Wednesday 8 December 2021

BELAJAR DARI SEJARAH

Entri 70
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Yugoslavia atau juga dikenali sebagai Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia tertubuh selepas perang dunia kedua yang terdiri daripada enam republik yang dipisah berdasarkan latar belakang sejarah dan etnik setempat.

Sepanjang dibawah kekuasaan presiden Josep Broz Tito, ekonomi Yugoslavia berkembang dengan sangat pesat dan stabil.

Pada waktu itu, Yugoslavia telah menjadi negara yang kuat tanpa pergantungan kepada kekuatan Blok Barat mahupun Timur.

Selepas meninggalnya Josep Broz Tito, muncul pelbagai masalah sosial dan politik yang menyebabkan keruntuhan Yugoslavia.

Banyak sebab kenapa Yugoslavia berpecah, antaranya ialah sentimen perkauman yang menyebabkan perang saudara, tiada figura pemimpin yang ideal sebagai pengganti Josep Broz Tito dan keruntuhan kekuatan komunisme.

Kalau korang masih ingat perang saudara antara kaum muslim di Bosnia dengan bangsa Serbia pun tercetus ketika ini.

Disebabkan pelbagai konflik, Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) telah mengenakan sekatan ekonomi kepada Yugoslavia.

Harga barang naik sebanyak 65% setiap hari sehinggakan kadar inflasi tertinggi yang pernah direkodkan dalam masa sebulan pernah mencapai 313,000,000%. 

Sebenarnya apa yang berlaku di Yugoslavia boleh berlaku di mana – mana negara di dunia.

Bila berlaku ketidak stabilan politik, negara menjadi kucar – kacir dan akhirnya ekonomi negara turun sama jatuh.

Kuasa beli menurun dan harta kekayaan yang dibina selama ini terus susut nilai jika semuanya disandarkan pada mata wang negara semata - mata. 

Bak kata guru saya ‘jika memiliki harta walaupun sedikit, hatta perlu berpuasa di siang hari, kita masih mampu berbuka pada waktu malam. Ianya lebih baik dari menahan lapar sepanjang hari’. 

Ya betul…

Kita memang tak dapat kawal keadaan politik negara.

Tapi sekurang – kurangnya kita boleh bersedia dengan menukarkan kekayaan kita dalam bentuk aset fizikal seperti emas, perak dan hartanah.

Sekurang – kurangnya jatuh bangun ekonomi negara tidak akan menyusutkan aset fizikal yang kita sedia ada. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di 

http://www.wasap.my/+60197482231

#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

No comments:

Post a Comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015