Tuesday 7 December 2021

KISAH BENAR

Entri 69
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan, 

Pernah dengar kisah seorang jutawan saham yang muflis dan kembali jadi jutawan selepas menjual sandwich di tepi – tepi jalan?

Ya ini adalah kisah benar yang berlaku di Thailand terhadap Sirivat Voravetvuthikun yang pernah dikenali sebagai “The Phantom”.

Ironinya, dia jatuh miskin gara – gara spekulasi harga saham di pasaran. 

“I was an honest businessman, but I was greedy. I had 100 million baht, I wanted a billion, so I borrowed a lot – at that time I was paying 17% interest, which brought me down on my knees.”

Disebabkan mahu menikmati keuntungan yang tinggi, Sirivat telah membuat pinjaman dengan kadar bunga 17% tetapi malangnya saham yang dibeli tidak naik setinggi harga yang dijangka menyebabkan beliau tidak mampu membayar balik hutang yang dipinjam. 

Untuk meneruskan hidup, Sirivat memilih untuk menjual sandwich bersama isteri di tepi – tepi jalan Bandar Bangkok.

Idea ini datang dari isterinya sendiri kerana kos menghasilkan sandwich adalah murah dan masa pembuatannya juga cepat berbanding makanan – makanan lain.

Berkat usaha dan kegigihan beliau, pada tahun 2009, Sirivat berjaya menyenaraikan syarikat sandwich beliau ke papan bursa saham Thailand. 

Dari cerita “The Sandwich Man’ ini, saya belajar beberapa ilmu kehidupan yang mungkin kita tahu tapi tak betul – betul praktiskan:

• Orang yang berjaya ialah orang yang tak pernah kenal erti putus asa

• Kekayaan tidak boleh dibina dari hutang. 

• Jangan berhutang bila beli aset kekayaan seperti emas dan saham

• Akhir sekali, dalam galak mengumpul kekayaan dalam bentuk wang kertas dan bon – bon saham, jangan lupa tukarkan sebahagian kekayaan kita dalam bentuk aset fizikal seperti emas, perak dan hartanah.

Hartanah memiliki cash flow hasil sewaan dan capital appreciation.

Akan tetapi, hartanah adalah aset yang mengambil masa yang Panjang untuk dicairkan.

Bayangkan kita ada hartanah bernilai 10 Juta tapi waktu tu ekonomi tengah tenat.

Bukan senang nak cari pembeli yang mampu membeli hartanah kita. Silap – silap jika dijual, terpaksa jual bawah harga pasaran.

Emas dan perak pula senang dan cepat dicairkan. Kecairan emas hanya dalam tempoh 15 minit hingga 3 hari bekerja sahaja.

Jika terdesak, emas dan perak boleh dijual dengan mudah di kedai – kedai emas. Harga emas dan perak tidak akan pernah jatuh kepada nilai kosong, tapi bon – bon saham boleh.

Walaupun emas dan perak tidak menawarkan nilai dividen setiap tahun tapi kemampuan emas dan perak sebagai insurans dan pelindung musibah kewangan sepatutnya tidak diragukan.  

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di 

http://www.wasap.my/+60197482231http://www.wasap.my/+60197482231

#PublicGold
#PGG100Networt
#cikguemasonline 
#financialfreedom

No comments:

Post a Comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015