Monday, 15 November 2021

REFLEKSI 1- HARI KE 10 BERGELAR DEALER PUBLIC GOLD YANG AKTIF

Entri 23,
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Alhamdulillah, hari ini hari ke-10 secara rasmi saya bergelar Dealer Public Gold yang aktif. 

Saya telah membuat pengumuman secara rasmi di Facebook pada 7 Nov 2021, yang mana Cikgu Emas Online akan kembali dengan menggunakan platform Public Gold untuk mendidik masyarakat tentang emas.

Saya telah mendaftar menjadi dealer Public Gold pada 16 Okt 2013 dan itu adalah kali pertama saya membeli emas berbentuk dinar dan gold bar.

Saya tidak bergiat aktif dengan Public Gold kerana tidak faham sistem Public Gold pada waktu itu.

Pada tahun 2016, saya telah bercuti tanpa gaji kerana menjaga anak selama 42 hari kerana pengasuh pergi menunaikan haji.

Dan saya telah memutuskan untuk bergiat aktif dengan satu syarikat emas lain. Ketika itu saya bersungguh-sungguh memperkenalkan emas dan mendidik emas kepada masyarakat sehingga tertubuh blog Cikgu Emas Online dan Page Cikgu Emas Online. Pencapaian terbaik saya adalah, saya berjaya bergelar stokis dan menyimpan emas.

Setelah bertugas semula kerana cuti tanpa gaji telah tamat, saya mengurangkan aktiviti sebagai Cikgu Emas Online. Sehingga satu tahap,saya tidak bergiat aktif langsung dalam jual beli emas atau pun mendidik masyarakat tentang emas.

Bermula tahun 2016 hingga 2021, saya masih lagi menyimpan emas tetapi tidak konsisten. Saya lebih banyak menggunakan emas sedia ada untuk di Arrahnu bagi tujuan tunai duit.

Sepanjang itu juga, keadaan kewangan kami tidak stabil tetapi oleh kerana kami suami isteri bergelar penjawat awam, maka kewangan kami tidaklah begitu kritikal. Duit sentiasa ada, walaupun tidak mewah. Alhamdulillah.

Pada Oktober 2021, adalah detik permulaan saya ingin mencari pasif income. Pencarian demi pencarian, akhirnya saya memilih untuk aktif dalam Public Gold setelah memohon istikharah dari Allah.

Mohon Allah permudahkan urusan saya dalam Public Gold ini. Menyandang jawatan sebagai guru berbisness, isteri dan ibu, ia memerlukan komitmen yang tinggi.

Sepanjang 10 hari ini, emosi sentiasa turun dan naik. Hambatan tugasan dan komitmen dalam tugasan harian, kadang kala menjadi lelah.

Saya cuba mengekalkan momentum, dengan istiqamah post di facebook tanpa culas, story whatsup dan ig.

Pencapaian terbaik sepanjang 10 hari ini adalah, dua orang rakan sekerja saya telah mendaftar sebagai penyimpan emas.

Tugasan sebagai Cikgu Emas Online, saya mulakan pada jam 2 petang hingga 5 petang, waktu persekolahan. Bermula dengan post di fb, ig dan whatsup status, kemudian saya akan cuba closing prospek.

Sepanjang 10 hari ini, saya telah cuba closing seramai 92 orang prospek. Alhamdulillah, ada yang berjaya, ada kata nanti, ada yang dah masuk, ada yang tak berminat.

Apa pun percaya dengan rezeki Allah.

Itqan dan istiqamah pencetus kejayaan. InshaAllah.

Cikgu emas online
Naseffa Nasir
Aktif Dealer Public Gold
PG037989
http://www.wasap.my/+60197482231




No comments:

Post a Comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015