Wednesday 17 November 2021

MAKTAB PERGURUAN SULTAN MIZAN DALAM INGATAN

Entri 40
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Perjalanan dalam menghabiskan buku ini, mengingatkan kembali kenangan belajar di Besut Terengganu.

Tiba-tiba rasa rindu nak ke Besut.

Dulu sekitar kawasan Maktab macam padang jarak padang terkukur.

Katanya sekarang meriah dengan pembangunan dan rumah.

Dan salah seorang pelopor serta peneraju kemajuan tersebut adalah seorang jutawan yang dulunya pengutip sampah.

Buku ni bukan sahaja mengimbau kenangan lalu tapi pengalaman beliau sangat menyentuh hati.

Kalau di hayati perjalanan kesusahan beliau, macam tak tercapai dek akal.

Adik beradik seramai 16 orang, makan bercatu, kadang berlaukkan usus ayam, kerja sebagai pengutip sampah demi sesuap nasi.

Banyaklah kesusahan yang di alami oleh beliau, menjadikan beliau dewasa sebelum usia.

Serius daif kehidupan mereka.

Namun kecekalan beliau, fuh bukan calang-calang orang boleh hadap.

Namun, 

Ujian untuk beliau, setimpal dengan apa beliau raih hari ini.

Janji Allah tu pasti, setiap kesusahan pasti ada kesenangan.

Bila Allah rezekikan beliau kekayaan yang melimpah ruah.

Tetapi beliau pilih untuk hidup zuhud. 

Rumah beliau bukan macam mahligai. Cukup sekadar selesa berteduh.

Pakaian seadanya.

Hidup sekadar cukup. Yang lebih sedekah pada yang berhak.

Yang paling terkesan, ibu beliau sangat menjaga solat dan Al Quran.

Didikan solat dan Al Quran terus di terapkan walaupun susah payah, pahit getir menyelubungi mereka sekeluarga.

Kaya itu akan sampai tepat pada masanya, tak cepat dan tak lambat mengikut kehendak Allah.

Beliau pilih untuk kaya dan berkongsi kaya untuk orang lain.

#bedahbukueffa 
#sharinghinggakesyurga 
#naseffanasir

No comments:

Post a Comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015