Sunday 12 December 2021

CERITA ARRAHNU (PAJAK GADAI ISLAM)

ENTRI 74
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Dalam kes Arrahnu, basically kita tutup hutang bank dengan mencagarkan emas di Arrahnu. Duit dari Arrahnu> bayar baki hutang bank> kumpul duit untuk tebus Arrahnu + kos upah. 

Kelebihannya?

Kita dapat beli ‘masa’ iaitu setelkan hutang bank dengan cepat dalam masa yang sama kumpul duit untuk tebus emas kita.

Di akhir semuanya, kita ada emas yang boleh dirollingkan semula untuk tujuan lain.

Dan, kebiasaanya kita akan mendapat rebate (penjimatan) bila kita setelkan hutang kita lebih awal dari tempoh matang. 

Tips dan trick pilih Arrahnu:- 

1) Pilih Arrahnu berdasarkan pajak gadai Islam yang tak masuk CCRIS.

General rules – Arrahnu Kooperasi, Pos Arrahnu, pajak melalui akaun GAP Public Gold dan senang cerita bukan Arrahnu dengan Bank.

Kenapa nak kena jaga rekod CCRIS? Apa tu CCRIS? CCRIS report ni dalam bahasa mudah nak faham adalah report card kesihatan kewangan kita.

Mestilah kena jaga, supaya tiptop agar memudahkan kita mendapat pembiayaan bank. 

2) Pilih Arrahnu yang memberikan pinjaman maksima mungkin.

Ada sesetengah Arrahnu mengenakan caj upah dari marhun. Ada sesetengah pulak mengenakan caj upah berdasarkan nilai pinjaman.

Marhun ni adalah total gram yang dicagarkan darab dengan harga emas semasa.

Pinjaman dikira dari 70% ke 80% bergantung pada tempat. Nilai pinjaman adalah 70% ke 80% dari nilai marhun. 

3) Pecahkan kepada beberapa surat pajak. Contoh nilai pinjaman RM7500, kita buat 3 surat.

Surat pertama RM3000, surat kedua RM2500, surat ketiga RM2000. Total kos upah sama jek walaupun dalam tiga surat pajak.

Kelebihnya, kita dapat tebus secara berasingan mengikut kemampuan kita rolling modal. Ada sesetengah Arrahnu kenakan RM1 untuk satu surat pajak (which sangat minimum!).

Again- carilah Arrahnu yang tak masuk CCRIS. Sebab kalau Arrahnu yang masuk CCRIS, 10 surat pajak, kita akan ada 10 rekod dalam CCRIS! 

4) Survey caj upah paling rendah. Setiap Arrahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa.

Jadi sebelum kita pajak emas, survey-lah dulu Arahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi.

Macam Public Gold ni senang, sebab kita ada akaun emas fizikal GAP kan – maknanya tak perlu keluar rumah, just klik saja semua online.

Duit akan masuk akaun dalam 3 hingga 5 hari bekerja. Mudah bangat, bukan?

5) Tebus emas kita secepat mungkin. Biasanya tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dapat tebus cepat-cepat lebih menguntungkan.

Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja.

 Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Kita dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya. 

Best kan simpan emas? Bukan setakat jual dan beli.

Siap boleh ar rahnu kan emas lagi tu. Ada emas, modal tak mati. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

No comments:

Post a Comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015