Thursday 2 December 2021

BERAPA BAKUL KITA ADA?

Entri 64,
Assalamualaikum WBT dan Salam Keemasan,

Jika kita hanya ada simpanan tunai di mana-mana akaun, mutual funds dan saham, itu belum boleh kita kata dah ada pelbagai bakul atau pelbagai cabang. Atau orang putih kata ‘diversify asset.

Itu baru satu jenis saja yang kita panggil paper asset. Secara keseluruhan, ada 5 jenis atau 5 bakul aset sebenarnya;

1. Aset atas kertas atau paper asset macam stocks, bonds, mutual funds dan lain-lain. Kebanyakan kita memiliki unit trust, simpanan di institusi pelaburan, ada saham yang pelbagai.

2. Komoditi macam logam (emas, silver, copper), makanan (gandum, gula etc), dan sumber mentah (minyak, gas, kapas etc). Untuk komoditi ni kami pilih emas. Mudah simpan, mudah alih, kecairan tinggi.

3. Perniagaan (sama ada perniagaan sendiri atau invest dalam business orang lain). Public Gold Dealer atau Public Gold Business Owner secara automatik ada aset ini. Menjadi penyimpan emas memang dah untung, menjadi pemilik perniagaan emas berganda untung.

4. Mata wang digital seperti Cryptocurrencies. Tapi ingat ya kita kena melabur dalam bakul yang kita ada ilmu atau yang telah diterima oleh penduduk setempat. Kalau hati kental dan ada ilmu boleh cuba buat yang ni. Kalau tak, ada 4 lagi bakul pilihan. 

5. Hartanah, Kebun dan Dusun yang memberi aliran tunai bulan atau melalui sewaan dan pajakan. Bermaksud bayar loan bulanan lebih rendah dari kadar sewa yang kita letakkan. Tapi kalau rumah yang kita duduk sendiri dan masih belum habis loan, tu liabiliti, belum jadi aset sebab duit keluar (bayar loan).

Dari no 1 hingga no 5 cer semak, kita dah ada berapa bakul? Kalau dah ada lebih dari satu, barulah boleh kata kita dah diversify kan aset kita.

Tak dapat semua, ada 3 dari 5 pun cukup baik dah. Setiap satu risikonya berbeza, keuntungan pun berbeza. Jom! Mulakan dengan bakul emas. 

Roger saya, kita sembang sampai jadi!
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di


#PublicGold
#PGG100Network
#financialfreedom 
#cikguemasonline

No comments:

Post a Comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015