Wednesday 17 November 2021

RAHSIA MEMBERI

Entri 42
Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Bila saya banyak baca buku motivasi dari kalangan orang berjaya, saya dapati satu sikap orang berjaya ialah memberi.

Sekiranya kita lihat dalam Al Quran, banyak ayat di nyatakan tentang infak dan sedekah.

Jelas menunjukkan bahawa rahsia memberi ini bukalah rahsia, ia telah di amalkan sejak zaman berzaman dan terbukti pada zaman Nabi, ramai yang berjaya dan kaya.

Mungkin kita ada segunung hutang dan mungkin juga kita salah seorang yang "broke" (pokai).

InshaAllah, dengan ikhlas memberi, Allah SWT lapangkan rezeki kita seluas lautan.

Mungkin rahsia memberi ini adalah salah satu aktiviti penuh misteri dan ajaib. Mana tahu jika di praktikkan boleh mengubah hidup kita.

Impak memberi ini, tidak dapat di jelaskan secara saintifik dan Matematik.

InshaAllah memberikan sedikit daripada pendapatan kita secara ikhlas, secara tidak langsung menjemput penglibatan atau bantuan dari Allah SWT dalam hal ehwal kewangan kita.

Mungkin dengan memberi, ia adalah salah satu penawar kepada tabiat pengamalan perbelanjaan keterlaluan dan kegilaan untuk memiliki barangan yang tidak di perlukan.

Moga-moga Allah SWT murahkan rezeki kita dan setiap rezeki kita itu tidak menjadi asbab kita di hisab terlalu lama di hadapan Allah.

Sekian, semoga bermanfaat.

Menulis untuk peringatan diri.

#naseffanasir 
#financialfreedom 
#semogaallahjagahatikita

No comments:

Post a Comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015