Tuesday, 16 November 2021

STRATEGI ASAS JANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS

Entri 31

Assalamualaikum wbt dan Salam Keemasan,

Pelaburan emas bukanlah pelaburan ajaib yang boleh memberikan kita keuntung segera. 

Namun, secara puratanya, kenaikan emas tahunan adalah sekitar 10% hingga 11% bergantung kepada pergerakan sebenar harga emas.

Dalam urusan simpanan, ada tiga strategi paling asas jana keuntungan dengan emas.

1) Beli dan Simpan (Gold Saver)

Beli emas dan simpan dalam jangka masa panjang dan jual balik apabila hendak mengambil keuntungan. 

Kita dapat keuntungan hasil kenaikan harga emas secara amnya sekitar 3 tahun.

Sementara menunggu harga emas naik, emas itu kita boleh manfaatkan untuk perkara lain seperti dijadikan modal pusingan bisnes dengan cara gadaian Ah Rahnu. 

Sementara dapat keuntungan perniagaan, segera tebus emas bagi menjimatkan kos upah simpan. 

2) Beli, Jual, Beli, Jual (Gold Investor)

Strategi kedua dipanggil trading, iaitu beli harga rendah, jual apabila harganya tinggi secara kerap. 

Kaedah ini memerlukan kemahiran ilmu asas Analisi Teknikal Harga Emas.

3) Berniaga Emas (Gold Dealer)

Strategi ini paling senang bagi yang ada modal dan serius mahu membina kerjaya. Jadi ejen syarikat emas.  

Kemudian beri kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan simpan emas dan bimbing mereka tentang pelaburan emas yang betul.

 Setiap orang yang membeli melalui kita, syarikat emas akan bayar insentif sebagai komisyen atau margin jualan.

Melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) atau Tabung Haji ,  kita akan dapat dividen setiap hujung tahun. 

Melabur dalam simpanan emas , tidak ada dividen namun keuntungannya adalah pada waktu kita selamatkan kekayaan kita melalui emas. 

Konflik terjadi sebab kita tidak tahu dimanakah posisi kita sebenarnya dalam pelaburan emas.

Golongan pelabur minset fokus kepada kenaikan RM bukannya gram emas. Fokus sebenar kita ialah keuntungan yang dapat dijana dengan peningkatan harga emas berbanding modal yang kita keluarkan itu.

Golongan pelabur membeli emas pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi. Untuk mengenalpasti harga ini, perlu hadiri kelas Analis Teknikal Harga Emas . 

Didalam kelas ini, kita diajar membaca dan menganalisis graf pergerakan harga emas dunia berdasarkan perkembangan ekonomi dunia pada satu satu masa.

Tanpa ilmu ini, pelabur akan keliru bilakah sepatutnya membeli emas dan bila sepatutnya  menjual emas? 

Pelabur emas bukan hendak simpan emas tetapi kita hanya mahu buat duit dengan nauk turun harga emas.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di 

http://www.wasap.my/+60197482231

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network.

#PublicGold
#PGG100Network
#cikguemasonline 
#financialfreedom

No comments:

Post a Comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015