu untuk menjalankan perniagaan apa, sebab  saya mahukan perniagaan yang boleh saya jalankan di rumah. Saya ada anak yang masih bayi dan anak-anak lain yang perlu saya urus. Saya juga mahukan perniagaan  memberi manfaat kepada orang lain. Walaupun pakar-pakar bisness kata bisnesslah benda yang kita suka, saya suka produk kuruskan badan dan kecantikan tetapi saya tidak sampai hati mahu tayang 'body' saya jadi testimoni, alangkan saya post gambar muka di facebook, husband sudah tegur. Dia tegur sebab dia sayang saya dan saya tahu dia pun tidak mahu berdosa sama. Akhirnya, saya pilih powergold sebab modal sangat murah iaitu rm350 seumur hidup dan boleh jalankan secara online 100%. Boleh baca juga entri ini . Nilai RM kita juga semakin rendah dan hampir-hampir tiada nilai, jadi semakin bersemangat saya untuk masyarakat sedar tentang kepentingan simpanan emas. Setelah beberapa entri menulis tentang emas, saya baru sedar manusia sukakan jaminan. Macam-macam jaminan di inginkan , berkaitan  syarikat, ketulenan emas dan macam-macam lagi. Kadang-kadang kita lupa bahawa Allah S.W.T beri jaminan kita masuk syurga tapi berapa ramai yang patuh dengan perintahNya. Tepuk dada tanya hati. Saya hanya menjalankan perniagaan emas secara online dan cuba menyampaikan ilmu melalui blog. Kalau ada yang sudah terbuka hati untuk menyimpan emas sebab membaca blog saya. Alhamdulillah...mungkin itu jadi salah satu ilmu bermanfaat dan menjadi pahala berpanjangan untuk saya. Saya percaya dengan ketulenan emas powergold dan syarikat Powergold. Saya juga berminat untuk mengwar-warkan bahawa Powergold juga menawarkan emas yg lebih murah kepada orang ramai berbanding emas pasaran. Kepada yang masih ragu-ragu hendak membeli emas dengan saya tapi ada niat nak beli emas, bolehlah beli ke tempat yang anda suka seperti Habis Jewel, Tomei, Jumbo dan banyak lagi kedai emas tetapi harga emas agak tinggi. Boleh bandingkan harga nanti. Semoga bermanfaat artikel ini. Bisness apa pun yang kita jalankan itu terpulang pada hak masing-masing. Rezeki Allah Maha Luas. Semoga kita semua murah rezeki hendakNya. Amiin. Sesiapa yang berminat bisness Powergold seperti saya dipersilakan. Boleh hubungi saya 0197482231.
 
Salam keemasan,
Cikgu Emas Online
 
0197482231
Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015